Sunday, 20 July 2014

TIPS MAKAN BERHEMAH DI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

Assalammualaikum....dah tinggal beberapa hari lagi je kita semua nak menyambut Hari Raya Aidilfitri kan. Sedih terpaksa meninggalkan Ramadhan, bulan penuh barakah ni. Harap-harap semua amalan kita sepanjang bulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT hendaknya.

Macam biasa la kan bila Hari Raya, banyaaaakkkk sangat jemputan 'Rumah Terbuka' yang akan kita semua dapat. Dalam sehari kekadang sampai 3, 4 rumah...wahhh rezeki tu, jangan ditolak. Tak payah masak sehari dah hihihi.


Ok kat sini Cikli nak kongsikan beberapa tips dari Kevin Zahri yang Cikli dapat masa tengok rancangan Nona semalam hihi...Tips macam mana nak jaga pemakanan kita semasa berkunjung ke rumah terbuka. Al maklumlah bila sebut rumah terbuka, macam-macam juadah ade...kalau ikut nafsu semua nak makan kan. Tapi dalam kita ghairah nak merasa semua juadah tu pastikan kita semua beringat yer..sebulan berpuasa kita latih perut kita, kita detox badan kita, tak kan la dalam masa sebulan jugak kita nak siksa balik perut kita dan penuhkan kolestrol-kolestrol dalam badan kita. So, pada sesiapa yang selalu banyak dapat banyak jemputan rumah terbuka tu boleh apply tips ni k..

Tips 1 Bajet Makan
  • Biasanya jemputan majlis rumah terbuka kita dapat time cuti kan, Jumaat, Sabtu atau Ahad...kekadang straight 3 hari tu ade rumah terbuka. So, hari Isnin sampi Khamis tu kalau boleh jaga pemakanan kita...kurangkan makanan yang terlalu banyak kolestrol, pastikan makanan seimbang kita amik sepanjang minggu tu. banyakkan minum air masak dan buah-buahan. Kalau kita dah jaga pemakanan kita dari Isnin sampai Khamis tu, tak de la nanti time rumah terbuka lemak bertingkek-tingkek dalam badan. Baik-baik turun 5 kilo time puasa, lepas raya naik pulak 10kg...haaaa acaner tu?
Tip 2 Round Table
  • Bila start nak makan di rumah terbuka, jangan terus ambil makanan terdekat tau. Round table dulu, usya makanan-makanan yang ade...baru decide makanan mana yang nak dimakan. Nanti takde la kes tengah makan-makan pastu nmpak orang sebelah ambil makanan favourite kita, dah menyesal tak ambil makanan tu tadi..nak tambah dah kenyang..Ingat, kena bijak plan ni, kang ade 2, 3 biji rumah lagi nak makan hihihi...kalau ade la kan. Kalau tak de, still kena makan berpada-pada yer. 
Tips 3 Makanan Seimbang
  • Yang ni macam biasa la kan, memang wajib diamalkan sepanjang masa. Tapi kalau kat rumah terbuka kena jugak amalkan makanan seimbang k. Jangan dah makan rendang, makan satay, makan kambing golek lagi...uiiii penat perut tu nak proses weiii...kena la pepandai imbangkan..ambil setiap makanan tu dalam kuantiti yang sedikit, so semua boleh rasa kan. Ingat orang tamak selalu rugi. Kurangkan jugak kuih-kuih yang menis-manis tu. Rasa-rasa boleh la yer, jangan mentang-mentang kuih tu sedap ya amat, uolls makan sampai kenyang..nanti makanan lain tak dapat rasa dah.
Tips 4 Berhenti Sebelum Kenyang
  • Kalau ikutkan yang Kevin Zahri cakap semalam kat Nona tu, kita akan rase kenyang 20 minit selepas kita berhenti makan. So kena pandai agak la ye kan, diri sendiri, mesti tau tahap mana uolls akan rase kenyang...so kena berhenti awal. Takut-takut nanti time sepatutnya kita kena berhenti makan, tapi kita still makan...bila sampi ke 20 minit tu dah termengah-mengah kekenyangan.
Tips 5 Pengambilan Karbo
  • Kena kurangkan pengambilan karbo, kalau nasi tu, makan nasi sebesar penumbuk je kata Kevin Zahri. Tapi pada Cikli separuh pun lagi bagus, sebab kita dah makan macam-macam kalau amik karbo lebih nanti lagi kekenyangan. Berat perut hihii..
Tips 6 Air Masak
  • Jangan lupa lebihkan air masak. Lebih baik gantikan air yang ber'gas', yang manis-manis tu dengan air masak je. Biasanya kat rumah terbuka mesti ade disediakan air masak atau air mineral kan. So, bilas balik manis-manis dari kuih-muih, pencuci mulut bagai tu dengan air masak k. Takut-takut nanti bila cek gula, naik mendadak pulak nanti. 
Tips 7 Bersederhana
  • Macam biasalah kan kalau kat rumah terbuka tu kompom terhidang pelbagai juadah yang disediakan tuan rumah. Kalau tak pandai nak kawal nafsu, mesti nak makan semua makanan yang tuan rumah sajikan. Namun, Islam menunjukkan batas yang dibenarkan syariat iaitu makan sekadar diperlukan. Doktor berpendapat, makan secara tidak terkawal lebih-lebih lagi pada musim perayaan amat berbahaya. Adab makan yang digambarkan Rasulullah SAW amat sederhana dan sesuai dengan fitrah manusia. Kesederhanaan ini semata-mata untuk menjamin kesihatan tubuh badan dan perkembangan rohani agar terus ingat dan taat kepada Allah. Lantaran timbulnya pelbagai jenis penyakit berpunca daripada makanan yang dimakan. 
    Baginda menegaskan: "Perut besar (makan banyak) adalah rumah segala penyakit, sedangkan penjagaan adalah sebaik-baik ubat." 
Tips 8 Sediakan 'Penebat'
  • Biasanya orang yang aware dengan kesihatan ni mesti sediakan penebat a.k.a supplemen yang boleh mengelakkan lemak-lemak dan kolestrol jahat dari bersarang dalam badan kan. Bila dah makan macam-macam kat rumah terbuka, siapa yang dapat jamin, lemak-lemak dan kolestrol tak akan bersarang dalam badan kita? So, ambil la langkah bijak dengan makan suplemen detox, pemecah lemak dan penghalang kolestrol jahat dari bersarang dalam badan kita. Kita nak elakkan makan makanan yang berkolestrol dan berlemak memang tak boleh la kan sebab memang tu pun juadah yang sedap time raya-raya nih hihi..
Ok, harap-harap tips-tips yang Cikli share ni boleh uolls jadikan panduan untuk uolls menghadapi godaan rumah terbuka nanti yer :). Jangan lupa supplemen mengawal kolestrol dan supplemen membuang lelemak wajib disediakan. Jangan nanti lepas raya terdengar lah keluh kesah baju, seluar semua tak muat hihihi. Sesiapa yang nak oder 2 supplemen tu boleh la direct call/whatapps/ mesej Cikli k. Mana-mana yang rasa nak beli online terus boleh klik kat link yang Cikli bagi kat bawah ni nanti k. Kalau cash dah abis boleh jugak guna kad kredit. Dapat gaji nanti boleh terus bayar bil kad kredit :)

Jangan lupa!! Sediakan
kat rumah uolls, untuk kesihatan dan kebahagiaan uolls di Hari Raya.










Cikli Masngun
012-7995435
SID 1075577




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...