Tuesday, 29 April 2014

SHAKLEE FAMILY WELLNESS SET/SET KESIHATAN OPTIMUM

Ramai antara kita yang tersalah anggap, pengambilan suplemen ni perlu bila seseorang tu dah berpenyakit. NO, NO, NO....BIG NO!! ok...suplemen ni bukan ubat yer...suplemen ni makanan tambahan yang mana dengan suplemen ni, boleh menampung mana-mana vitamin yang tubuh kita perlukan tetapi kita tak dapat melalui pemakanan seharian kita.

Kannn....kita setiap hari bukan semua benda kita makan...ada jugak yang tak makan sayur padahal sayur tu sangat la bagus untuk kesihatan..buah-buahan pun bukan setiap hari kita makan, susu apatah lagi hihihihi bila dah usia 30 tahun keatas baru la nak start balik minum susu sebab dah rase badan, tulang semua tak selesa kan.

Cer tengok PIRAMID MAKANAN ni, cek ngan yang kita makan hari-hari...agak-agak lengkap tak semua kumpulan makanan kita ambil..


Cikli percaya tak semua antara kita yang betul-betul makan ikut macam yang kat  piramid makanan  kan...Kadang-kadang terskip buah-buahan...kekadang skip sayur..Tapi tabik untuk anda-anda yang sedar tentang pengambilan suplemen seawal usia. Sebab kita kena jaga kesihatan seusia muda lagi kan. Orang cakap mencegah lebih baik dari mengubati. Sebab dengan pengambilan suplemen ni, kita boleh top-up mana-mana vitamin yang kurang pada tubuh kita.

So, kalau macam uolls nak cari suplemen yang berasaskan semulajadi, SHAKLEE is jawapannya :) Shaklee pun ade tawarkan set kesihatan untuk kelaurga tau. Untuk kesihatan optimum atau Family Wellness Set ni terdiri daripada ESP(Enegizing Soy Protein), Vitamin C, Vita Lea dan B Complex. 

Jom kita tengok macam mana suplemen-suplemen ni boleh bantu uolls meningkatkan kesihatan uolls pada tahap optimum.


1) ESP
  • Sumber protein yang utama
  • Setiap sel, tisu, sell otot dan tulang di dalam tubuh kita dibina daripada protein bagi memastikan setiap sistem badan kita berfungsi dengan baik
  • Membekalkan sumber protein yang mencukupi untuk tubuh badan kita
  • Pemilihan protein yang baik harus dititikberatkan dan bijak. Istimewanya ESP Shaklee ni, ia dihasilkan daripada protein soya non-GMO. 
  • ESP membantu membekalkan tenaga, menguatkan rambut dan kuku, mencantikan kulit, membaikpulih tisu badan yang rosak.

2) Sustained Release Vita-C Plus
  • Vitamin C memainkan peranan yang penting dalam memelihara kandungan antioksida semulajadi tubuh
  • Sangat penting untuk tulang, gigi, gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.
  • Vitamin C tambahan juga diperlukan untuk ibu mengandung dan menyusukan bayi kerana diet seharian kita tak mampu nak memberikan Viamin C yang mencukupi


3) Vita Lea
  • Merupakan multivitamin yang semulajadi serta mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita sebagai pelengkap nutrisi harian seperti Vitamin D, Beta Karotena, Vitamin E, Kalsium, Boron dan lain-lain.
  • Vita Lea juga dilengkapi dengan iron/zat besi  dan juga disaluti dengan spirulina.
  • Mengandungi sistem penyerapan bioaktif
  • Tiada perisa tiruan, pemanis pewarna dan bahan pengawet
  • Sangat sesuai untuk uolls yang sering letih dan tidak bertenaga.

4) B-Complex
  • Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh - Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niacin (B3), Pantothenic Acid (B5), Pyridoxine (B6), Cyanocobalamin (B12), Biotin (B7) dan Folic Acid (B9)
  • Membantu masalah kelesuan, mencegah stress dan kemurungan
  • Menggantikan fungsi Vitamin B yang musnah akibat tekanan, gula, alkohol, antibiotik, pil perancang dan rokok.
  • Memelihara kesihatan saraf dan meningkatkan daya tumpuan
  • Membantu menukarkan makanan kepada tenaga dengan cepat.
Yang bestnya set ni, seluruh family boleh makan. Nama pun family wellness set kan...so satu family boleh dapat khasiatnya. Memang satu pelaburan yang sangat berbaloi la kalau beli set ni .

Kalau uolls berminat nak tau lebih lanjut info pasal set ni n nak dapatkan set ni just PM atau call Cikli k :)

Suhaili@Cikli
012-7995435
SID 1075577
www.facebook.com/CikliHealthHappiness








Tuesday, 22 April 2014

TIPS MENJAGA KESIHATAN TULANG

Kebanyakkan masyarakat kita masa kini hanya akan mula menitikberatkan kesihatan tulang pada usia tertentu. Untuk pengetahuan uolls, kita akan kehilangan kalsium setiap hari tau. Ish macam tak best je ayat intro ni eik..tukar-tukar hahahhaha....

 Ok serius-serius heh. Nak cerita pasal pentingnya kita jaga tulang kita ni sebenarnya. Bukan nak membebel, nak mengingatkan sesama kita. Yer la kadang-kadang kita ni mudah terlupa kan.

Untuk kita semua, tulang merupakan daya sokongan tubuh yang utama untuk kita melakukan aktiviti harian kan. So kalau tulang kita tak cukup kuat untuk sokong tubuh kita semua perbuatan dan pergerakan kita akan terbatas. Nak buat aktiviti yang kita suka pun dah tak boleh, dah menjejaskan mood kita kan.

Untuk dapatkan tulang yang sihat kat sini Cikli nak share tips mudah untuk pastikan tulang kita sentiasa sihat. Antara tips-tipsnya :
  1. Minum susu yang mencukupi setiap hari. Susu adalah sumber utama kalsium yang sangat-sangat diperlukan untuk kekuatan tulang.
  2. Hindari minuman yang bersoda atau bergas sebab ia akan menyebabkan kehilangan kalsium dari badan dengan kadar yang banyak.
  3. Pastikan Vitamin D di dalam badan sentiasa cukup kerana Vitamin D sangat penting untuk menjamin kesihatan tulang kita. Vitamin D ni biasanya boleh diperolehi dari sayur-sayuran yang berwarna hijau atau brokoli.
  4.  Lakukan olahraga atau bersenam. Biasanya berjogging atau berjalan kaki amat membantu. Ini kerana aktiviti ini kan menguatkan otot dan tulang kita secara tidak langsung.
  5. Ada jugak yang mengatakan dengan merokok dan meminum minuman berakohol akan menurunkan kualiti kesihatan tulang kita, so kena la elakkan yer semua ni .
Haaa senang je kan nak jaga tulang kita sebenarnya, yang paling utama pastikan kalsium yang kita ambil setiap hari cukup untuk menampung keperluan kalsium yang tubuh kita perlukan.

Carta kat bawah ni boleh uolls buat rujukkan banyak mana kalsium kena ambil setiap hari.





Monday, 21 April 2014

DIABETES | Tangani Dengan Vivix Shaklee




Kira-kira 3.6 juta orang dewasa di Malaysia dianggarkan bakal menghidap penyakit Diabetes atau Kencing Manis!! Baca info kat SINI.

Wow! bukan sikit tu 3.6 juta...sangat membimbangkan. Uolls tau x ranking Malaysia untuk jumlah pesakit kencing manis ni adalah paling tinggi di ASEAN. Dan tempat ke enam di rantau Barat Pasific. Ish..ish...ish...
So ape peranan kita untuk perangi masalah ni yer??

Ok, uolls boleh sebenarnya menolong negara untuk mengurangkan angka 3.6 juta tu. Caranya uolls tolong la jaga makan uolls, kurangkan gula dalam makanan atau minuman...Kalau uolls nak tambah gula, sila tambah dalam senyuman uolls k hihihihi....Kalau uolls senyum semanis-manisnya pun tak kan kena kencing manis tau .http://matcuoi.com

Uolls mesti nak tau macam mana diabetes terjadi kan.  Diabetes ni merujuk bacaan gula(glukosa) dalam darah yang melebihi paras normal. Badan kita memang memerlukan gula sebagai sumber tenaga. Tapi kalau paras gula dah terlebih dalam darah kita, tu yang datangnya diabetes a.k.a kencing manis tu. Jom semak carta paras gula dalam darah ni.


Kalau uolls nak tau bacaan gula dalam darah uolls normal ke tak, boleh cek kat klinik-klinik berdekatan yer. 
Diabetes ni pulak terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
  1. Diabetes Type 1 - Terjadi disebabkan organ pankreas tidak mampu menghasilkan insulin yang cukup untuk menukarkan glukosa kepada bentuk tenaga dalam badan kita. Nii yang menyebabkan pesakit-pesakit diabetes terpaksa mengambil suntikan insulin supaya dapat mengawal paras gula dalam darah.
  2. Diabetes Type 2 - Sel-sel badan tidak dapat bertindakbalas dengan insulin dengan sebaiknya.
  3. Diabetes Gestasi - Biasanya terjadi kepada wanita yang hamil.
Ni pulak antara tanda-tanda seseorang tu menghidap Diabetes:
  • Kerap buang air waktu malam
  • Kerap berasa haus
  • Sentiasa lapar
  • Pandangan mata kabur
  • Cepat letih
  • Luka lambat sembuh
  • Kekejangan di mata atau di kaki
Dan kesan serta komplikasi bila dah kena Diabetes ni pulak:
  • Saraf dan salur darah rosak
  • Buta
  • Serangan strok
  • Buah pinggang gagal berfungsi
  • Luka lambat sembuh
  • Kaki kena potong
  • Mati pucuk
Haaaa takut kan baca. So uolls kena la kawal pengambilan gula uolls dari sekarang. Kurangkan minum manis-manis, banyakkan minum air masak. 

Kalau ade sesiapa yang dah ade diabetes, boleh uolls suggestkan Vivix dari Shaklee. Sebab Vivix ni memang da best la untuk orang diabetes. Sebabnya Vivix ni bertindak mencegah penghasilan Protin AGE yang merupakan gula dan protein berlebihan yang boleh menyebabkan atherosclerotic dan sel mati.





So, kalau uolls rase nak cuba keberkesanan Vivix ni , silalah bertindak sekarang yer :)


PM/Whatsapp
Suhaili @ Cikli
012-7995435
SID 1075577




Wednesday, 16 April 2014

BERPANTANG DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum...

Tahniah kepada ibu-ibu yang baru mendapat cahayamata, dan selamat berpantang kepada anda.
Minggu pertama mesti ibu-ibu tak cukup tidur kan, nak-nak ibu yang baru pertama kali mendapat baby.


Tempoh berpantang memang tempoh kritikal yang memerlukan kita ibu-ibu kuat fizikal dan mental. Sokongan daripada En. Suami sangat-sangat la diperlukan, betul kan. Kita dengan sakit bersalin, kena juga gagahkan diri untuk melayan karenah baby baru kita, menyusukan, membelai, mendodoi...haiii la anak intan payung hihihii. Uolls semua yang bergelar ibu mesti pernah rase kan pengalaman ni semua.

Macam Cikli, anak pertama memang totally berpantang kat kampung, rumah mak. Maklum la zero ilmu berpantang nih. Harapkan mak je la..Berbengkung, bertungku, berpilis, berparam bagai, semua merasa. Kena makan jamu (memang x suka), walaupun takut-takut nanti baby panas. Masuk anak kedua baru la berpantang sendiri, masa ni dah terer sikit dah hihhi. Zaman sekarang ni lagi la, semua dah mudah..set berpantang banyak ada jual, antara makan x makan je la kan. Pengalaman Cikli beli set berpantang, yang jamu-jamu tu Cikli tak makan pun, rase membazir betul. 

Tapi takpe, untuk ibu-ibu yang akan melahirkan dan masih tercari-cari set berpantang, apakata uolls amik suplemen Shaklee untuk berpantang. Sebab suplemen Shaklee untuk ibu yang berpantang ni lengkap dan merangkumi 3 element, iaitu :
  1. Berpantang
  2. Menyusu
  3. Mendapatkan kembali berat badan asal
See...memang berbaloi pun melabur untuk berpantang dengan mengambil suplemen Shaklee.


Wahhh...kena amik semua ni ke suplemen berpantang??..Rileks, x ambil semua pun ok, masih boleh pilih mengikut kesesuaian uolls k. Ok, jom tengok macam mana suplemen Shaklee membantu dalam berpantang.

Vita-Lea
Ibu-ibu yang bersalin memang akan kehilangan banyak darah kan, so Vita-Lea ni dilengkapi dengan zat besi bagi membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah merah.

Vita C
Membantu dalam menghasilkan collagen untuk penyembuhan luka dan kecantikan kulit ibu, Vita C juga merupakan suplemen antioksidan yang membantu dalam pembentukan antibodi badan juga meningkatkan sistem imun badan.

Alfafa
Alfafa merupakan suplemen yang mempunyai 1001 kebaikan yang kaya dengan nutrien dan mineral surih dan sangat bagus kepada ibu-ibu selepas bersalin. Alfafa akan menyahkan toksin dari badan dan ia juga merupakan 'Milk Booster'. Alfafa juga membantu merapatkan kembali rahim ibu lepas bersalin disamping merawat keputihan, kegatalan dan berfungsi sebagai kacip fatimah.

Zinc
Zinc membantu mempercepatkan luka untuk sembuh samada luka dalaman atau luaran. Ia juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut yang sering dialami oleh ibu-ibu lepas bersalin.

B Complex
Sangat membantu dalam memberikan tenaga segera kepada ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Kehilangan tenaga semasa proses melahirkan dapat  diatasi dengan segera dengan pengambilan B Complex. Ia juga dapat meredakan stress dan menstabilkan fungsi urat saraf dan pemikiran.

Ostematrix
Kehilangan kalsium semasa mengandung boleh diatasi dengan pengambilan Ostematrix. Mengelakkan mengalami sembelit yang mana paling ditakuti oleh semua ibu-ibu lepas bersalin.

Selain daripada suplemen-suplemen di atas yang sangat penting dalam berpantang, uolls boleh jugak add on ESP, Lechitin dan Omega bagi membantu penurunan berat badan dengan cepat. Biasanya kalau kita cuti bersalin, naik kerja mesti kita nak slim balik macam sebelum mengandung kan :), so dengan pengambilan ESP, Lechitin dan Omega ni akan membantu uolls dapat balik berat ideal uolls. Jom kita tengok plak, macam mana ESP, Lechitin dan Omega ni berfungsi.

Energizing Soy Protein (ESP)
ESP ni akan membantu uolls dalam membaiki sel-sel badan yang rosak semasa proses melahirkan. Ia juga membantu membekalkan tenaga serta berfungsi sebagai 'Milk Booster' juga. Biasa bila kita berpantang, kita mesti jaga makan kan,  so kalau uolls amik ESP ni, dia boleh cover vitamin-vitamin yang uolls x dapat dari pemakanan uolls semasa berpantang. Baby pun dapat khasiat sekali melalui susu uolls. Best kan...

Lechitin
Lechitin ni membantu dalam memecahkan lemak-lemak uolls tau, so peluang untuk kembali kepada berat badan sebelum mengandung lagi tinggi. Lechitin ni jugak akan melancarkan edaran darah.

Omega
Fungsi Omega ni pulak, dia akan mengawal hormon Leptin, yang mana Leptin ni yang akan menghantar isyarat lapar ke otak yang memaksa kita mengambil makanan walaupun hakikatnya badan kita hanya memerlukan air pada ketika itu. So dengan Omega ni, hormon Leptin akan dikawal dan hanya akan menghantar isyarat ke otak ketika uolls benar-benar memerlukan makanan. Lagi pun Omega ni sangat kaya dengan DHA dan EPA yang amat penting untuk pekembangan otak baby kita. Bila uolls makan secara tak langsung baby uolls pun dapat khasiatnya melalui susu ibu kan..

Haaa dah tau semua khasiat-khasiat yang ade dalam suplemen untuk berpantang dari Shaklee ni, so pilihan bijak untuk diri uolls dan baby uolls, hanya diri sendiri yang boleh tentukan. Kalau uolls nak merasai keseronokkan dan pengalaman yang luar biasa bila berpantang dengan suplemen-suplemen Shakle ni jom




PM/Whatsapp
Suhaili @ Cikli
012-7995435
SID 1075577




Friday, 11 April 2014

VIVIX SHAKLEE TONIK AJAIB



Haiii...sape pernah dengar pasal VIVIX Shaklee ni? Vivix ni merupakan suplemen anti-penuaan terbaik di dunia...ok ulang sekali lagi, di DUNIA yang dibangunkan selepas penyelidikan selama bertahun-tahun oleh Shaklee yer kalau uolls nak tau. Dan Vivix mendapat anugerah Super Excellent Brand tau. 

* Semulajadi. Ujian klinikal keatas ramuan utama. Eksklusif untuk Shaklee




Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular. Mesti ade yang tanye, ape 4 mekanisma penuaan ni...kan..kan..:). Ok jom-jom baca ni 

4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular
  1. Kerosakkan DNA
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan menggangu fungsi sel dan panjang umur.
Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

      2. Pengawalan Genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi(kemerosotan) umur pada tahap sellular.

Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

      3. Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-sel

Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel menurun.

Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

      4. Penimbunan Protin AGE

Penimbunan berlenihan protin AGE (Advance glycation end product) boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan menggangu keutuhan sel dan panjang umur.

Ramuan VIVIX adalah 10x lebih kuat dari resveratol(kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukan protin AGE.

Ok sekarang jom kita tengok ape lagi kelebihan dan manfaat Vivix Shaklee ni..

  1. Membantu mengelakkan kanser
  2. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  3. Mengurangkan komplikasi kencing manis
  4. Meningkatkan kesihatan arthritis & menyokong kesihatan sendi
  5. Bantu mengurangkan insiden bagi penyakit nyanyuk
  6. Menggalakkan kehilangan berat badan
  7. Meningkatkan sistem imun
  8. Menyokong kesihatan mata
  9. Menggalakkan kesihatan keseluruhan
Bestkan Vivix ni, kalau uolls malas nak makan suplemen bebanyak, uolls just amik Vivix ni pun dah mencukupi sebab dia bagus untuk kesihatan keseluruhan. Memang berbaloi-baloi dengan harganya. 











Suhaili @ Cikli
0127995435
ID 1075577

Thursday, 10 April 2014

KENAPA KITA MEMERLUKAN SUPLEMEN?

Nak cerita kat uolls pasal pentingnya kita amik suplemen seawal mungkin. Ok, ni bukan membebel k, ni Cikli nak uolls sedar betapa pentingnya suplemen untuk kesihatan. Bukan la kata suplemen ni wajib kena makan. At least kita protect diri kitakan, sebelum penyakit menyinggah. Sebab sekarang ni macam-macam penyakit ade, puncanya pemakanan kita, udara yang tak berapa nak sihat sekarang ni kan dan macam-macam faktor lagi lah.

Ok kalau uolls nak tau kenapa kita semua ni perlukan suplemen, jom sesama kita bace point-point kat bawah ni:
  • Sebab tubuh kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperolehi daripada makanan. Vitamin dari pemakanan kita tidak mencukupi bagi kesan pencegahan penyakit dan anti penuaan.
  • Buah-buahan dan sayuran yang kita makan mungkin tercemar, penggunaan baja sintetik, dan racun perosak mempengaruhi kualiti buah dan sayuran.
  • Zat-zat makan mudah hilang semasa proses pengankutan, penyimpanan dan penyediaan.
  • Gangguan penyerapan zat makanan di dalam tubuh berlaku akibat pengambilan pil penahan sakit, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik.
  • Amalan diet yang tidak sihat seperti pengambilan kafein berlebihan, lemak, kolestrol, gula dan garam telah mengurangkan simpanan mineral dan menggangu penyerapan mineral.
  • Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang mencabar, sibuk dan stress menyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan.
  • Kurangnya penyediaan makanan sihat di rumah dan gemar makanan segera yang tinggi kandungan MSG merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan.
  • Persekitaran yang tercemar dan imunisasi yang lemah akibat kekurangan mineral dan vitamin telah menyebabkan diri mudah dihidapi penyakit.
Haaa semua tu memang berlaku kat diri kita kan. Biasanya golongan muda jarang nak makan suplemen ni...bila umur dah 30 tahun dan keatas, bila badan mula terasa ketidakselesaan baru tercari-cari suplemen yang sesuai dengan kita. Sebab Cikli pun dah merasai fasa tu hihihi, pengalaman sendiri kata orang tu . Kalau uolls nak pilih suplemen, makesure suplemen yang uolls pilih tu, betul-betul berbaloi dengan wang ringgit yang uolls laburkan k. Kaji dan bandingkan dulu kandungan, kelebihan dan perbezaan suplemen yang uolls nak pilih tu dengan suplemen-suplemen daripada jenama lain. Untuk diri Cikli dan family, semestinya Cikli pilih Shaklee la kan http://matcuoi.com . Sebab dijamin 100% Selamat, Berkesan & Semulajadi.

So, kepada uolls yang masih mencari suplemen untuk diri uolls dan keluarga, pilih la dengan bijak. Kalau uolls nak try Shaklee, jangan segan-segan nak call atau Whatsapp Cikli k.










Suhaili @ Cikli
012-7995435
ID 1075577

Wednesday, 9 April 2014

ADVANCE JOINT HEALTH TABLET SHAKLEE

Assalamualaikum....

Jom kenal-kenal ngan Advance Joint Health Tablet (AJHT) dari Shaklee ni. AJHT ni suplemen yang sangat bagus untuk sesiapa yang mengalami masalah sendi terutamanya warga emas la kan, macam mak ayah kita tu, untuk mereka-mereka yang aktif bersukan pun wajib amik AJHT ni, untuk lindungi sendi-sendi dari tercedera (mencegah kan lagi baik dari merawat ).


AJHT ni mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia (Diperolehi dari resin pokok Boswellia serrata, ekstrak botanikal ini mengandungi asid boswellik yang menghalang formasi leukotrien, kimia yang dihasilkan oleh tubuh untuk menyerang tisu sendi menyebabkan ketidakselesaan sendi) yang telah ditunjukkan di dalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam jangkamasa seawal 5 hari...
http://matcuoi.com kenapa?? x percaya ke hihihihi....

Ok2...uolls nak tau lagi x?
Ramuan AJHT ni dirumus secara saintifik merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal:
  • Menggalakkan mobiliti*
  • Meningkatkan fleksibiliti*
  • Meningkatkan fungsi sendi*
  • Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa yang panjang*
Juga merangkumi kombinasi nutrien kesihatan-sendi yang direka khas daripada: 
  • Zinc, kuprum, maganese ( Mineral surih ini diperlukan untuk membina tisu penghubung)
  • Vitamin C (Membekalkan 100% nilai harian vitamin C, satu nutrien yang diperlukan bagi sintesis kolagen)
Setiap satunya memainkan peranan yang unik dan kritikal  di dalam mmbangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.


Perbezaan AJHT ni dengan suplemen kesihatan sendi daripada jenama lain adalah :
  • Tidak mengandungi kondroitin (satu bahan yang terbukti di dalam kajian teknikal menghalang penyerapan glukosamin)
  • 100% bebas kekerang
  • 100% vegetarian
  • Caplet yang mudah ditelan
  • Hanya dua caplets sehari
  • Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet
  • Bebas gluten

Ok, uolls dah tau kebaikan dan khasiat AJHT kan, jom kita tengok plak perbezaan antara sendi yang sihat ngan sendi yang stress (sendi pun tau stress tau).

Sendi Yang Sihat 


AJHT membantu sendi sihat dalam 3 cara:
  1. Meningkatkan cushioning : Glukosamin membantu memelihara rawan - cuhioning perlindungan diantara sendi yang membolehkan mereka bergerak lebih pantas*
  2. Memelihara tisu penghubung yang sihat: Zinc, manganese, dan vitamin C membantu membina kolagen dan lain-lain komponen tisu penguhubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi*
  3. Meningkatkan keselesaan sendi: Ekstrak Boswellia pantas membantutkan mekanisma respons stres badan untuk memperbaiki keselesaan sendi*


Sendi Yang Stress


Kesan stress berterusan, kerja terlalu kuat, haus dan lusuh biasa pada sendi:
  1. Rawan menjadi lemah dan rapuh
  2. Tisu penghubung sekeliling terurai
  3. Geseran berlaku diantara tulang-tulang yang mengeluarkan kimia yang menyerang rawan menyebabkan ketidakselesaan dan mobility yang terhad.
Hah uolls dah kenalkan dengan AJHT ni, so sesiapa yang rase dah jatuh cinta ngan AJHT ni boleh la masuk meminang hihhihi..










Suhaili @ Cikli
0127995435
ID 1075577

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Monday, 7 April 2014

TIPS NAK KULIT CANTIK



Semua orang nak kulit cantik...especially wanita la kan http://matcuoi.com.Nak kulit cantik tak semestinya kita kena pakai produk-produk yang mahal...kengkadang produk yang mahal x sesuai dengan kulit muka kita. Kena tengok jugak kulit muka kita ni jenis macam mana, berminyak ke, kering ke..Mesti  tahu sesuai ke tak sesuatu produk tu dengan kulit muka kita.

Ok, kat sini Cikli nak share sikit tips-tips yang uolls boleh amalkan untuk dapatkan kulit yang cantik..

1. Minum air masak dengan mencukupi (ingat formula air masak? 1L air masak : 25kg berat badan kita.)
2. Pastikan tidur kita cukup 8 jam sehari untuk memberi masa yang cukup pada badan untuk memperbaiki sel-sel kulit kita.
3. Pelembab wajah mesti pakai setiap hari tau. Kira macam baja kulit la kan pelembab ni..kalau x mesti kering, layu je kulit kita hihihii.
4. Bagi yang bermekap tu, pastikan uolls bersihkan wajah uolls sebelum tiduk k, xde la kulit muka uolls nanti lemas memalam hahaha..ok2 ini serius.
5. Lagi, jangan sentiasa mengenakan solekan k. Bagi kulit muka uolls berehat dan menghirup udara segar
sekali sekala :)
6. Produk kecantikkan yang uolls agak-agak tak guna dalam masa 6 bulan tu, baik uolls buang je.Takut
dah berubah plak kandungan dia. Ganti dengan produk yang betul-betul uolls nak gunakan setiap hari k.
7. Ambil la suplemen untuk kulit, sebabnya sangat penting untuk kesihatan kulit muka uolls. Tapi, makan pun uolls kena jaga juga yer. Kurang kan makanan ringan, banyakkan makan buah-buahan serta
jangan lupa untuk bersenam. Sebab bersenam bukan setakat tubuh sihat, dengan bersenam jugak kulit
kita akan jadi cantik dan berseri.
8. Dan akhir sekali jangan suka marah-marah k. Uolls pernah dengar kan 'jangan marah-marah, nanti
cepat tua' haaaa...ayat tu betul tau sebenarnya, sebab tu tengok orang yg suka senyum, suka gelak mesti awet muda kan http://matcuoi.com

Ok selamat mengamalkan tips-tips kulit cantik ni..Kecantikan hak milik setiap insan.

Thursday, 3 April 2014

KENAPA CIKLI PILIH SHAKLEE?

Hai uolls, Assalamualaikum...

Nak cerita kat uolls ni...nak share jugak kat uolls semua kebaikan suplemen-suplemen Shaklee.
Tak nak la makan sorang-sorang je kan...benda yang baik kenalah share-share kan hihii..


SEBELUM KENAL SHAKLEE

Macam Cikli pun, dengar Shaklee dah lame dah, tapi yerla kan dedulu usia muda remaja lagi, mana nak heran suplemen-suplemen semua ni. Bajet badan sihat cargas sampi ke tua hahahha....Tapi bila dah kawen, pregnen, dah deliver baby, menyusukan, so badan dah start mintak tolong hahahha...tolong macam mane eik? Maksud Cikli, badan dah start rase letih...mane ngan kerja opis, ngan urusan rumahtangga, ngan suami, anak lagi kan....Memang hajat hati nak buat yang terbaik untuk family kan, so badan kena sihat baru semua urusan lancar. Masuk pregnen anak ketiga, memang terasa sesangat keletihan tu...macam x larat nak bawak badan...Yer la usia pun dah nak masuk ke 3series mase tu kan, so terpikir kena amik suplemen jugak ni untuk topup tenaga.

BILA DAH KENAL SHAKLEE..

Lama jugak Cikli tercari-cari suplemen yang sesuai ngan badan. Sampai la member suggest Shaklee ni, sebab dia makan mase dalam pantang, dia kate mmg berkesan....so Cikli try la amik Alfafa ngan Lechitin masa tu..hajatnya nak tambah susu badan la kan...Alhamdulillah la , bila Cikli makan Shaklee ni susu makin banyak n badan pun rase ok je..then try plak ESP...mmmm memang sedap sesangat, campur ngan horlick...faberet sangat..

Ntah macam mane terbukak plak hati nak join ahli, rupanya lagi banyak benefit bila kita jadi ahli Shaklee ni..Rasa bersyukur sangat Allah temukan Cikli ngan Shaklee ni..Rase beruntung betul la...Kiranya memang tepat la pilihan Cikli amik suplemen Shaklee ni. Alhamdulillah sangat. Ape yang Cikli tau lepas masuk Shaklee ni, Shaklee ni rupanya dah wujud sejak tahun 1956 lagi, dah setengah abad dah wujudnye tu..Pulak tu dijamin lagi memang suplemen-suplemen dan produk-produk Shaklee ni sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM semulajadi.


Bila baca-baca lagi, Shaklee ni dideclare plak secara teknikalnya, Shaklee ni tak ade parabens, Triclosan, phthalates, sodium lauryl sulfat (SLS), natrium sulfat eter lauryl (SLES), 1,4-dioxane, atau propilena glikol. Tiada bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tiada lemak trans dan tiada pemanis tiruan atau perisa tau. Shaklee jugak takde guna haiwan sebagai bahan ujian k. Malah pembungkusan Shaklee pun dititikberatkan keselamatannya. Bebas dari biophenol toksin-phthalates dan dakwat toksik. Sebab tu uolls memang 100% bole percayakan Produk-produk Shaklee ni selamat dimakan dan digunakan.

Lagi best harga-harga suplemen Shaklee ni mmg uolls mampu sesangat nak beli..Tak rugi langsung kalau melabur untuk kesihatan kan. Macam insurans jugak la, uolls melabur bayar bulan-bulan amik insurans uolls get ready untuk ape-ape yang tak dijangka mungkin berlaku kan..then ape salahnya uolls melabur untuk benefit uolls n family uolls dengan suplemen n produk yang memang di jamin 100% selamat untuk uolls guna. Produk yang dijamin 100% bebas dari sebarang bahan kimia, sangat berbaloi sesape yang consume Shaklee as their suplemen. Tak caye g tanye memember yang dah makan Shaklee hihihi..

START JUAL KEBAIKAN SHAKLEE..

Cikli cite ni mmg nak share ngan uolls kebaikan Shaklee ni. Sesiapa yang dah consume Shaklee tau la kan, untuk yang tengah mencari-cari suplemen ape yang uolls patut amik, jangan ragu-ragu nak pilih Shaklee k. Sebab setiap produk yang masuk ke dalam setiap botol Shaklee direka untuk meningkatkan kesihatan, bekerja tanpa kompromi dan menjadi mesra alam di planet ini. 

Satu family consume supplemen Shaklee

Taknak merasa kebaikan Shaklee sorang-sorang, so Cikli decide nak kongsi kebaikan ni dengan family, dan kawan-kawan. Start cerita kat FB tentang kebaikan Shaklee, sharing benefit-benefit supplemen Shaklee ni, Alhamdulillah semakin hari semakin ramai yang sedar kepentingan mengamalkan suplemen ni dan start oder Shaklee ngan Cikli. Satu kepuasan bila dapat sedarkan orang tentang kepentingan pengambilan supplemen seawal mungkin. sebab semakin umur bertambah, badan kita semakin banyak memerlukan vitamin tambahan.

So, kalau uolls x tau nak beli Shaklee ni kat mane, sebab Shaklee memang xde jual kat kedai-kedai yer..tu yang ekslusifnya Shaklee ni hihihi..Uolls boleh contact Cikli  k :). Bebila uolls rase nak tanye pasal Shaklee uolls Whatsapp atau mesej Cikli k je. 



Suhaili @ Cikli Masngun
Shaklee Independent Distributor
COD Area Bandar Melaka, Poslaju seluruh Malaysia.
0127995435
ID 1075577








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...