Monday, 26 May 2014

SHAKLEE MEMBANTU ANDA MENDAPATKAN BERAT IDEAL

Assalamualaikum ....

Entry kali ni Cikli nak sharing-sharing tentang kebaikan suplemen Shaklee dalam membantu uolls yang ingin dapatkan berat badan ideal. Macam mana nak tahu berat badan uolls tu ideal ke tak, jom kita tengok fomula BMI ni yer.



So, bila dah buat kira-kira BMI ni baru la uolls tau nak turunkan berapa KG untuk dapatkan berat badan ideal uolls semua. 

Nak kurus ni senang je, syarat utama dia kena KONSISTEN makan suplemen, tak kira la uolls makan suplemen kurus jenama apa pun, kena konsisten. Kedua, DISIPLIN. Kalau uolls makan suplemen ke pergi Spa ke, tapi uolls tak berdisiplin dalam pemakanan memang lambat akan dapat resault yang uolls targetkan. Kalau uolls pergi Spa untuk ambil pakej-pakej kuruskan badan ni pun uolls akan diberi jadual pemakanan kan, maka disiplin memang la sangat penting.

Ok, untuk suplemen Shaklee yang Cikli nak cadangkan pada uolls yang memang berhajat nak bergaya sakan pada Hari Raya nanti, uolls ade beberapa pilihan, tak semestinya uolls kena makan semua suplemen ni. 

Pertamanya uolls kenalah ber DETOX dahulu. Kenapa perlu detox? Sebabnya proses detox ni merupakan proses dimana, toksin-toksin yang berlebihan dan terkumpul di dalam badan uolls akan disingkirkan. Tanpa penyingkiran dan pengeluaran toksin dari badan, khasiat-khasiat dari pemakanan seharian dan suplemen yang uolls makan akan susah diserap oleh badan.

Untuk proses detox ni, ade dua pilihan samaada uolls nak makan ALFALFA atau HERB LAX. Masing-masing ade kelebihan tersendiri.

Kedua, uolls perlukan proses BAKAR. Bukan bakar guna api tu yer. Yang dimaksudkan Bakar di sini adalah pemecahan lemak. Badan kita ni kalau transparent boleh nampak lemak-lemak dalam badan kompom uolls nak telan Lechitin dan Omega ni banyak-banyak hihihi. Macam kalau kita potong ayam, mesti kita nampak lelemak yang ade kat kulit ayam tu kan, haaa lebih kurang macam tu la lemak dalam badan manusia ni kan. So untuk bakar dan pecahkan lelemak yang berlebihan dalam badan uolls ni, ade dua pilihan suplemen juga iaitu LECHITIN atau OMEGA.

Bila dah berdetox dan dah bakar lelemak yang ade dalam badan, uolls memerlukan seuplemen yang berfungsi untuk BINA balik sel-sel badan uolls...contoh kita buang air dalam baldi, tapi kita tak isi balik, kosong la jawapnye kan. Macam badan jugak, kalau tak nak badan atau kulit mengeleber selepas proses DETOX dan BAKAR ni, boleh ambil ESP atau CHINCH untuk memlihara otot dalam badan. Kebanyakkan yang kurus tapi mengeleber kulitnya tu biasanya mereka banyak kehilangan otot dalam proses ber "diet".


Antara tips-tips yang boleh uolls amalkan bila ambil suplemen Shaklee ni, dan nak merasai perubahan dengan cepat:

1.       Minum 2-3Liters air setiap hari
2.       Kurangkan karbohidrat dalam pemakanan seharian
3.       Kurangkan makanan yang berminyak
4.       Melakukan senaman yang dapat membakar kalori banyak, seperti berlari
5.       Banyakkan makan buah dan sayuran

Dan, bezanya bila uolls amik suplemen SHAKLEE berbanding produk 
pelangsingan lain adalah:


1.       Memberikan nutrien yang mencukupi.
2.       Melindungi otot.
3.       Indeks glisemik yang rendah.
4.       Penggunaan bahan2 asli bebas GMO.
5.       Mengandungi makro & mikro nutrien penting.
6.       Diuji secara klinikal.

Kalau uolls betul-betul berhajat nak dapatkan berat badan ideal, suplemen-suplemen ni adalah sangat membantu dengan izin Allah SWT. Tambahan lagi, dah nak hampir bulan puasa ni lagi senang uolls nak kawal nafsu makan kan. So kalau nak nampak glemer raya ni cecepat la ber 'Shaklee'. 

InsyaAllah uolls akan dapat apa yang dihajati. Doa, usaha dan bayangkan uolls dah kurus time raya nanti...walllaaaa..

So, cecepat PM dan Call untuk dapatkan suplemen dan consultation dari Cikli k.



Suhaili @ Cikli
SID 1075577
012-7995435

FB : Cik Li





Wednesday, 21 May 2014

SUSTAINED RELEASE VITA C SHAKLEE


Uolls nak tau tak, fungsi vitamin C di dalam tubuh manusia  sebagai apa?? 
  • Anti oksida
  • Melawan kanser
  • Merangsang formasi kolagen
  • Meningkatkan daya tahanan penyakit
  • Mempercepatkan luka sembuh
  • Mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku dan hidung berdarah
Itu antaranya fungsi-fungsi vitamin C di dalam tubuh manusia. Nak dapat Vitamin C ni, banyak sumber-sumber makanan yang ade vitamin C tau. Biasa yang kita tahu buah oren la kan. Cer try tengok sumber-sumber lain macam kat gambar ni..


Haaaa banyak kan...kebanyakkannya dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Tapi ramai antara kita ni jarang makan buah dan sayur. Macam cikli pun jarang makan buah dan sayur gak...makan tu makan la tapi maybe tak dapat menampung keperluan vitamin C yang badan kita perlukan. 

So, sebagai alternatif, macam Cikli makan Sustained Release Vit C by Shaklee. Kompom-kompom setiap hari badan Cikli dapat cukup Vitamin C. Uolls pun kalau yang tak berapa rajin nak makan buah ngan sayur tu boleh jugak makan Vita C Shaklee ni. Sebab Vita C Shaklee tak sama macam kebanyakkan Vitamin C yang ade kat pasaran tau. 

Apa yang specialnya Vita C Shaklee ni kalau nak dibandingkan dengan vitamin C jenama lain, 
"Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikan telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin C Shaklee ( di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal  di dalam plasma darah kita selama 24 jam. setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavoid, diestrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Maanfaat Utama Sustained Release Vita C:
  1. Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, gusi, tisu, ragka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu melambatkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.
  2. Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah,lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  3. Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang sel bakteria dan kuman,mengukuhkan sistem imun, mengurangkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
  4. Memerangi Kanser - Ia adalah satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  5. Mencantikkan Kulit - Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan penyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah pennyebab utama kejadian jeragat.
  6. Memperbaiki Imsonia - Ia memperbaiki imsonia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan
  7. Mengekalkan Kolestrol Sihat - Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus,menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.
Untuk info tambahan bagi uolls,
  • 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C dalam tubuh
  • Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C
  • Konstraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang banyak
  • Terlebih dos vitamin C (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan sedikit cirit birit
Sebab tu badan kita memerlukan vitamin C setiap hari, sebab badan manusia tidak mampu menghasilkan vitamin C sendiri. Kena makan buah-buhan atau cara yang paling senang makan Sustained Release Vita C Shaklee ni. Vitamin C ni juga tidak memberi kesan toksik kat badan uolls pun.

Untuk pertanyaan atau tempahan uolls macam biasa boleh contact Cikli k. 










Suhaili @ Cikli
012-7995435
SID 1075577

 


Monday, 19 May 2014

VITA E COMPLEX

Ape pentingnya Vitamin E untuk tubuh manusia yer??  Ramai yang tahu tubuh manusia memerlukan macam-macam vitamin untuk kekal sihat. Tapi tak ramai yang tahu fungsi setiap vitamin-vitamin tu, betul tak??

Macam Vitamin E ni, tubuh manusia memerlukannya sebagai anti-oksida, mengekalkan kepejalan kulit, untuk kulit berseri,melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, artritis, baik untuk sistem produktif lelaki serta mengurangkan kesan parut.


Untuk VITA E COMPLEX Shaklee ni, ramai mengelarkannya Vitamin Cantik dan Vitamin Cinta...wahhhh teruja tak uolls??


Vita E ni diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan Vitamin E, diestrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fsiologi dan digabung dengan 8 jenis Vitamin E (alpha, beta, gama delta). Yang bestnya Vita E Complex Shaklee ni adalah Vitamin E yang paling LENGKAP dipasaran.

Mengandungi 10mg Selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Merupakan penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadminum dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina.

Kelebihan yang terdapat dalam Vita E Complex ni:
  1. Melindungi Jantung : Pengambilan 800IU setiap hari Vitamin E akan menjamin kesihatan jantung kerana ia akan melindungi sel darah merah daripada pengasidan lipid, meningkatkan koleterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat kedingding arteri, menghalang anemia hemolitik, dan penyakit jantung.
  2. Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif : Kajian pada tahun 1924, mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E setiap hari mampu meningkatkan bilangan sperma mereka.
  3. Anti-Penuaan : 1 kapsul Vita E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Juga mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
  4. Anti -Oksidan yang Kuat : Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, megukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. ia juga memperbaiki masalah oksidasi-katarak dan masalah penglihatan.
  5. Kelestarian Tenaga : Meningkatkan kalestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih
  6. Memperbaiki Arthritis : Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.
  7. Menghalang Keguguran : Merawat musculus pectroralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom monopous seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran.
  8. Memperbaiki Parut : Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada kulit untuk mengurangkan kesan parut.
* Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE(beta carotene, Vitamin C dan Vitamin E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidai dalam melawan radikal bebas.

So kena tanya ni, uolls semua cukup tak pengambilan Vitamin E 400IU setiap hari? Untuk dapat 400IU vitamin E, uolls perlu makan semua ni tau..

>> 1kg biji gandum (mana nak dapat tu??)
>> 500ml minyak Sunflower (alamak boleh ke telan minyak gitu jer??)
>> 8kg bayam (ayarkkk...makan sikit bayam pun susah)
>> 500g badam (boleh buat kudapan nih)

Alah...tak payah la susah-susahkan diri...Shaklee dah senangkan uolls dah, kajian dah dibuat dan diyakini selamat lagi. Vitamin E paling LENGKAP  kat pasaran tau.http://matcuoi.com
Nak kulit cantik glowing-glowing, nak jantung sihat, nak hangatkan cinta suami isteri meh calling-calling atau whatsapp Cikli k.










Suhaili @ Cikli
012-7995435
SID 1075577












TENTANG KOLAGEN

Biasa dengar orang duk sebut  kolagen..kolagen kan...tapi tahu ke ape itu kolagen? Apa fungsi kolagen?

Haaa yang cintakan dengan kecantikan memang tahu la kolagen ni...Tapi yang sebenarnya, kolagen ni bukan sekadar untuk cantik yer, kolagen ni sangat la penting pada tubuh kita. Sebab dengan kolagen ni la yang menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan, kekenyalan kulit dan tisu badan. Dan kolagen ni jugak terdapat  pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut,kuku), tulang, tendon, eh boleh dikatakan seluruh tubuh kita ni semua memang memerlukan kolagen la. Article ni memang sangat membantu kalau uolls nak tau pasal kolagen. Cikli pun baca kat situ :)


dan yang paling tak sangka, kat artikel tu ade tulis yang " Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung". Wow sangat-sangat tak sangka. Kenapa tak sangka?? Sebab Kolagen Shaklee pun berasaskan ikan jugak.
http://matcuoi.com


Apa bezanya Kolagen Shaklee ni dengan kolagen-kolagen jenama lain??

Kolagen Shaklee ni merupakan suplemen kolagen yang unggul kerana ia mengandungi 4,000mg Kolagen RSS(Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diestrak dari sisik ikan merah.  Kolagen Shaklee ni juga sangat rendah dalam berat molekularnya tau..sekitar 1,000 Dalton (berat molekular disukat dalam Dalton)je. So ianya sangat la mudah diserap oleh tubuh kita dan dapat membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia Japonica, Kolagen ikan, estrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luar.

Manfaat utama kolagen Shaklee
  • Semakin bertambah umur kita, kolagen di dalam tubuh kita akan semakin berkurangan. Untuk pengetahuan uolls, umur bukan satu-satunya faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam badan kita tau. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas diudara, air dan nutrisi, merokok dan lain-lain juga. So, Kolagen Shaklee ni mampu membantu kulit uolls mengekalkan elastisiti semulajadi dan   memperlahankan kehadiran kedut-kedut.
  • Tampak Lebih Muda.
  • Kolagen bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
  • Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
  • Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini kan mengurangkan parut.
  • Membantu menghilangkan tanda penuaan.
  • Membantu mengurangkan sakit disendi-sendi.
  • Baik untuk mata kerana kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
  • memastikan otak sentiasa sihat. Sel Glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik apabila uolls semakin menua.

Banyak jugak testimoni-testimoni yang berjaya after minum kolagen Shaklee ni tau..Uolls boleh tengok di antaranya la yer ..





Nak raya ni, jom reramai borong kolagen Shaklee. Tak nak ke nanti raya kulit uolls glowing-glowing. eh Cikli plak yang rase teruja nak makan kolagen Shaklee ni hihihi..

Hah jangan konfius-konfius lagi nak pilih kolagen mana yang terbaik...Kolagen Shaklee sah-sah yang unggul kan. Call atau whatsapp Cikli k, kalu uolls teruja nak cuba Kolagen Shaklee ni http://matcuoi.com 




Suhaili @ Cikli
012-7995435
SID 1075577
FB : Cik Li
Pages FB : Health & Happiness








Wednesday, 14 May 2014

CANTIK DENGAN SHAKLEE

Haaa kalau cerita bab cantik ni, kompom ramai perempuan yer tak yang tertarik, tapi jangan ingat perempuan je tau obses dengan cantik...lelaki sekarang pun ade yang obses dengan kecantikan tau.

Kecantikan ni kan universal, kalau uolls nak cantik luaran, dalaman pun kena cantik jugak tau...baru la aura kecantikkan tu memancar ke wajah uolls, ecehh..

Bab kecantikan luaran ni, Cikli nak suggest kat uolls 4 suplemen Shaklee yang boleh membantu uolls kelihatan jelita, kulit mulus, gebus dan menjadikan kulit uolls menjadi anjal.



Macam mana suplemen-suplemen membantu uolls untuk cantik? 

Vita E 

Mengandungi 400i.u Vitamin E dan lengkap dengan selenium dan 
anti penuaan. Baik untuk kulit, membantu menghilangkan parut dan jeragat, wajah lebih berseri dan mencantikkan tekstur kulit.
Vita C

Merangsang pembentukan kolagen yang merawat kedutan. Mencantikkan kulit dan melambatkan penuaan.

B-Complex

Membantu pembinaan sel-sel baru. Mengurangkan tekanan dan menyahkan toksin dalam badan.

ESP

Asid Amino yang baik sebagai kunci kepada wajah awet muda. Merangsang pembentukkan semula sel-sel kulit yang sihat, menggantikan sel-sel kulit yang mati dan memperbaiki struktur kulit semula.

Banyak jugak testimoni-testimoni yang dah berjaya mendapatkan kulit yang diidamkan, dengan consume suplemen ni tau..Cikli letak di antaranya je la heh..kalau nak letak semua, banyak sangat.






See, seronokkan kalau dapat kulit yang gebus dan nampak awet muda macam ni...mesti senyum sampai ke telinga uolls hari-hari  nanti  http://matcuoi.com

Kalau uolls berminat nak try suplemen ni jangan sesegan nak calling-calling atau wassap Cikli k.











Suhaili @ Cikli
012-7995435
SID 1075577
FB Pages : Health & Happiness
FB : Cik Li








Tuesday, 13 May 2014

GASTRIK


Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut. Kalau uolls nak tau lagi banyak info pasal Gastrik, boleh baca artikel ni




Kenapa boleh jadi Gastrik eik?

Antara sebab-sebab yang boleh mendatangkan Gastrik


  • Suka makan pedas-pedas
Orang yang gemar makanan pedas adalah lebih cenderung untuk menghidap masalah gastrik , ini  kerana kepedasan itu adalah sesuatu yang merangsang rembesan jus gastrik asid di dalam perut. Ini menerangkan kenapa uolls lebih berselera dan makan lebih apabila terdapat lauk yang pedas.
  • Suka makan yang masam-masam (jeruk)
Seperti dengan makanan pedas, makanan yang masam turut akan merangsang rembesan jus gastrik yang lebih. Bagi mereka yang gemar makan jeruk apabila perut kosong, lama kelamaan, lapisan mukus yang melindungi dinding perut daripada hakisan asid hidroklorik akan menjadi semakin nipis.
  • Makanan Bergoreng
Makanan yang digoreng adalah berminyak dan lebih susah untuk dicerna, ia akan berada di dalam perut untuk jangka masa yang lebih panjang. Kewujudan makanan bergoreng akan terus merangsang rembesan jus gastrik di dalam perut.
  • Merokok
Beberapa kajian sains menunjukan bahawa bahan kimia di dalam rokok itu boleh merangsangkan kelenjar rembesan jus gastrik. Jika merokok itu boleh merangsang saraf otak perokok yang memberi rasa 'high' itu, maka ia turut boleh merangsang pam jus gastrik untuk menghasilkan rembesan jus gastrik asid.
  • Kopi dan teh
Kopi dan teh mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Satu atau dua gelas sehari tidak apa, tetapi kalau dah minum kopi dan teh seperti minum air, uolls memang dalam senarai calon yang bakal dapat masalah gastrik.
  • Tekanan Emosi
Cara hidup moden adalah penuh dengan macam-macam tekanan dan tekanan emosi ini akan mengganggu sistem hormon dan saraf di dalam badan yang akan menyebabkan macam-macam penyakit moden dalam jangka masa yang panjang dan masalah gastrik adalah salah satu daripadanya.
  • Jangkitan Bakteria H. Pylori
Kajian terbaru menunjukkan faktor utama masalah gastrik adalah jangkitan bakteria yang bernama H. Pylori di dasar dinding perut. Bakteria H. Pylori secara tidak langsung boleh menyebabkan penipisan lapisan mukos dinding perut dan mendedahkannya kepada hakisan jus gastrik yang akhirnya menyebabkan ulcer perut. Kajian turut menunjukkan bahawa jangkitan bakteria ini turut boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghidap penyakit kanser perut pada masa depan.

Sesapa yang pernah kena Gastrik ni mesti tau siksa dia macam mana kan. Nak-nak dah dekat nak puasa ni, jangan biarkan Gastrik menggangu uolls untuk berpuasa k. 


Ok, kat sini Cikli nak share yang produk Shaklee pun ade jugak yang boleh membantu menyembuhkan penyakit Gastrik ni tau. Shaklee kan banyak khasiat so dalam satu-satu suplemen tu memang banyak la benefit yang uolls dapat.

Untuk suplemen yang disuggestkan untuk pesakit Gastrik ni, uolls boleh amik ESP, B-Complex dan Ostematrik.

Macam mana ESP, Ostematrix dan B-Complex boleh membantu pesakit Gastrik?

ESP

ESP ni merupakan sumber protein yang tinggi dengan sifat alkalinya yang dapat membantu meneutralkan keasidan di dalam perut.
Protein ESP ni juga membantu membina sel-sel yang baru dengan menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan daripada asid hidroklorik semasa proses pencernaan.

B-COMPLEX

B-Complex ni pula bertindak sebagai penenang sekali gus dapat mengatasi tekanan yang dihadapi oleh pesakit gastrik.
B Complex sangat lengkap dengan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh dengan sistem saraf.

OSTEMATRIX

Mengandungi kalsium, magnesium dan Vitamin D yang dapat membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esphagus yang menyebabkan pedih ulu hati.

So, sesiapa yang ade Gastrik tu better la cegah sebelum melarat. Bulan puasa pun dah dekat ni, jangan biarkan ibadah kita terganggu dengan serangan Gastrik ye. Kita hanya berusaha, hanya Allah yang mengizinkan kesembuhan.

Untuk mendapatkan suplemen ni, hubungi saya:


Suhaili @ Cikli
012-7995435
SID 1075577
Facebook : Cik Li
Facebook Pages : Health & Happiness





Wednesday, 7 May 2014

MEAL SHAKES

Assalamualaikum readers http://matcuoi.com



Sempena promosi MEAL SHAKES bulan ni, jom kenali Meal Shake. Tak kan nak beli kalau x tau apa kandungan dia, khasiat dia, sape yang boleh minum, semua tu kena tau dulu sebelum nak ambil sesuatu suplemen.

Ok, jom tgok  apa Meal Shake ni sebenarnya.

Meal Shakes ni sebenarnya sumber protein yang mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral dan zat perlu. Ia juga menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian tubuh kita. Meal Shakes ni diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin merupakan bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. 

Meal Shake ni banyak maanfaatnya tau, antaranya:
  1. Nutrisi Lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh - Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  3. Membantu Tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnasium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  4. Anti-Oksida - Mengandungi vitamin A, C, E, zinc, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  5. Mengembalikan seri wajah - Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan cooper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.
  6. Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  7. Kelazatan rasanya - Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.
Meal Shakes ni sesuai untuk semua golongan usia tau
  • Bayi
  • Pelajar
  • Kanak-kanak membesar, kurang selera makan, sembelit
  • Ibu mengandung yang mengalami alahan dan kurang selera makan
  • Para atlet
  • Pengamal sayuran (vegetarian)
  • Orang yang sibuk bekerja dan sentiasa tidak sempat untuk bersarapan


Banyakkan manfaat Meal Shake ni, semua orang pun boleh makan.

* Meal Shake hanya mengandungi 120 kalori untuk setia hidangan. Boleh dicampur/dikisar bersama buah-buahan, Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) atau apa jenis minuma kegemaran. Lazat dinikmati bersama air sejuk atau suam.

Dah tau kebaikan Meal Shake sekarang boleh la beli :)










Suhaili @ Cikli
012-7995435
SID 1075577







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...