Thursday, 5 June 2014

PERBEZAAN ANTARA VITAMIN SEMULAJADI, ORGANIK DAN SINTETIK

Biasa kita dengar makan vitamin untuk kesihatan. Memang manusia memerlukan vitamin pun. Sebabnya, kita ni semakin meningkat usia, vitamin didalam tubuh badan kita pun semakin berkurangan. Tambah lagi dengan makan macam-macam, yang sihat, yang tak sihat semua kita makan. So, makan vitamin adalah salah satu cara kita nak top-up vitamin-vitamin yang kurang dalam badan kita, di samping meningkatkan kualiti kesihatan kita.

Tak kisah la jenama apa vitamin yang uolls pilih, tapi badan kita memang memerlukan vitamin tambahan. Tapi...ade tapinya dalam memilih vitamin ni yer. Vitamin ni ade 3 jenis sebenarnya. Cikli dapat info kat sini.
  1. Vitamin Semulajadi
  2. Vitamin Organik
  3. Vitamin Sintetik
Apa bezanya antara ketiga-tiga vitamin ni yer. Info ni harap-harap dapat la membantu uolls memilih vitamin yang terbaik untuk kesihatan uolls.

VITAMIN SEMULAJADI
  • Vitamin semulajadi adalah vitamin yang dihasilkan 100% daripada bahan yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan semulajadi.
  • Mengandungi kadar vitamin yang tinggi daripada khasiat tumbuhan semulajadi dan bukannya dihasilkan melalui tiub tabung uji di makmal.
  • Vitamin semulajadi datang dalam pakej lengkap yang turut mengandungi jenis vitamin-vitamin lain, enzim dan mineral yang dapat mengawal cara badan mengenali, memetabolismakan dan menggunakan vitamin berkenaan mengikut keperluan tubuh seseorang.
  • Ia dihasilkan dengan pemprosesan yang seminima mungkin dan kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi.
  • Kos penghasilan lebih tinggi berbanding vitamin sintetik.
  • Memerlukan pelaburan yang tinggi untuk mendapatkan sumber semulajadi yang berkualiti.
  • Label vitamin semulajadi biasanya mengandungi "d"
  • Kebanyakkan syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi. SHAKLEE satu-satunya yang berbuat demikian (Rujukan : A consumer Report by Editor of Research Institute for Preventive Health Care)
                                "Vitamin Semulajadi  ini umpama buah-buahan segar"

VITAMIN ORGANIK
  • Vitamin organik adalah vitamin semulajadi yang dihasilkan daripada bahan kimia organik ataupun bahan pertanian organik. Dalam masa yang sama, vitamin ini tidak dicampurkan dengan sebarang bahan lain.Mineral bahan kimia organik mengandungi karbon dalam komposisi kimianya. Manakala mineral pertanian organik dihasilkan tanpa menggunakan baja kimia, pestisid dan herbisid.
  • Kebanyakkan vitamin organik tetap mengandungi sedikit bahan kimia untuk meningkatkan kualiti vitamin organik tersebut.
  • Nutrien yang khususnya dipencilkan dari satu sumber semulajadi, biasanya dengan menggunakan haba, tekanan yang tinggi atau pelarut kimia yang kuat.
  • Vitamin ini tidak sama dengan vitamin semulajadi disebabkan proses yang dilaluinya semasa pemprosesan, ia melibatkan;
                         - haba yang berlebihan
                         - produk petroleum biasanya digunakan yang akan menyebabkan kehilangan nutrien
                         - ko-faktor yang ada pada nutrien lesap atau rosak tanpa diganti

                              "Vitamin Organik ini umpama jus buah-buahan dalam kotak"

VITAMIN SINTETIK
  • Vitamin sintetik dihasilkan untuk meniru vitamin secara semulajadi bertindak dalam badan. Ia mengandungi bahan kimia yang tidak sepatutnya dimakan oleh manusia dan ia juga tidak terhasil secara semulajadi.
  • Vitamin jenis sintetik biasanya tidak mengandungi mineral galian penting dan menyebabkan badan terpaksa menggunakan mineral galian sedia ada dalam badan untuk membolehkan vitamin sintetik tersebut diproses. Ini menyebabkan badan akan kekurangan mineral tertentu yang penting dalam badan.
  • Nutrien vitamin sintetik di hasilkan dalam persekitaran makmal dan biasanya bersumberkan tar arang batu.
  • Kos penghasilan yang murah dan komponenya daripada bahan kimia.
  • Kebiasaan syarikat yang mementingkan keuntungan menggunakan cara ini.
  • Walaupun secara kimianya ia semulajadi tetapi daripada segi strukturnya jauh berbeza
  • Vitamin sintetik biasanya mengandungi "silika gel" di dalam botol vitamin.
                                 "Vitamin Organik ini umpama jus buah-buahan plastik"

Semoga dengan perkongsian info ni, uolls akan lebih berhati-hati dan bijak dalam pemilihan vitamin.
Vitamin diambil untuk meningkatkan kualiti kesihatan bukan sebaliknya.

Untuk dapatkan vitamin-vitamin Shaklee yang semestinya SEMULAJADI, SELAMAT dan BERKESAN, Cikli adalah agennya.










Suhaili Masngun @ Cikli
SID 1075577
012-7995435

1 comment:

  1. Bagus info ni :)

    www.juliahealthcare.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...