Tuesday, 22 April 2014

TIPS MENJAGA KESIHATAN TULANG

Kebanyakkan masyarakat kita masa kini hanya akan mula menitikberatkan kesihatan tulang pada usia tertentu. Untuk pengetahuan uolls, kita akan kehilangan kalsium setiap hari tau. Ish macam tak best je ayat intro ni eik..tukar-tukar hahahhaha....

 Ok serius-serius heh. Nak cerita pasal pentingnya kita jaga tulang kita ni sebenarnya. Bukan nak membebel, nak mengingatkan sesama kita. Yer la kadang-kadang kita ni mudah terlupa kan.

Untuk kita semua, tulang merupakan daya sokongan tubuh yang utama untuk kita melakukan aktiviti harian kan. So kalau tulang kita tak cukup kuat untuk sokong tubuh kita semua perbuatan dan pergerakan kita akan terbatas. Nak buat aktiviti yang kita suka pun dah tak boleh, dah menjejaskan mood kita kan.

Untuk dapatkan tulang yang sihat kat sini Cikli nak share tips mudah untuk pastikan tulang kita sentiasa sihat. Antara tips-tipsnya :
  1. Minum susu yang mencukupi setiap hari. Susu adalah sumber utama kalsium yang sangat-sangat diperlukan untuk kekuatan tulang.
  2. Hindari minuman yang bersoda atau bergas sebab ia akan menyebabkan kehilangan kalsium dari badan dengan kadar yang banyak.
  3. Pastikan Vitamin D di dalam badan sentiasa cukup kerana Vitamin D sangat penting untuk menjamin kesihatan tulang kita. Vitamin D ni biasanya boleh diperolehi dari sayur-sayuran yang berwarna hijau atau brokoli.
  4.  Lakukan olahraga atau bersenam. Biasanya berjogging atau berjalan kaki amat membantu. Ini kerana aktiviti ini kan menguatkan otot dan tulang kita secara tidak langsung.
  5. Ada jugak yang mengatakan dengan merokok dan meminum minuman berakohol akan menurunkan kualiti kesihatan tulang kita, so kena la elakkan yer semua ni .
Haaa senang je kan nak jaga tulang kita sebenarnya, yang paling utama pastikan kalsium yang kita ambil setiap hari cukup untuk menampung keperluan kalsium yang tubuh kita perlukan.

Carta kat bawah ni boleh uolls buat rujukkan banyak mana kalsium kena ambil setiap hari.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...