Monday, 7 April 2014

TIPS NAK KULIT CANTIK



Semua orang nak kulit cantik...especially wanita la kan http://matcuoi.com.Nak kulit cantik tak semestinya kita kena pakai produk-produk yang mahal...kengkadang produk yang mahal x sesuai dengan kulit muka kita. Kena tengok jugak kulit muka kita ni jenis macam mana, berminyak ke, kering ke..Mesti  tahu sesuai ke tak sesuatu produk tu dengan kulit muka kita.

Ok, kat sini Cikli nak share sikit tips-tips yang uolls boleh amalkan untuk dapatkan kulit yang cantik..

1. Minum air masak dengan mencukupi (ingat formula air masak? 1L air masak : 25kg berat badan kita.)
2. Pastikan tidur kita cukup 8 jam sehari untuk memberi masa yang cukup pada badan untuk memperbaiki sel-sel kulit kita.
3. Pelembab wajah mesti pakai setiap hari tau. Kira macam baja kulit la kan pelembab ni..kalau x mesti kering, layu je kulit kita hihihii.
4. Bagi yang bermekap tu, pastikan uolls bersihkan wajah uolls sebelum tiduk k, xde la kulit muka uolls nanti lemas memalam hahaha..ok2 ini serius.
5. Lagi, jangan sentiasa mengenakan solekan k. Bagi kulit muka uolls berehat dan menghirup udara segar
sekali sekala :)
6. Produk kecantikkan yang uolls agak-agak tak guna dalam masa 6 bulan tu, baik uolls buang je.Takut
dah berubah plak kandungan dia. Ganti dengan produk yang betul-betul uolls nak gunakan setiap hari k.
7. Ambil la suplemen untuk kulit, sebabnya sangat penting untuk kesihatan kulit muka uolls. Tapi, makan pun uolls kena jaga juga yer. Kurang kan makanan ringan, banyakkan makan buah-buahan serta
jangan lupa untuk bersenam. Sebab bersenam bukan setakat tubuh sihat, dengan bersenam jugak kulit
kita akan jadi cantik dan berseri.
8. Dan akhir sekali jangan suka marah-marah k. Uolls pernah dengar kan 'jangan marah-marah, nanti
cepat tua' haaaa...ayat tu betul tau sebenarnya, sebab tu tengok orang yg suka senyum, suka gelak mesti awet muda kan http://matcuoi.com

Ok selamat mengamalkan tips-tips kulit cantik ni..Kecantikan hak milik setiap insan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...