Monday, 23 June 2014

PERFOMANCE DRINK SHAKLEE

Biasa kita tengok orang yang bersukan minum air isotonik kan. Nak mengembalikan semula cas-cas tenaga yang hilang akibat bersukan atau beraktiviti lasak. Banyak dah jenama air isotonik kat pasaran sekarang ni. Tapi yang kurang bestnya air isotonik yang kat pasaran tu biasanya bergas (berkarbonat) dan kandungan gula yang berlebihan kan. Sebab tu sedap hihihi..

Kalau ambil dalam kuantiti yang banyak pun tak elok jugak untuk kesihatan. Tapi kat sini Cikli nak perkenalkan Perfomance Drink (PD) daripada Shaklee. Mungkin ramai dah tau kelebihan PD ni. Tapi mungkin ade lagi yang belum kenal ngan PD. Jom kita tengok apa kelebihan PD ni berbanding air isotonik yang ade kat pasaran luar.



Manfaat Utama Perfomance Drink:

  1. Meningkatkan Daya Ketahan Badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  2. Membekalkan Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal - Ia mengimbangi dan memebekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosporus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.
  3. Mencegah Penyahidratan - Mengurangkan kehausan, mencegah penyahidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.
  4. Mengekalkan Paras Gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:
  1. Para ibu yang menyusukan anak.
  2. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  3. Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  4. Para pesakit yang menghidap gout.
  5. Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  6. Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  7. Anak-anak yang demam.
  8. Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  9. Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.

4 sebab utama uolls kena pilih Perfomance Drink Shaklee ni adalah kerana:
    1. Bebas gas atau tidak berkarbonat.
    2. Kurang  kandungan gula (less sugar).
    3. Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah DAHAGA!
    4. Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 
Ujian klinikal juga membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Perfomance Drink lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Kalau uolls rase teruja nak cuba Perfomance Drink ni boleh call, whatsapp atau mesej Cikli k.









Suhaili Masngun @ Cikli
ID 1075577
012-7995435




Thursday, 19 June 2014

TIPS KEKAL BERTENAGA DI BULAN PUASA


Assalammualaikum..tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan muncul. Dah bersedia ke semua? Bersedia yang Cikli maksudkan kat sini, uolls dah bersedia belum nak merebut ganjaran-ganjaran pahala yang Allah janjikan pada bulan Ramadhan ni? 

Bertarawih, bertadarus, qiamullail...So badan kita kena kekal bertenaga nih nak buat tu semua kan. Ok, kat sini Cikli nak share sedikit tips macam mana uolls boleh kekal bertenaga masa bulan Ramadhan ni yer.  

1. Bersahur.

Jangan tinggalkan sahur. Walaupun bersahur ni amalan sunat je, tapi ianya sangat digalakkan untuk diamalkan. Sabda Rasulullah saw, "sahurlah kamu, kerana dalam sahur itu terdapat berkat yang besar". Sepanjang tempoh masa 14 jam kita berpuasa, sel-sel tubuh kita masih memerlukan zat-zat yang secukupnya supaya badan dapat kekal bertenaga dan membolehkan kita  melakukan kerja di waktu siang. So, semasa bersahur ni lah kita kena makan makanan yang berserat dan berprotein tinggi untuk membekalkan tenaga yang mencukupi semasa kita berpuasa.

2. Berbuka

Jangan menangguh-nagguhkan waktu berbuka. Semasa berbuka puasa, seelok-eloknya jangan terus mengambil makanan yang berat seperti nasi, takut nanti perut terkejut. Cukup sekadar makan sebiji kurma (ikut sunnah nabi) dan segelas air suam. Jika terus makan makanan yang berat uolls akan rase badan uolls akan lemah lepas tu. Nak beribadah pun nanti tertangguh kan.

3. Hindari minuman sejuk

Sebab tu Cikli sarankan minum air suam. Teh O suam ke. Memang susahkan nak mulakan. Tapi percayalah try uolls amalkan, mesti uolls akan rasa perbezaan berbuka  air sejuk dengan berbuka air suam. Kalau uolls minum air sejuk waktu berbuka, mesti uolls akan rase kenyang sesangat. Sebenarnya ais atau air sejuk akan menyebabkan perut uolls kembung kerana keadaan berasid di dalam perut yang 'terkejut' setelah seharian perut kosong.

4. Atur menu makanan

Amalkan makanan bergizi seimbang sama ada semasa bersahur mahupun berbuka. Walaupun dengan menu yang serba sederhana, yang penting 5 unsur gizi lengkap dipenuhi iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Untuk menghindari rasa lapar, makanan yang diambil perlulah terdiri daripada makanan tinggi serat yang lazimnya terdapat pada sayur dan buah.  

5.  Makan secara bertahap 

Jangan terus makan sehingga kenyang ketika berbuka atau terus makan dalam hidangan yang besar kerana seharian perut kita kosong dan organ pencernaan berada dalam keadaan rehat. 

6. Banyak minum air antara waktu selepas berbuka sehingga sahur

Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air di antara waktu berbuka sehingga bersahur bagi menggantikan kehilangan air ketika berpuasa di siang hari. 

7. Lakukan senaman ringan 

Bersenam mampu melancarkan peredaran darah. Walaupun berpuasa, tiada alasan untuk tidak melakukan senaman ringan dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Contoh senaman ringan yang boleh diamalkan termasuk regangan tubuh, berjalan dan sebagainya. Lakukan sejam atau 2 jam sebelum berbuka. Selain itu, solat terawih juga dianggap senaman yang bagus kerana gerakan rukuk dan sujud itu sendiri boleh membakar kalori.

8. Jangan terus tidur selepas bersahur 

Tubuh badan kita memerlukan waktu untuk mencerna makanan dengan sempurna selepas makan. Sebab tu, elakkan daripada terus tidur selepas bersahur supaya  proses pencernaan boleh berlaku. 

Itu antara tips-tips yang dapat Cikli kongsikan dengan uolls. Cikli dapat tips ni dari pun dari sini.

Kalau uolls nak kekal bertenaga dengan suplemen Shaklee, Cikli cadangkan uolls amik gabungan ESP, Perfomance Drink dan Mealshake waktu berbuka dan bersahur.




Nak dapatkan ketiga-tiga suplemen ni uolls boleh la contact Cikli yer.











Suhaili @ Cikli
ID 1075577
012-7995435

Tuesday, 10 June 2014

TIPS MENGEMPISKAN PERUT BUNCIT


Ade orang suka perut buncit, nampak macho hihihi...Ade orang suka perut leper..macam-macam ragam ade kan. Tapi kebanyakan wanita mesti mengimpikan perut yang nipis atau leper kan, termasuk la Cikli hihihi..

Ok kat sini Cikli nak kongsikan 8 tips yang boleh diamalkan untuk mendapatkan perut yang nipis. Tips ni Cikli dapat dari Mingguan Wanita November 2013.

1) Makan Secara Perlahan

Usah gelojoh ketika mengunyah makanan. Seperti sunnah Nabi yang memesan makanan perlu dikunyah 40 kali sehingga ia benar-benar hancur. Jadinya ia akan memudahkan perut menghadam makanan. Cantikkan Sunah Rasulullah.

2) Elakkan Berlapar

Melihat perut yang semakin ke depan memang merungsingkan sehingga ada segelintir daripada kita yang sanggup berlapar. Jangan sesekali mengabaikan masa makan kerana makanan memberikan kita tenaga. Uolls pasti tak nak tenaga berkurangan akibat pengambilan makanan yang tak mencukupikan.
Badan akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila uolls tak tahan lapar, pada kebiasaanya uolls akan makan dengan lebih banyak. Betul kan? Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan uolls dah kembali kepada normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah dan akan membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

3) Ambil Bahan Pahit Sebelum Makan

Sebelum uolls menikmati hidangan terutama yang mengandungi nasi, adalah lebih baik kalau uolls mulakan dengan meminum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini akan menyebabkan tekak menjadi pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

4) Jangan Lupa Sarapan

Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi?
Sarapan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk  membakar kalori. Jadi, pastikan uolls mengambil sarapan setiap pagi sebelum memulakan kerja.

5) Minum Air Secukupnya

Uolls tahu tak yang air masak ni boleh mengurangkan selera uolls secara semulajadi? Ia juga membantu badan memetabolismakan simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan, makanan yang berat, cuba minum air masak dulu. Pasti lepas tu uolls tak nak makan banyak :)

6) Hindari Minuman Bergas

Sebenarnya minuman bergas  mengandungi tujuh hingga lapan sudu gula dan amatlah tidak baik untuk kesihatan tubuh badan. Tidak rugi sekiranya uolls tidak mengambil minuman ini, kerana ia hanya akan memberi kesan yang tidak baik terhadap kesihatan tubuh uolls.

7) Kurangkan Garam

Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air dalam badan. Kurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna uolls kurang berat yang disebabkan oleh air.

8) Bersenam

Paling kurang berjogging setiap hujung minggu. Selain itu senaman ringkas juga boleh membantu. Lagi baik sekiranya uolls bersenam setiap hari bagi mendapatkan tubuh badan sihat. Sit Up jangan lupa. Maka, masalah perut buncit dapat diatasi.

Ok selamat mencuba tips-tips di atas yer. Semoga kita semua dapat perut impian :)



Thursday, 5 June 2014

PERBEZAAN ANTARA VITAMIN SEMULAJADI, ORGANIK DAN SINTETIK

Biasa kita dengar makan vitamin untuk kesihatan. Memang manusia memerlukan vitamin pun. Sebabnya, kita ni semakin meningkat usia, vitamin didalam tubuh badan kita pun semakin berkurangan. Tambah lagi dengan makan macam-macam, yang sihat, yang tak sihat semua kita makan. So, makan vitamin adalah salah satu cara kita nak top-up vitamin-vitamin yang kurang dalam badan kita, di samping meningkatkan kualiti kesihatan kita.

Tak kisah la jenama apa vitamin yang uolls pilih, tapi badan kita memang memerlukan vitamin tambahan. Tapi...ade tapinya dalam memilih vitamin ni yer. Vitamin ni ade 3 jenis sebenarnya. Cikli dapat info kat sini.
  1. Vitamin Semulajadi
  2. Vitamin Organik
  3. Vitamin Sintetik
Apa bezanya antara ketiga-tiga vitamin ni yer. Info ni harap-harap dapat la membantu uolls memilih vitamin yang terbaik untuk kesihatan uolls.

VITAMIN SEMULAJADI
  • Vitamin semulajadi adalah vitamin yang dihasilkan 100% daripada bahan yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan semulajadi.
  • Mengandungi kadar vitamin yang tinggi daripada khasiat tumbuhan semulajadi dan bukannya dihasilkan melalui tiub tabung uji di makmal.
  • Vitamin semulajadi datang dalam pakej lengkap yang turut mengandungi jenis vitamin-vitamin lain, enzim dan mineral yang dapat mengawal cara badan mengenali, memetabolismakan dan menggunakan vitamin berkenaan mengikut keperluan tubuh seseorang.
  • Ia dihasilkan dengan pemprosesan yang seminima mungkin dan kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi.
  • Kos penghasilan lebih tinggi berbanding vitamin sintetik.
  • Memerlukan pelaburan yang tinggi untuk mendapatkan sumber semulajadi yang berkualiti.
  • Label vitamin semulajadi biasanya mengandungi "d"
  • Kebanyakkan syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi. SHAKLEE satu-satunya yang berbuat demikian (Rujukan : A consumer Report by Editor of Research Institute for Preventive Health Care)
                                "Vitamin Semulajadi  ini umpama buah-buahan segar"

VITAMIN ORGANIK
  • Vitamin organik adalah vitamin semulajadi yang dihasilkan daripada bahan kimia organik ataupun bahan pertanian organik. Dalam masa yang sama, vitamin ini tidak dicampurkan dengan sebarang bahan lain.Mineral bahan kimia organik mengandungi karbon dalam komposisi kimianya. Manakala mineral pertanian organik dihasilkan tanpa menggunakan baja kimia, pestisid dan herbisid.
  • Kebanyakkan vitamin organik tetap mengandungi sedikit bahan kimia untuk meningkatkan kualiti vitamin organik tersebut.
  • Nutrien yang khususnya dipencilkan dari satu sumber semulajadi, biasanya dengan menggunakan haba, tekanan yang tinggi atau pelarut kimia yang kuat.
  • Vitamin ini tidak sama dengan vitamin semulajadi disebabkan proses yang dilaluinya semasa pemprosesan, ia melibatkan;
                         - haba yang berlebihan
                         - produk petroleum biasanya digunakan yang akan menyebabkan kehilangan nutrien
                         - ko-faktor yang ada pada nutrien lesap atau rosak tanpa diganti

                              "Vitamin Organik ini umpama jus buah-buahan dalam kotak"

VITAMIN SINTETIK
  • Vitamin sintetik dihasilkan untuk meniru vitamin secara semulajadi bertindak dalam badan. Ia mengandungi bahan kimia yang tidak sepatutnya dimakan oleh manusia dan ia juga tidak terhasil secara semulajadi.
  • Vitamin jenis sintetik biasanya tidak mengandungi mineral galian penting dan menyebabkan badan terpaksa menggunakan mineral galian sedia ada dalam badan untuk membolehkan vitamin sintetik tersebut diproses. Ini menyebabkan badan akan kekurangan mineral tertentu yang penting dalam badan.
  • Nutrien vitamin sintetik di hasilkan dalam persekitaran makmal dan biasanya bersumberkan tar arang batu.
  • Kos penghasilan yang murah dan komponenya daripada bahan kimia.
  • Kebiasaan syarikat yang mementingkan keuntungan menggunakan cara ini.
  • Walaupun secara kimianya ia semulajadi tetapi daripada segi strukturnya jauh berbeza
  • Vitamin sintetik biasanya mengandungi "silika gel" di dalam botol vitamin.
                                 "Vitamin Organik ini umpama jus buah-buahan plastik"

Semoga dengan perkongsian info ni, uolls akan lebih berhati-hati dan bijak dalam pemilihan vitamin.
Vitamin diambil untuk meningkatkan kualiti kesihatan bukan sebaliknya.

Untuk dapatkan vitamin-vitamin Shaklee yang semestinya SEMULAJADI, SELAMAT dan BERKESAN, Cikli adalah agennya.










Suhaili Masngun @ Cikli
SID 1075577
012-7995435

KESAN BURUK VITAMIN

Wahhh lame jugak tak sharing-sharing info kat blog ni. Macam tak seronok je rase sebab tak dapat bagi info kat uolls kan.

Tadi masa blogwalking, macam-macam info Cikli dapat. Salah satunya tentang kesan buruk vitamin. Kalau ikut logik, boleh ke vitamin yang tujuannya kita amik tu, untuk kesihatan boleh bagi kesan buruk kat kita semula?

Yer la kita makan vitamin sebab nak sihat kan, tetiba jadi tak sihat pulak. Sebenarnya dia lebih kepada salah cara makan atau tak bertindak mengikut arahan hihihi.

Macam yang Cikli jumpa kat sini ada bagitau kenapa seseorang tu merasa kesan sampingan bila makan sesuatu vitamin tu.

Meh Cikli bagitau kat sini heh kenapa Vitamin boleh bagi kesan buruk pada seseorang tu .

  1. Pertamanya sebab terlebih DOS. Contoh la, Vitamin C, dos yang disyorkan untuk orang dewasa 1000mg sehari. Tapi kalau uolls makan sampi 2000mg, alamatnya memang cirit birit la. Kalau vitamin yang larut lemak macam vitamin A, D, E dan K, kalau uolls makan berlebihan vitamin-vitamin tu akan berkumpul dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan bila mencapai paras kepekatan yang tinggi.
  2. Keduanya cara pengambilan vitamin yang salah. Vitamin sebenarnya kena ambil dalam jarak masa yang tertentu. Jangan la makan semua vitamin tu dalam satu masa. Sebab takut lupa kan, abis dimakanye sekali gus. Sebenarnya tindakan macam ni sangat la tak bagus untuk buah pinggang tau. Sebab makan vitamin sekali gus ni boleh menyebabkan buah pinggang dipaksa bekerja keras untuk proses semua vitamin-vitamin tu. Sangat la membebankan dan boleh menyebabkan batu karang juga.
  3. Ketiga, kurang minum air. Haa ni memang selalu la kan. Ramai jugak yang makan vitamin tapi sangat kurang minum air masak. Air masak ni Cikli ade share kat sini. Kalau macam vitamin C, kalau uolls makan tapi kurang minum air, dia akan menyebabkan batuk.
  4. Salah paham pun boleh jadi juga. Macam Vitamin B kalau uolls makan, memang akan tukar urin uolls jadi kuning. Kalau kurang minum air masak, lagi pekat warna dia. So orang yang tak tahu ingat itu kesan buruk makan vitamin B.
  5. Dan last sekali sebab pengambilan vitamin sintetik ( yang ade silika gel dalam botol ) dalam jangka masa yang panjang. Sebab kajian dah membuktikan pengambilan vitamin sintetik dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kesan yang buruk kepada buah pinggang berbanding kebaikan. Kalau uolls nak vitamin yang semulajadi boleh la pilih Shaklee. Sebab Shaklee vitamin yang 100% semulajadi. Buktinya dalam setiap botol vitamin Shaklee uolls tak akan jumpa pun silika gel tu. Kalau uolls nak tau  Shaklee ni boleh sebabkan kesan buruk ke tak, uolls boleh baca kat sini.
So, Cikli nasihatkan uolls, kalau makan vitamin kena ikut jadual dos dan juga dapatkan nasihat cara pemakanan vitamin tu dari farmasi atau kalau Shaklee, dapatkan jadual makan dan dos pengambilan daripada Shaklee Distributor yang uolls beli tu k.

And sesiapa yang nak beli suplemen-suplemen Shaklee dengan Cikli boleh contact Cikli k.










Suhaili Masngun @ Cikli
SID 1075577
012-7995435
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...