Thursday, 19 June 2014

TIPS KEKAL BERTENAGA DI BULAN PUASA


Assalammualaikum..tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan muncul. Dah bersedia ke semua? Bersedia yang Cikli maksudkan kat sini, uolls dah bersedia belum nak merebut ganjaran-ganjaran pahala yang Allah janjikan pada bulan Ramadhan ni? 

Bertarawih, bertadarus, qiamullail...So badan kita kena kekal bertenaga nih nak buat tu semua kan. Ok, kat sini Cikli nak share sedikit tips macam mana uolls boleh kekal bertenaga masa bulan Ramadhan ni yer.  

1. Bersahur.

Jangan tinggalkan sahur. Walaupun bersahur ni amalan sunat je, tapi ianya sangat digalakkan untuk diamalkan. Sabda Rasulullah saw, "sahurlah kamu, kerana dalam sahur itu terdapat berkat yang besar". Sepanjang tempoh masa 14 jam kita berpuasa, sel-sel tubuh kita masih memerlukan zat-zat yang secukupnya supaya badan dapat kekal bertenaga dan membolehkan kita  melakukan kerja di waktu siang. So, semasa bersahur ni lah kita kena makan makanan yang berserat dan berprotein tinggi untuk membekalkan tenaga yang mencukupi semasa kita berpuasa.

2. Berbuka

Jangan menangguh-nagguhkan waktu berbuka. Semasa berbuka puasa, seelok-eloknya jangan terus mengambil makanan yang berat seperti nasi, takut nanti perut terkejut. Cukup sekadar makan sebiji kurma (ikut sunnah nabi) dan segelas air suam. Jika terus makan makanan yang berat uolls akan rase badan uolls akan lemah lepas tu. Nak beribadah pun nanti tertangguh kan.

3. Hindari minuman sejuk

Sebab tu Cikli sarankan minum air suam. Teh O suam ke. Memang susahkan nak mulakan. Tapi percayalah try uolls amalkan, mesti uolls akan rasa perbezaan berbuka  air sejuk dengan berbuka air suam. Kalau uolls minum air sejuk waktu berbuka, mesti uolls akan rase kenyang sesangat. Sebenarnya ais atau air sejuk akan menyebabkan perut uolls kembung kerana keadaan berasid di dalam perut yang 'terkejut' setelah seharian perut kosong.

4. Atur menu makanan

Amalkan makanan bergizi seimbang sama ada semasa bersahur mahupun berbuka. Walaupun dengan menu yang serba sederhana, yang penting 5 unsur gizi lengkap dipenuhi iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Untuk menghindari rasa lapar, makanan yang diambil perlulah terdiri daripada makanan tinggi serat yang lazimnya terdapat pada sayur dan buah.  

5.  Makan secara bertahap 

Jangan terus makan sehingga kenyang ketika berbuka atau terus makan dalam hidangan yang besar kerana seharian perut kita kosong dan organ pencernaan berada dalam keadaan rehat. 

6. Banyak minum air antara waktu selepas berbuka sehingga sahur

Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air di antara waktu berbuka sehingga bersahur bagi menggantikan kehilangan air ketika berpuasa di siang hari. 

7. Lakukan senaman ringan 

Bersenam mampu melancarkan peredaran darah. Walaupun berpuasa, tiada alasan untuk tidak melakukan senaman ringan dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Contoh senaman ringan yang boleh diamalkan termasuk regangan tubuh, berjalan dan sebagainya. Lakukan sejam atau 2 jam sebelum berbuka. Selain itu, solat terawih juga dianggap senaman yang bagus kerana gerakan rukuk dan sujud itu sendiri boleh membakar kalori.

8. Jangan terus tidur selepas bersahur 

Tubuh badan kita memerlukan waktu untuk mencerna makanan dengan sempurna selepas makan. Sebab tu, elakkan daripada terus tidur selepas bersahur supaya  proses pencernaan boleh berlaku. 

Itu antara tips-tips yang dapat Cikli kongsikan dengan uolls. Cikli dapat tips ni dari pun dari sini.

Kalau uolls nak kekal bertenaga dengan suplemen Shaklee, Cikli cadangkan uolls amik gabungan ESP, Perfomance Drink dan Mealshake waktu berbuka dan bersahur.




Nak dapatkan ketiga-tiga suplemen ni uolls boleh la contact Cikli yer.











Suhaili @ Cikli
ID 1075577
012-7995435

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...