Tuesday, 30 December 2014

PRAY FOR PANTAI TIMUR



Baru terasa nak menulis. Sejak 2 minggu kebelakangan ni, Cikli xde terasa nak mengupdate status kat FB pun. Sedih mengenangkan nasib sedara-sedara kita di Pantai Timur yang dilanda banjir. Mengenangkan anak-anak kecil yang kesejukkan, kelaparan kat sana buat hati Cikli ni sayu. Lambakan video-video, gambar-gambar  keadaan banjir kat sana, tak dapat bayangkan kalau Cikli yang berada di dalam keadaan tu. Hanya mampu berdoa untuk keselamatan mereka-mereka yang menjadi mangsa banjir di Pantai Timur. Semoga mereka semua tabah dan ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT dengan datangnya ujian ini, In Sha Allah .






Wednesday, 10 December 2014

GARLIC SEBAGAI ANTIBIOTIK SEMULAJADI



Assalammualaikum...

Hari ni Cikli nak share kebaikan GARLIC SHAKLEE pulak yer.


Sebenarnya bawang putih ni banyak sangat kelebihan dan khasiatnya. Mungkin rasa yang tak berapa nak sedap tu membuatkan tak ramai yang suka nak makan bawang putih kan. Macam Cikli sendiri pun, guna bawang putih dalam masakkan jer. Tapi kalau kita tengok orang cina, mereka menggunakan bawang putih dengan banyak sekali dalam masakan mereka. Sebabnya mungkin diorang tau khasiat yang terkandung dalam bawang putih tu untuk kesihatan. Macam kita ni dah terbiasa dengan momokan kalau makan bawang putih banyak-banyak nanti badan berbau kan hihihihi...Masak pun letak sebiji 2 je dalam masakan, buat tambah-tambah rasa gitu.

Tapi Shaklee memang perihatin dengan masalah-masalah orang macam Cikli n uolls semua ni. Shaklee memudahkan kita untuk memiliki kesihatan dengan mengeluarkan supplemen GARLIC yang memudahkan kita untuk makan bawang putih. So tak payah la kita nak makan sebiji-sebiji mentah bawang putih tu kan hihii..just telan je tablet GARLIC, memang memudahkan.

Ok sebelum Cikli bgtau kelebihan dan khasiat GARLIC SHAKLEE ni, jom kita baca dulu fakta-fakta perubatan mengenai khasiat bawang putih ni.








Haaaa banyakkan khasiat bawang putih ni. Sekarang jom kita tengok pulak keistimewaan dan kelebihan GARLIC SHAKLEE pulak yer.

PERBEZAAN GARLIC SHAKLEE

Dibuat darip bawang putih jenis premium, BEBAS RACUN PEROSAK dan ditanam secara ORGANIK di California, USA di waktu musim panas.

Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin
( Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung di dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, serta mempunyai sifat penyembuh) aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau bawang putih yang agak kuat. Kajian menunjukkan  perisa herbanya terhasil daripada kombinasi 2 estrak herba (Rosemary dan spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesananya di dalam tubuh kita. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg estrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas bawang putih.

KHASIAT UTAMA GARLIC SHAKLEE   
  1. Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung.
  2. Antibiotik Yang Selamat dan Semulajadi -  Garlic antibiotik semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  3. Menghalang Alergi - Melawan penyakit berkait sistem imun  seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema, hepatitis.
  4. Mempertingkatkan Sistem Penghadaman - Fomula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.Pylori dan menghalang ulser gastrik.
  5. Tekanan Darah Tinggi - Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet Garlic sehari akan menurunkan darah tinggi sebanyak 8 point.
  6. Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, Plumbum dan Kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
  7. Menurunkan Kolestrol - Menurunkan kolestrol , LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah; meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  8. Mencegah Kanser - Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser - Nitrosamine.
  9. Menstabilkan Gula - Menolong menstabilkan gula di dalam darah.                                                                                                                                                            
Itu antara kelebihan dan khasiat GARLIC SHAKLEE. Pernah tak uolls terbaca ayat ni? 

BAHAYA PANADOL!!

"Doktor sendiri pun tidak mahu mengambil Panadol kalau mereka sakit kepala. Bahkan mereka beralih kepada pengubatan alternatif cina(dengan rempah2) atau mencari alternatif lain. Hal ini kerana panadol merupakan racun bagi tubuh dan membahayakan hati dan menurut para doktor, Panadol akan terhimpun dalam tubuh sekurang-kurangnya selama 5 tahun"

So ape alternatif kita untuk gantikan Panadol?? 

GARLIC SHAKLEE ni salah satu alternatif yang boleh uolls ambil untuk gantikan Panadol. Dijamin SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN.


Untuk dapatkan GARLIC ni, uolls boleh PM, Whatapps atau telefon Cikli terus yer :)











Cikli Masngun
ID 1075577
0127995435

Sunday, 30 November 2014

WATER PITCHER SHAKLEE

Assalammualaikum...
Hari ni Cikli nak sharing pasal Water Pitcher Shaklee. Actually Shaklee ni bukan ade suplemen je tau. Shaklee ade produk-produk penjagaan diri dan kecantikan jugak. Selain tu ade jugak produk-produk untuk penjagaan rumah macam, Basic H, sebuk pencuci dan pelembut pakaian, pencuci pinggan mangkuk dan yang paling best adalah Water Pitcher penapis air yang terbaik pernah dihasilkan :).

APA ITU WATER PITCHER?
Get Clean® Water mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum!
Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis.

MENANDINGI JENAMA TERKEMUKAN YANG LAIN!!
  • Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat!
  • Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!
  • Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka.
  • Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula
PILIHAN BIJAK!!
  • Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik)
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos
KEUNIKAN SHAKLEE
Selamat
  • Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam air
  • Get Clean® Water mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).
Pintar
  • Hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda patut menukar penapis. Tiada lagi ketidakpastian.
Berkuasa Tinggi
  • Lebih banyak air bersih pada setiap masa
  • Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda.
Mesra Alam
  • Memelihara kesejahteraan alam sekitar
  • Get Clean® Water menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah. Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar.
Haaa bestkan water Pitcher ni. Yang paling best tak payah guna elektrik pun, so kalau nak travelling tu memang sangat-sangat sesuai la bawak Water Pitcher ni. Balik kampung ke, duk hotel ke wajib kena bawak ni. 

Sebab sekarang ni air yang kita minum tu belum tentu terjamin kebersihannya, melainkan kita memang pasang penapis air kat rumah. Tapi penapis air tu just untuk kat rumah  je la kan, tak boleh pulak nak bawak pergi mana-mana. Kalau macam Water Pitcher ni memang available nak bawak pergi mana pun. 

So kalau ade sesiapa yang berminat nak tau , nak beli Water Pitcher ni boleh dapatkan dari Cikli k. 










Cikli Masngun
ID 1075577
012-7995435
ciklimasngun@gmail.com

Tuesday, 4 November 2014

TIRU MACAM SAYA!!

Assalammualaikum...

Wah, ape yang Cikli suh tiru tu eik? Hihihii bukan suh tiru ape pun, just nak kongsi usaha Cikli berikan yang terbaikk untuk anak-anak melalui makanan tambahan. Bukan nak bangga tau, ni just kongsi cara...lain orang lain cara, yer tak?  Moga Allah berkati semua usaha ibu bapa untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak masing-masing.

3 puteri (gambar lama ;p)


SUSU

Alhamdulillah ketiga-tiga anak Cikli, Cikli sempat berikan susu terbaik untuk diorang iaitu SUSU IBU. Untuk Hasya ngan Alisha Cikli sempat bagi susu ibu tapi bukan secara eksklusif. Maklum la ibu berkerja macam Cikli ni, ilmu penyusuan ibu tu pun kurang masa tu...so teknik perah kat tempat kerja tu Cikli agak lemah sikit. Stok susu pun tak mencukupi untuk tampung keperluan dorang masa kat rumah pengasuh. Tapi Alhamdulillah la, sempat jugak susukan dorang sampai umur setahun lebih. Once Cikli pregnant Cikli stopkan dorang breastfeed sebab keadan kesihatan yang tak mengizinkan.

Untuk Adelia pulak, Alhamdulillah Cikli sempat breastfeed sampai 6 bulan secara eksklusif...tak campur dengan susu FM. Lepas tu baru campur sebabnya bekalan susu tak mencukupi tambah pulak luka n****e masa tu. Bekalan susu memang sangat2 kurang. Adelia pun Ciklii terpaksa stopkan susu badan dalam umur dia setahun lebih...sayang memang la sayang yang amat sebab Cikli lum pregnant pun masa tu tapi terpaksa sebab n****e  Cikli luka teruk masa tu. Berbulan-bulan jugak bertahan untuk bagi dia susu badan tapi akhirnya tewas jugak :(. Sakit yang amat sangat sebab tak baik-baik luka. Cerita ni semua berlaku sebelum Cikli kenal Shaklee yer. Insyallah untuk baby ke-4 ni, Cikli berazam nak sepenuhnya bagi susu ibu. Doakan ye hasrat Cikli ni tercapai :)

Sekarang dorang pun dah besar, tapi still minum susu FM. Kalau boleh Cikli tak nak putuskan dorang dengan susu sebab susu sangat penting untuk tumbesaran dorang kan. Ade parents bagi susu yang mahal dan terbaik untuk anak-anak dorang. Cikli puji la usaha tu sanggup berbelanja besar untuk beri yang terbaik untuk anak-anak. Memang bagus sangat.

Untuk Cikli, memandangkan semua barang dah semakin mahal sekarang ni semuanya kena berjimat, so Cikli mengambil pendekatan lebih bijak sikit dengan campurkan susu dorang dengan sedikit booster hehehhe... Cikli cuma bagi anak Cikli susu Dugro, then Cikli campur dengan Mealshake. Sebab bila dah kenal Shaklee dan tahu ade supplemen yang bagus untuk anak-anak, why not Cikli gunakan sebaiknya kan.

Susu Dugro + Mealshake
KENAPA CAMPUR MEALSHAKE?

Memula bagi Mealshake kat anak-anak, time nak bancuh susu tu Cikli campur sikit Mealshake, tapi budak kan, dorang bila nampak kita campur sesuatu dalam susu dia automatik dorang set mind yang susu tu jadi tak sedap...adehhhhh....

So, Cikli tukar strategi, campur sesiap dengan Mealshake bila tuang susu dalam bekas. So setiap kali dorang menyusu dah dapat khasiat Mealshake tu kan hihihi...

Bagi sesiapa yang belum tahu khasiat Mealshake ni, harap-harap gambar kat bawah ni mampu berbicara dan membuka hati para parents untuk bagi anak-anak mereka Mealshake :)


Sebab tu Cikli campur susu anak-anak dengan Mealshake. Semoga semua khasiat penting dorang dapat bila minum Mealshake ni kan :).

OMEGA GUARD

Selain Mealshake, Cikli bagi anak-anak Cikli Omega Guard jugak. Dulu Cikli bagi Scots Emulsion jugak, bagi vitamin C ngan Multivitamin Champs tu. Tapi alang-alang dah ibu ayah makan Shaklee, baik heret sekali anak-anak makan supplemen brand Shaklee kan hihihihi. Senang cerita :p.

Omega ni Cikli takde la bagi setiap hari...selang-selang jugak bagi..First time makan Hasya sakit tekak sebab tak pandai telan hihihi kesian dia. Tapi pelan-pelan ajar, Alhamdulillah sekarang ni dia pandai amik sendiri makan. Adelia siap kunyah lagi, kita punya la takut dia muntah sebab minyak ikan kan, kalau pecah bukan main hanyir bau dia. Tapi peliknya muka dia selambe je kunyah Omega tu..macam-macam ragam anak kan. 



VITAMIN C



Vitamin C pun Cikli bagi jugak kat anak-anak. Tujuannya untuk kuatkan sistem imun diorang. Macam Vitamin C ni, Cikli patahkan, dan bagi sikit kat diorang. Sebab yang ade stok kt rumah pun ibu ayah punya kan :p. Sebenarnya ada je Vitamin C Shaklee yang khas untuk kanak-kanak. Cikli pernah try bagi kat anak-anak, tapi diorang tak suka pulak. Dorang lagi suka yang Champs tu. Sebab Champs tu kan warna oren, nampak cantik kan hahaha. Tapi ibu diorang ni still nak anak-anak makan Shaklee punya, so caranya kena la patahkan Vita C sedia ada hihihi..Alhamdulillah sejak makan supplemen-supplemen ni anak-anak Cikli jarang kena selselma, batuk dan demam...syukur sesangat. Bila anak-anak demam, kita parents memang tak senang hati kan. So cara terbaik, Cikli usaha bagi supplemen yang terbaik untuk anak-anak.

So itu la serba sikit kisah Cikli, anak-anak dan supplemen :). Maybe perkongsian ni dapat membantu serba sedikit uolls untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak. Sebenarnya setiap orang ada pilihanya sendiri kan. Bagi Cikli, Shaklee memang dah jadi supplemen pilihan family Cikli la. Jangan ingat Cikli consume Shaklee semata, Cikli pun ada bagi anak-anak Qaseh Gold Junior jugak kat dorang. Seruan amalan Makanan Sunnah pun Cikli sahut jugak , ibu ayah always nak yang terbaik untuk anak-anak kan:).

Adelia, Alisha & Hasya :)


So sesiapa yang nak tiru cara Cikli dipersilakan :). Semoga apa yang kita berikan untuk anak-anak kita sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Semoga anak-anak kita semua sentiasa dipelihara dan berada di dalam lindungan Allah SWT. Ammiinn....










Boleh dapatkan supplemen-supplemen Shaklee daripada Cikli juga :)

Cikli Masngun
ID 1075577
012-7995435






Sunday, 2 November 2014

MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA!!

 

Kenapa Omega Guard Shaklee dikatakan MINYAK IKAN TERBAIK di dunia?

Kalau uolls nak tahu, Omega Guard ni, diestrak dari ikan-ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan Negara Jepun yang tidak dicemari oleh pencemaran air. Barang berkualiti semestinya daripada sumber-sumber yang berkualiti kan. Macam Omega Guard ni jugak, Shaklee akan pilih yang terbaik untuk memberi yang TERBAIK untuk pengguna-pengguna nya. Haaaaa best kan. Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit yang berkesan.


Yang best lagi, kebanyakkan jenama minyak ikan yang ada kat pasaran tidak akan sama dengan Omega Guard Shaklee. Omega Guard ni 3 kali lebih tumpat daripada hati minyak ikan. Omega Guard juga merupakan minyak ikan paling TULEN di dunia yang mengadungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajai termasuk lah EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard mampu membekalkan 905mg asid lemak Omega 3, EPA dan DHA.

Meh kita tengok perbezaan antara Omega Guard dengan minyak ikan yang berada di pasaran.



Kebanyakkan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi berbeza dengan Shaklee yang menggunakan teknologi terkini untuk mengestrak minyak ikan seterusnya menghasilkan minyak ikan yang terbaik di dunia. 

Apa beza antara kedu-dua kaedah ni?

Kaedah penyulingan tekanan tinggi, ianya boleh memusnahkan sesetengah nutrien malah ianya tidak mampu menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan seperti plumbum, merkuri, arsenik,kadmium, doiksin dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat bertoksik).

Kaedah ULTRATULEN BERGRED FARMASEUTIKAL merupakan kaedah pengestrakkan minyak ikan TEKNOLOGI TERKINI  yang Shaklee gunakan. Istimewanya kaedah ini, ia melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengestrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi. Ia juga mampu menyingkirkan bahan-bahan bahaya yang tidak mampu disinggkirkan menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi. 

So, nampak perbezaan di situ kan. Melalui proses penghasilan je kita dah boleh beza mana yang baik dan tidak. So pilihan ada ditangan kita sendiri :)

Manfaat-manfaat Omega Guard.

Sebenarnya banyak manfaat Omega Guard ni, tapi Cikli senaraikan serba sedikit kebaikan yang kita akan dapat kalau kita amalkan makan Omega Guard ni. 

  • Asid Lemak- Omega 3, merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Biasanya kita akan dapat Omega-3 ni melalui pemakanan. Omega -3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan kita tau. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk meghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos.Ia juga mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS. Selain itu pengambilan Omega-3 yang konsisten boleh menghasilkan kulit yang licin dan kemerah-merahan.waaahhhh gitu ...

  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah akan menjadi lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, megawal masalah obesiti serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membatu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina mata kita. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, serta mencegah migraine. 

  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, deman hay, bronkitis,penyakit lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.

  • Menentang kanser - Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan ebterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu penkreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

  • Memelihara fungsi-fungsi sendi(arthritis) - Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effektif.

  • Mencegah Imsonia dan membantu mengurangkan tekanan - Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, imsonia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.


America Public Health Association mengesyorkan kita makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan sebanyak 2 kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. Ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%. 

Hihihihi...tapi macam Cikli, ada kemudahan baik pilih kemudahan yang ade. Makan Omega Guard jimat masa :P

Macam uolls yang memang inginkan yang terbaik untuk kesihatan, Cikli dengan yakin mengesorkan uolls pilih la supplemen-supplemen Shaklee. Memang diyakini SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI.

Cikli dah makan, Cikli dah rasa kesanya, sebab tu Cikli berani suggest kat uolls Shaklee ni. 
Kalau uolls tak tahu nak dapatkan supplemen-supplemen Shaklee, uolls boleh beli dengan Cikli sebab Cikli Indipendent Distributor Shaklee yang sah yer :)

Untuk Oder, 
Hubungi Cikli
0127995435
ID 1075577
COD Ayer Keroh, Malim Jaya, Bandar Melaka & Pos ke Seluruh Malaysia








                                                                                                                                                                                                 

Wednesday, 29 October 2014

PERBEZAAN PREGNANT SEBELUM DAN SELEPAS BER "SHAKLEE"

Bissmillahhirahmannirahhim....

Arini Cikli nak cerita sikit kisah benar #ShakleeEffect yang Cikli dah rasa selepas consume supplemen-supplemen Shaklee selama 11 bulan ni. Sebelum ni Cikli pernah cerita macam mana Cikli kenal dengan Shaklee kan. Uolls boleh baca kat sini.

Memang betul pun, sesiapa yang dah memasuki zaman 3 series, berkahwin, berkerja dan mempunyai cahayamata, akan rasa apa yang pernah Cikli rasa. Badan akan jadi letih dan lesu. Sebenarnya Cikli pregnant anak ke-3 masa umur Cikli 29 tahun. Dan Cikli dah rasa macam mana letihnya badan bila mengandung dalam usia yang belum pun masuk 30-an, di tambah Cikli tak pernah makan apa-apa makanan tambahan dan hanya harapkan vitamin mengandung yang klinik bagi je.

Alhamdulillah selepas habis pantang baby ke-3, Cikli start terbuka hati nak makan supplemen untuk recharge balik tenaga-tenaga dan tak nak rasa lagi keletihan untuk next pregnant. Hampir setahun jugak Cikli tercari-cari supplemen yang betul-betul sesuai dan Cikli rasa yakin untuk makan. Dan akhirnya jumpa la Shaklee. Daripada memula makan lechitin hingga la ke beberapa supplemen Shaklee lain yang Cikli makan.

Hasil 11 bulan consume Shaklee

Supplemen-supplemen tu semua bukan Cikli sorang makan, en. hubby dan anak-anak Cikli pun makan jugak.

Alhamdulillah, rezeki... sekarang Cikli pregnant sekali lagi untuk anak ke-4 InsyaAllah. Sehingga hari ni kandungan Cikli dah berusia lebih kurang 14 minggu. Dan amazingly Cikli dapat rasa totally perbezaan pregnant sebelum dan selepas Cikli consume supplemen Shaklee. Memang sejarah Cikli pregnant tak ada alahan, tak ada morning sickness dan alhamdulillah dengan kelebihan yang Allah bagi kat Cikli ni. 

Memula pregnant memang la rase lain sikit, al maklumla nak terima roh baru dalam badan kan...tapi bila dah dalam sebulan macam tu siap boleh pikir, ' eh aku ni ngandung ke tak ngandung?' hahahhaha. Rasa cargas tu lain macam. Tak macam pregnant ke 3 dulu, memang rase betul letihnya. Rugi betul tak amalkan makan supplemen dari awal. Tapi atleast tak terlambat lagi la kan Cikli ni.

Yang paling best siap boleh join Urban Trail (ala2 explore race gitu) lagi... Bukan dekat dek non oiii... 6.3km tuu, berjalan, berlari, berjogging, naik bukit hahahha...amboiiii macam orang tak pregnant plak semangatnya.

Test Run Urban Trail


Alhamdulillah baby kuat...ibu dia lari-lari pun dia duk diam-diam dalam perut ibu dia hihihi...semua dengan izin Allah..sebab tu Cikli terasa nak share ngan uolls kesan pengambilan supplemen seawal mungkin ni. Cikli dah rase kesan dia pada badan, so Cikli berani nak share ngan uolls, kalau tak Cikli takkan reka-reka cerita just sebab nak lakukan produk kan...

So masa pregnant ni, tak semua supplemen kat atas tu Cikli ambil, Cikli just makan yang untuk set ibu mengandung macam Vita-Lea, B-Complex, Vita C, Ostematrik ngan ESP je, ( so vitamin yang klinik bagi tu Cikli tak ambil. Memang niat nak fully consume Shaklee dari pregnant dan berpantang nanti :) ). Selain cargas, HB pun cantik je..tak pernah-pernah jejak 14.5, sebelum ni pun paling tinggi masa pregnant, bacaan HB Cikli 12.5 je...so bukan setakat satu dua je perbezaan yang Cikli rasa antara sebelum ngan selepas Cikli amalkan makan supplemen ni, banyak lagi...next time Insyallah Cikli share cerita lagi yer...

So sesiapa yang nak rasa lebih bertenaga, sihat... baik amalkan pengambilan supplemen daripada sekarang. Tak rugi pun...moga-moga kesihatan uolls akan berkekalan dengan pengambilan supplemen seawal usia.

Untuk uolls yang merancang nak pregnant tu, Cikli nasihatkan baik sediakan badan uolls dengan nutrien-nutrien yang mencukupi, so nnti bila pregnant uolls takkan rase badan letih. Kat sini Cikli share kelebihan supplemen set Ibu Mengandung Shaklee k.



Kita mesti nak yang terbaik untuk diri kita ngan baby yang kita kandung kan..so cara terbaik pastikan diri kita dan baby dapat cukup nutrien sepanjang tempoh pregnant ni. Bagi Cikli semestinya la supplemen Shaklee jadi pilihan kan ;).

So sesiapa yang berminat nak dapatkan supplemen-supplemen Shaklee ni boleh jugak dapatkan daripada Cikli. Konsultasi Cikli bagi secara PERCUMA! :)


Cikli Masngun
ID 1075577
0127995435
COD Ayer Keroh, Bandar Melaka, pegeposan keseluruh Malaysia.







Wednesday, 15 October 2014

SUPPLEMEN LARANGAN BAGI IBU MENGANDUNG



Dulu sebelum jumpa Shaklee, Cikli cuma makan supplemen masa pregnen je. Makan vitamin yang klinik bagi. Mak kat kampung pulak tak bagi makan selalu vitamin tu sebab takut baby besar hihihihi...Yer la tak boleh la salahkan mak-mak ni jugak, dorang mana la tau kan, dorang dulu tak makan vitamin masa mengandung pun, makanan dorang semuanya berkhasiat, tanam sendiri tepi-tepi rumah tak de guna-guna racun semua ni.

Cikli pun masa tu pregnen anak first mana la tau sangat pasal-pasal vitamin ni...orang suh makan kita makan, mak suh jangan makan sangat kita pun kurangkan makan ahhahahhaha.....Tapi bila dengar penerangan nurse-nurse, kawan-kawan tentang pentingnya vitamin masa mengandung ni, memang tak miss la makan vitamin lepas tu . Sampai la anak ketiga, Cikli still makan vitamin klinik bagi, tak pernah beli vitamin kat luar.

Tapi sejak consume Shaklee ni, Cikli amik keputusan untuk fully consume Shaklee untuk pregnen dan berpantang anak ke 4 ni. Eh terpanjang plak intro hahaah...cerita sebenarnya cuma nak bagitau vitamin Shaklee mana yang ibu-ibu pregnen dilarang amik semasa di dalam tempoh kehamilan ni dan sebabnya. Ampun yer...

Ok memang la supplemen-supplemen Shaklee ni semuanya selamat dan semulajadi, tapi ade sesetengah supplemen yang ibu hamil tak boleh amik sebab ada supplemen Shaklee yang bersifat tinggi antioksidan. Diawal-awal fasa kehamilan, janin belum melekat dengan betul di dalam rahim so kalau ibu-ibu ambil juga supplemen yang tinggi antioksidan ni takut-takut akan menyebabkan risiko keguguran. Sebab, di awal fasa kehamilan ni, tahap imunisasi ibu memang rendah bagi memberi laluan janin membesar dalam rahim ibu.

Suplemen-sepplemen yang dilarang diambil oleh ibu mengandung adalah:

VITA E
ALFALFA
GLA
VIVIX
CAROTOMAX

So pastikan uolls semua dapatkan konsultasi yang betul sebelum makan sesuatu vitamin tu yer. Konsultasi ni penting untuk uolls dapat kebaikan sesuatu supplemen tu dan memberi kesan kesihatan yang optimum pada uolls.

Kalau uolls beli supplemen Shaklee dengan Cikli, In Sha Allah Cikli akan bagi konsultasi cara pemakanan dan jadual yang betul untuk uolls consume supplemen :)

Boleh Whatsapp/SMS kalau berminat beli supplemen Shaklee dengan Cikli










0127995435
ID 1075577




Tuesday, 14 October 2014

JEREBU OH JEREBU

Pepagi keluar umah waaaaaa macam kat Cameron Highlands, berkabus je nampak....hakikatnya itu adalah jerebu....sedihhhh...

Bacaan IPU 

Walaupun bacaan IPU masih menunjukkan paras yang Baik, tapi as a mother pesan siap-siap kat anak-anak jangan main kat luar ms kat tadika...siap tunjuk habuk-bahuk yang melekat kat cermin kereta tu haaaa macam tu jugak la habuk yang akan masuk dalam badan dorang kalau sedut udara jerebu banyak sangat heeeee....

Walaupun x tebal, tapi still tak elok untuk kesihatan kan.


Wajib la tengahari ni mengeram je kat dalam opis, nak keluar pun cuaca panas sangat. Tekak jangan cakap la asyik la haus, minum air bebanyak pun rasa tak cukup, aishhhh....

Meh Cikli cerita sikit-sikit pasal bahaya jerebu nih...

Mana datang Jerebu Ni?

Kalau uolls nak tau mana punca Jerebu ni, biasanya kalau time Jerebu kuat tu mesti la Negara Jiran kita buat pembersihan ladang kan...bakar secara terbuka...tapi ade 3 punca utama kat Malaysia ni yang boleh menyumbang kepada Jerebu  sebenarnya..
  
     > Pembakaran terbuka
     > Asap Kenderaan
     > Asap Kilang

Memang tak dapat elak la kan jerebu ni, kalau tengok dari puncanya ni.

Bahaya Ke Jerebu?

Maunya tak bahaya kalau hari-hari sedut udara tak sihat...Jerebu ni pun akan mendatangkan efek yang tak baik untuk kesihatan kita kalau terlalu banyak kita sedut udara berjerebu kan. Lagi-lagi untuk golongan yang berisiko tinggi macam:-

   1. Kanak-kanak
   2. Warga emas
   3. Orang-orang yang ada penyakit seperti
  • athma
  • bronkitis
  • radang paru-paru
  • jantung 
  • alahan
  4. Perokok
  5. Orang yang bekerja di luar pejabat

Kalau kita terlalu terdedah dengan jerebu secara berterusan, kat bawah ni Cikli listkan antara gejala-gejala kesihatan yang akan kita alami,
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
  • Sukar nak bernafas atau sesak nafas
  • Mata berair dan pedih
  • Hidung berair dan selalu bersin
  • Kulit badan terasa gatal-gatal
  • Sakit dada
Kalau dah rasa macam tanda-tanda kat atas tu cecepat la pergi klinik yer...mintak Doktor ubatkan :)

Sila ikut nasihat demi kesihatan kita semua :)

Dan nasihat Cikli pulak, banyakkan minum air masak ataupun untuk lebih power minum la Perfomance Drink macam Cikli ni,





Ni tak sampi kul 9.00 pagi tinggal segini, mau kena topup air mineral ni :p
Sebab apa Cikli minum Perfomance Drink (PD) ni?



Dan yang paling penting, sebab ni...


Ikut cakap orang bijak pandai

Haaaa kena la tu, time-time jerebu, musim panas ni memang kita kena kekalkan kadar bendalir dalam badan kita. Sebab tu Nasihat Kesihatan tu suruh minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari ataupun 2 liter sehari. Bukan sebab suka-suka nak suruh uolls minum air bebanyak, tapi ada sebabnya kan. Jangan pulak bagi alasan malas nak minum air sebab asik nak g toilet jer hahahha...sayangi diri sendiri, kalau tak sape nak peduli kesihatan kita kalau bukan diri sendiri kan. Eh membebel pulak Cikli kan :p

Berbalik pada isu jerebu tadi, kalau tak jerebu pun memang kita kena minum air banyak setiap hari untuk kesihatan kita sebenarnya. Bila dah jerebu, tu yang kena up sikit dari air masak ke Perfomance Drink heehheheh...

Kalau uolls rerasa nak meningkatkan tenaga dan kekalkan bendalir dalam badan boleh la cuba Perfomance Drink ni, sebab dia pun kurang gula, bagus untuk kesihatan kan. Cikli suka sharing-sharing pasal kesihatan ni ngan uolls hihihi...

Nak oder boleh jugak contact Cikli,




ID 107557
Whatapps / SMS
0127995435











Wednesday, 8 October 2014

SHAKLEE HALAL

Assalammualaikum semua....Hari ni Cikli nak bagitau tentang status HALAL Shaklee.

Biasanya bila kita nak makan sesuatu produk  perkara pertama yang berlegar kat otak kita mesti soalan "Halal ke tak ni?". Terutamanya untuk pengguna yang beragama Islam, status Halal memang sangat-sangat diambil berat. Lepas tu belek-belek packaging cari logo Halal hihihi, betul kan?

Ok untuk produk-produk keluaran Shaklee kat bawah ni Sijil Halal dia yer..



Untuk pengetahuan semua, Shaklee untuk pasaran Malaysia telah disahkan Halal oleh Islamic Services of America (ISA), iaitu badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh jugak cek kat link Senarai Badan yang diiktiraf oleh JAKIM ataupun di sini Halal Accreditation (ISA) untuk lebih penerangan.

Kalau tak halal Cikli pun tak kan makan dan jual kan. So uolls boleh la makan n gunakan produk-produk Shaklee tanpa ragu-ragu  k. :)


Thursday, 28 August 2014

MENU IBU MENYUSU

Kalau tengok ibu yang menyusukan baby ni makan, macam tak pernah kenyang kan hihihi. Yer la ibu menyusu kena makan banyak dan berkhasiat untuk menjana susu lebih banyak. Kalau ibu tak makan, mana nak datang susu tu kan. Kilang susu pun tak tau nak proses ape untuk dijadikan susu kalau ibu tak makan.

Sebab tu walaupun badan seseorang tu kurus, tapi kalau dia menyusukan baby jangan hairan tengok cara dia makan. Memang akan sentiasa lapar aje. Dan dia akan makan dengan banyak.

So, untuk para ibu yang menyusukan baby, makan banyak pun kena jugak jaga kualiti pemakanan kita tu. Kena makan makanan yang berkhasiat macam contoh-contoh makanan yang Cikli nak sharing kat sini.

1. Ikan Salmon

Wahhhh hari-hari nak makan ikan salmon gitu, kopak ayah ko nak..hihihihi. Kenapa ikan salmon? Sebab ikan salmon ni kaya dengan DHA dan amat bagus untuk tumbesaran baby. Memang la susu ibu tu dah ade DHA, tapi kalau makan ikan yang DHA nya lagi tinggi dia akan meningkatkan lagi kualiti DHA susu ibu tu. Tak pun susah-susah makan je Omega Guard Shaklee, senang cerita. Sebab Omega Guard minyak ikan terbaik di dunia gitu(sempat promot kannn)

2. Produk Tenusu Rendah Lemak

Produk tenusu yang rendah lemak ni selain bagus untuk tulang, dia pun ade Vitamin B, Vitamin D dan protein. Macam susu, yogurt dan keju tu antara yang rendah lemak la.

3. Kekacang

Kacang merah dan kekacang yang warna merah gelap memang terbaik kalau ibu menyusu makan. Bukan setakat jimat bajet tapi kekacang ni kaya dengan zat besi tau.

4. Beras Perang

Beras perang ni kalau dimakan boleh meningkatkan tenaga. Selain tu beras perang juga dapat membekalkan kalori yang diperlukan kepada tubuh untuk menghasilkan susu yang terbaik untuk baby.

5. Sayuran Hijau

Sayur-sayuran hijau macam bayam, brokoli memang sangat bagus untuk kesihatan. Sayur-sayur ni biasanya ade Vitamin A yang sangat diperlukan untuk baby. Juga untuk membekalkan zat besi dan Vitamin C.

6. Telur

Kuning telur ni merupakan sumber semulajadi Vitamin D yang boleh menguatkan tulang  ibu dan bayi. Telur hancur, telur rebus, salad dan omelet kalau ibu-ibu menyusu makan time malam, protein tubuh akan meningkat.

7. Roti Gandum

Roti gandum kaya dengan asid folik, iaitu sejenis nutrien penting yang terkandung di dalam susu ibu dan amat diperlukan oleh baby untuk kesihatan tubuh mereka. Selain tu roti gandum ni pun kaya dengan fiber dan zat besi.

Sebab tu dalam pantang jangan terlalu menyekat pemakanan kita. Ade yang makan nasi dengan ikan bilis je. Mana nak dapat khasiat macam tu. Last-last cakap susu badan takde. Dah rugi sebenarnya kat situ.

Cikli pernah tanye kat nurse hospital makanan ape yang kena pantang lepas bersalin? Nurse tu pun cakap sebenarnya tak ade pantang pun, sebab klu kita terlalu berpantang makan, tu yang susu badan tak ade. Sebenarnya pemakanan dalam pantang ni terpulang dengan kekuatan badan seseorang tu, agak-agak makanan yang sejuk-sejuk, yang berangin, yang gatal-gatal tu jangan la makan dulu. Tapi jangan la makan nasi dengan ikan bilis je, kesian baby tak dapat khasiat nanti.

Ok para ibu, selamat menjamu selera dengan makanan berkhasiat untuk anda dan baby anda :)


Wednesday, 27 August 2014

TIPS MENAMBAH KEWANGAN KELUARGA


Jom belajar tips macam mana nak tambah kewangan keluarga. Yer la sekarang ni semuanya duit..barang naik, minyak naik, tol naik, gaji tak naik-naik yer tak hihihii...Daripada kita membebel, merungut, pening kepala sebab semua barang naik, jom kita usaha tambahkan kewangan keluarga. Sekurang-kurangnya kita kurang pening, hidup pun selesa, stress pun tak de. Macam pantun gitu.

Sesekali kita tambah ilmu pengurusan kewangan pulak yer tak. Ni pun menyumbang kepada kesihatan jugak. Yer la kalau selalu stress tak elok untuk kesihatan kan. Ok ade 6 tips yang Cikli nak kongsikan kat sini macam mana uolls boleh tambah kewangan keluarga.

Tips 1
SIMPANAN JANGKA PANJANG

Sekarang ni macam-macam cara kita boleh menyimpan duit kan. antara nak ngan taknak jer. Ada yang beralasan duit sentiasa tak cukup. Takpe, sekarang ni bank banyak tawarkan pogram-program pelaburan kan, Amanah Saham ade, Akaun Semasa, Simpanan Tetap, Pelaburan jangka panjang dan banyak lagi pogram-program yang disediakan pihak bank untuk kita menyimpan untuk masa depan. Lagi cepat kita melabur atau menabung, lagi banyak hasil yang akan kita tuai nanti. So jangan bertangguh untuk menyimpan dan melabur k.

Tips 2
KURANGKAN PERBELANJAAN SAMPINGAN

Haaaa yang ni biasanya untuk uolls yang bekerja memang susah nak elak nafsu shopping kan. Ok, mulai sekarang kena kawal la nafsu bershopping tu, beli keperluan bukan kehendak yer. Walaupun duit uolls banyak, tapi mesti sediakan payung sebelum hujan. Kalau rasa benda tak perlu beli tak payah beli, baik simpan duit tu untuk masa-masa yang terdesak kan. Kurangkan jugak beli barang-barang yang berjenama dan mewah, tapi kalau uolls mampu takde masalah. Cumanya kalau boleh kurangkan :)

Tips 3
PERNIAGAAN KECIL-KECILAN

Bekerja, tak bermakna kita semua tak boleh buat bisness secara sampingan kan. Sekarang ni perniagaan Online tengah hot, so apa kata uolls pun rebut la peluang kemasan ni. Bab ape nak jual tu, macam-macam benda sekarang orang jual kat online, so uolls bole pilih yang mana rasa-rasa uolls berkenan. Tapi pastikan aktiviti uolls tu tak menggangu kerja-kerja hakiki uolls la yer.

Tips 4
TAMBAH PENDAPATAN DI RUMAH

Kerja lebih masa pun salah satu uolls boleh buat untuk tambah kewangan keluarga. Tapi mesti masa dengan anak-anak akan terjejas kalau uolls buat part-time kan. Apa kata uolls yang ade kemahiran tu buat part-time dari rumah. Macam buat kelas tuisyen ke, atau pun buat MLM macam jual tupperware, Shaklee :) dan sebagainya.

Tips 5
BENTUK RANGKAIAN KERJA YANG SISTEMATIK

Sikap saling membantu dan bekerjasama boleh membina satu rangkaian perhubungan yang mantap, sama ada daripada aspek perniagaan ataupun pekerjaan. So uolls rerajin la kembangkan network uolls kat kawan-kawan. Macam, boleh cerita kat kawan-kawan yang uolls ade buat bisness so mybe mereka boleh menjadi prospek customer uolls nanti kan. Cuba bertukar-tukat idea atau maklumat dengan mereka-mereka yang membuat cabang perniagaan atau pekerjaan yang sama ngan uolls.

Tips 6
SIMPAN LEBIH PERBELANJAAN

Setiap kali kita semua bebelanja mesti ade baki duit belanja kan. Apakata sediakan satu tabung untuk uolls masukkan lebihan belanja uolls tadi. Walaupun baki hanya RM1, cuba uolls kira sehari RM1 x 360 hari. So setahun uolls dah menabung sebanyak RM360 kan. Banyak tu, boleh buat duit tambahan untuk masa hadapan. Jangan lupa juga ajar anak-anak uolls menabung dari umur kecil, dan terangkan kenapa menabung tu penting dalam kehidupan.


Itu antara 6 tips yang Cikli dapat kongsikan ngan uolls untuk menambah kewangan keluarga. Sebenarnya untuk peringatan Cikli jugak tips-tips ni yer. Kita sesama duduk di zaman yang segalanya memerluka duit , so kita kena buat sesuatu yang boleh menjamin keselesaan hidup kita sendiri.

Selamat mencuba!!

Bagi sesiapa yang berminat nak buat bisness sambilan, tapi tak tahu nak jual ape, Cikli boleh bantu.
Jom join Cikli buat bisness Shaklee. Hanya bermodalkan RM75 seumur hidup, usaha dan semangat cekal pasti uolls akan berjaya mengubah kewangan uolls.

Hubungi Cikli
012-7995435

Tuesday, 19 August 2014

DHA OMEGA-3 PENTING UNTUK PERKEMBANGAN OTAK BAYI DALAM KANDUNGAN


Hai mommy-mommy yang tengah pregnen, yang dah jadi ibu, dan semua wanita yang bergelar mommy. Cikli nak cerita tentang kepentingan DHA OMEGA 3 yang begitu penting untuk perkembangan otak baby.

DHA OMEGA 3 tu ape eik?

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.


Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Semasa megandung biasanya kita makan asid folik dan kalsium kan. Tapi Cikli nak ajak mommy-mommy semua jom kita topup dengan DHA iaitu asid lemak Omega-3 pulak. Sebab DHA Omega-3 ni sangat la penting untuk ibu-ibu yang pregnen dan juga ibu-ibu yang menyusukan baby kerana DHA ni sangat penting untuk pertumbuhan otak, mata dan hati baby tau.

Dah banyak kajian yang mengesyorkan ibu hamil ambil DHA secukupnya untuk menampung keperluan baby di dalam kandungan. Sebab baby kita dalam perut tu tak boleh nak hasilkan DHA sendiri, so dia kan harapkan dari pemakanan ibu la kan. Ada kajian di peringkat antarabangsa berpendapat, DHA juga berupaya mencegah masalah tekanan ataupun postpartum depression di kalangan ibu-ibu selepas bersalin. Fungsi DHA dikatakan berupaya untuk stabilkan dan mengawal emosi wanita yang terganggu selepas bersalin.

Menurut pakar pembangunan dan kesihatan kanak-kanak, Dr. William Sears pula, dalam kajiannya memberitahu DHA sangat penting untuk menjana otak si kecil kita sejak dari dalam kandungan sehingga lah ke tadika. Dalam tempoh ni, biasa otak anak-anak kita memang tengah berkembang pesat dan dengan pengambilan DHA boleh meningkatkan kecerdasan mereka.


KEBAIKAN DAN MANFAAT DHA
  • DHA sangat diperlukan bagi pertumbuhan otak, mata dan sistem saraf baby. DHA mewakili sebanyak 93 peratus daripada keseluruhan asid lemak Omega-3 di bahagian retina mata bagi memastikan sel fotoreseptor berfungsi dengan tepat. Sel ini akan memastikan mata dapat mengenalpasti cahaya (apa yang dilihat) sebelum menghantar maklumat yang tepat ke otak.
  • DHA sangat penting ketika usia kehamilan mencecah trimester ketiga , dimana pertumbuhan otak sedang berkembang pesat sebelum bayi dilahirkan. Satu kajian yang dilaporkan menerusi jurnal kanak-kanak pada tahun 2003 mendapati, kanak-kanak yang mendapat sumber DHA yang cukup daripada ibunya semasa di alam kandungan mendapat skor markah yang paling tinggi dalam ujian kepintaran dalam ujian empat tahun berbanding kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil makanan tambahan DHA yang mencukupi.
  • Kajian juga menunjukkan diet ibu yang kaya DHA berupaya meningkatkan pembangunan kanak-kanak yang lebih baik terutama tahap penglihatan yang baik, aktiviti fizikal lebih cergas dan lebih fokus. Bahkan DHA yang mencukupi akan membantu anak kecil tidur lebih teratur dan nyenyak. 
  • Selain bayi, wanita hamil dan menyusukan bayi juga boleh mendapat manfaat daripada DHA. Bekalan DHA dalam diet ibu dapat meningkatkan kekuatan ketika hamil dan membantu ibu hamil melalui tempoh kehamilan lebih baik dan sihat, mencegah bayi lahir pramatang dan mengelakkan terjadinya tekanan perasaan selepas bersalin. DHA dikatakan mampu mengawal emosi wanita daripada mudah stress selepas bersalin.

PENGAMBILAN DHA YANG DISYORKAN KETIKA HAMIL

Penemuan maanfaat DHA telah meningkatkan kesedaran terhadap keperluan dikalangan ibu hamil. Ramai pakar kesihatan mula mendidik dan berkempen tentang kepentingan DHA dalam diet ibu hamil. Kadar DHA pula bergantung pada diet dan para saintis hari ini mengesyorkan pengambilan sehari 200-300mg DHA sehari untuk wanita hamil dan menyusu bayi.

SUMBER KAYA DHA



Sumber makanan paling kaya dengan DHA ialah lelemak ikan seperti salmon, sardin, tuna, trout, herring, mackerel dan sebagainya. Ikan tidak menghasilkan DHA secara semulajadi, tetapi menerusi makananya iaitu alga.

Sejumlah kecil DHA terdapat di dalam makanan seperti kekacang terutama biji matahari, biji labu, almond serta ayam, telur kuning, ketam dan udang.

Untuk memudahkan ibu-ibu yang kurang gemar memakan ikan atau makanan laut, ibu-ibu juga boleh mencuba OMEGA GUARD SHAKLEE. Minyak ikan Terbaik Di Dunia yang diestrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan Negara Jepun. Berbanding dengan produk omega dipasaran, OMEGA GUARD merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

Di dalam satu kapsul Omega Guard mengandungi 330mg  Omega 3, 120mg DHA dan 180mg EPA.


So ibu-ibu tak payah pening pikir cukup tak DHA semasa mengandung. Dengan pengambilan 2-3 biji sehari Omega Guard ni InsyaAllah ibu-ibu sihat, baby pun sihat dan bijak. Semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan, so Cikli mudahkan ibu-ibu dapatkan yang terbaik untuk diberikan kepada baby dan anak-anak dengan Omega Guard Shaklee ni.





Untuk dapatkan Omega Guard Shaklee,
Hubungi Cikli Masngun
012-7995435









Monday, 11 August 2014

KEKAL CANTIK DI USIA PERTENGAHAN

Ada fakta yang mengatakan kecantikkan wanita ni akan terserlah apabila berumur 30-an. Wahhhh betul kah?? Tapi tidak boleh jugak kita nak menidakkanya, sebab wanita ni bila dah usia 30-an ramai yang dah bergelar isteri dan ibu yang mana lebih menitikberatkan kesihatan dan perlu mengekalkan penampilan yang hebat di hadapan suami dan anak-anak.


So kat sini Cikli nak share dengan wanita-wanita cantik diluar sana amalan-amalan yang boleh dijadikan panduan untuk kelihatan muda di usia petengahan.

  • KAWAL PEMAKANAN
Biasanya pengambilan makanan yang seimbang mampu melambatkan proses penuaan. Pastikan setiap hari uolls ambil makanan yang tinggi serat, sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Dan makanan yang tinggi lemak, minuman berkefein dan berkarbonat perlu dielakkan.




  • PELEMBAB MUKA
Jangan lupa memakai pelembab muka yang sesuai dengan kulit muka uolls setiap kali keluar dari rumah. Pelembab amat penting kerana ketika umur menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit muka akan semakin berkurang berbanding ketika remaja.

  • ELAK CAHAYA MATAHARI
Elakkan kulit uolls terdedah kepada cahaya matahari di dalam jangka masa yang lama yer. Kerana sinaran UV boleh menyebabkan kulit semakin gelap dan kering. Pastikan uolls pakai krim siang yang mengandungi SPF15 atau 20 yang mampu melindungi kulit daripada UVA dan UVB.

  • MINUM BANYAK AIR
Bila badan kurang air, kulit akan cepat kering dan akan timbul gejala penuaan. Selain tu badan pun mudah dihinggapi penyakit kalau kekurangan air ni tau. So, pastikan uolls minum air masak secukupnya setiap hari kerana ianya sangat penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dari dalam badan.

  • SENTIASA BERSENAM
Amalan senaman ringan setiap pagi selepas bangun tidur. Luangkan masa di hujung minggu bersama suami dan anak-anak keluar bersama dan beriadah.

  • ELAK SOLEKKAN TEBAL
Umur dah 30-an better bersolek tu ala kadar je sesuai dengan status ibu dan wanita berkerjaya. Tak perlu pakai bedak asas yang terlalu tebal dan warna lipstik yang terlalu cerah. Solek ala-ala natural gitu, baru nampak anggun gitu kan.

  • POSITIF DAN CERIA SELALU
Kena sentiasa positif, dan ceria ketika bersama keluarga dan kawan-kawan. Ketawa kan penawar duka, senyuman awet muda. So banyakkan bergaul dengan mereka-mereka yang ceria dan menghiburkan dan paling penting elakkan stress.

  • SUPPLEMEN TAMBAHAN
Bila umur semakin meningkat, nutrisi didalam badan makin berkurangan. Jadi, pengambilan vitamin amat penting dan digalakkan untuk wanita yang berusia 30-an. Nak-nak wanita-wanita yang sibuk dengan tugasan di pejabat dan di rumah biasanya pengambilan makanan seimbang jarang diamalkan.

Kalau wanita-wanita cantik yang baca post ni rase pening tak tahu nak pilih banyak sangat supplemen yang ada kat pasaran sekarang ni, Cikli cadangkan uolls amik la supplemen Shaklee. Cikli pun amalkan pengambilan supplemen Shaklee ni Alhamdulillah rase perubahan kat diri sendiri .











Hubungi Cikli untuk dapatkan Set Kesihatan Wanita
PM/Whatsapp
012799-5435

Kunjungi juga Kedai Vitamin Cikli Melaka
Dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...