Thursday, 5 June 2014

KESAN BURUK VITAMIN

Wahhh lame jugak tak sharing-sharing info kat blog ni. Macam tak seronok je rase sebab tak dapat bagi info kat uolls kan.

Tadi masa blogwalking, macam-macam info Cikli dapat. Salah satunya tentang kesan buruk vitamin. Kalau ikut logik, boleh ke vitamin yang tujuannya kita amik tu, untuk kesihatan boleh bagi kesan buruk kat kita semula?

Yer la kita makan vitamin sebab nak sihat kan, tetiba jadi tak sihat pulak. Sebenarnya dia lebih kepada salah cara makan atau tak bertindak mengikut arahan hihihi.

Macam yang Cikli jumpa kat sini ada bagitau kenapa seseorang tu merasa kesan sampingan bila makan sesuatu vitamin tu.

Meh Cikli bagitau kat sini heh kenapa Vitamin boleh bagi kesan buruk pada seseorang tu .

  1. Pertamanya sebab terlebih DOS. Contoh la, Vitamin C, dos yang disyorkan untuk orang dewasa 1000mg sehari. Tapi kalau uolls makan sampi 2000mg, alamatnya memang cirit birit la. Kalau vitamin yang larut lemak macam vitamin A, D, E dan K, kalau uolls makan berlebihan vitamin-vitamin tu akan berkumpul dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan bila mencapai paras kepekatan yang tinggi.
  2. Keduanya cara pengambilan vitamin yang salah. Vitamin sebenarnya kena ambil dalam jarak masa yang tertentu. Jangan la makan semua vitamin tu dalam satu masa. Sebab takut lupa kan, abis dimakanye sekali gus. Sebenarnya tindakan macam ni sangat la tak bagus untuk buah pinggang tau. Sebab makan vitamin sekali gus ni boleh menyebabkan buah pinggang dipaksa bekerja keras untuk proses semua vitamin-vitamin tu. Sangat la membebankan dan boleh menyebabkan batu karang juga.
  3. Ketiga, kurang minum air. Haa ni memang selalu la kan. Ramai jugak yang makan vitamin tapi sangat kurang minum air masak. Air masak ni Cikli ade share kat sini. Kalau macam vitamin C, kalau uolls makan tapi kurang minum air, dia akan menyebabkan batuk.
  4. Salah paham pun boleh jadi juga. Macam Vitamin B kalau uolls makan, memang akan tukar urin uolls jadi kuning. Kalau kurang minum air masak, lagi pekat warna dia. So orang yang tak tahu ingat itu kesan buruk makan vitamin B.
  5. Dan last sekali sebab pengambilan vitamin sintetik ( yang ade silika gel dalam botol ) dalam jangka masa yang panjang. Sebab kajian dah membuktikan pengambilan vitamin sintetik dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kesan yang buruk kepada buah pinggang berbanding kebaikan. Kalau uolls nak vitamin yang semulajadi boleh la pilih Shaklee. Sebab Shaklee vitamin yang 100% semulajadi. Buktinya dalam setiap botol vitamin Shaklee uolls tak akan jumpa pun silika gel tu. Kalau uolls nak tau  Shaklee ni boleh sebabkan kesan buruk ke tak, uolls boleh baca kat sini.
So, Cikli nasihatkan uolls, kalau makan vitamin kena ikut jadual dos dan juga dapatkan nasihat cara pemakanan vitamin tu dari farmasi atau kalau Shaklee, dapatkan jadual makan dan dos pengambilan daripada Shaklee Distributor yang uolls beli tu k.

And sesiapa yang nak beli suplemen-suplemen Shaklee dengan Cikli boleh contact Cikli k.










Suhaili Masngun @ Cikli
SID 1075577
012-7995435

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...