Tuesday, 10 June 2014

TIPS MENGEMPISKAN PERUT BUNCIT


Ade orang suka perut buncit, nampak macho hihihi...Ade orang suka perut leper..macam-macam ragam ade kan. Tapi kebanyakan wanita mesti mengimpikan perut yang nipis atau leper kan, termasuk la Cikli hihihi..

Ok kat sini Cikli nak kongsikan 8 tips yang boleh diamalkan untuk mendapatkan perut yang nipis. Tips ni Cikli dapat dari Mingguan Wanita November 2013.

1) Makan Secara Perlahan

Usah gelojoh ketika mengunyah makanan. Seperti sunnah Nabi yang memesan makanan perlu dikunyah 40 kali sehingga ia benar-benar hancur. Jadinya ia akan memudahkan perut menghadam makanan. Cantikkan Sunah Rasulullah.

2) Elakkan Berlapar

Melihat perut yang semakin ke depan memang merungsingkan sehingga ada segelintir daripada kita yang sanggup berlapar. Jangan sesekali mengabaikan masa makan kerana makanan memberikan kita tenaga. Uolls pasti tak nak tenaga berkurangan akibat pengambilan makanan yang tak mencukupikan.
Badan akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila uolls tak tahan lapar, pada kebiasaanya uolls akan makan dengan lebih banyak. Betul kan? Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan uolls dah kembali kepada normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah dan akan membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

3) Ambil Bahan Pahit Sebelum Makan

Sebelum uolls menikmati hidangan terutama yang mengandungi nasi, adalah lebih baik kalau uolls mulakan dengan meminum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini akan menyebabkan tekak menjadi pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

4) Jangan Lupa Sarapan

Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi?
Sarapan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk  membakar kalori. Jadi, pastikan uolls mengambil sarapan setiap pagi sebelum memulakan kerja.

5) Minum Air Secukupnya

Uolls tahu tak yang air masak ni boleh mengurangkan selera uolls secara semulajadi? Ia juga membantu badan memetabolismakan simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan, makanan yang berat, cuba minum air masak dulu. Pasti lepas tu uolls tak nak makan banyak :)

6) Hindari Minuman Bergas

Sebenarnya minuman bergas  mengandungi tujuh hingga lapan sudu gula dan amatlah tidak baik untuk kesihatan tubuh badan. Tidak rugi sekiranya uolls tidak mengambil minuman ini, kerana ia hanya akan memberi kesan yang tidak baik terhadap kesihatan tubuh uolls.

7) Kurangkan Garam

Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air dalam badan. Kurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna uolls kurang berat yang disebabkan oleh air.

8) Bersenam

Paling kurang berjogging setiap hujung minggu. Selain itu senaman ringkas juga boleh membantu. Lagi baik sekiranya uolls bersenam setiap hari bagi mendapatkan tubuh badan sihat. Sit Up jangan lupa. Maka, masalah perut buncit dapat diatasi.

Ok selamat mencuba tips-tips di atas yer. Semoga kita semua dapat perut impian :)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...