Monday, 7 July 2014

VITAMIN D TU APE??



Banyak-banyak vitamin, orang selalu konfius Vitamin D ni apa sebenarnya kan. Biasanya yang kita tahu, Vitamin D kita dapat dari pancaran cahaya matahari dari pagi hingga pukul 10 macam tu...bila ketika cahaya matahari belum begitu panas. Tapi tu dulu, kalau ikut cuaca sekarang ni...cahaya matahari pukul 8 pagi pun dah terasa bahangnya. So Cikli tak pasti boleh gunapakai lagi ke tak teori nak dapatkan vitamin D dari cahaya matahari tu hihihi

Ok hasil dari research sesikit Cikli dari en Google meh Cikli nak kongsi info kat uolls apa tu Vitamin D mengikut kepahaman Cikli. Kalau uolls rase nak lagi paham boleh uolls pulak buat research kat sini k.

Mengikut pembacaan Cikli, Vitamin D ni sebenarnya vitamin "larut lemak". ingat lagi formula nak ingat fakta sains masa sekolah dulu, vitamin larut lemak adalah ADEK, maknanya vitamin A, vitamin D, vitamin E ngan vitamin K ni adalah termasuk dalam golongan vitamin larut lemak. Di dalam tubuh, vitamin D ni berperanan penting dalam pembentukkan struktur tulang dan gigi yang baik. Oh yer vitamin D ni jugak merupakan vitamin yang badan kita perlukan untuk penyerapan Kalsium di dalam sistem pencernaan kita. Kira geng kamcing Kalsium la vitamin D ni.

Selain itu Vitamin D ni meningkatkan sistem imun tubuh untuk melawan sebarang penyakit tau. Apabila tubuh kita kekurangan Vitamin D pelbagai masalah kesihatan akan kita hadapi. Contohnya, osteoporosis, osteopenia, diabetes, hipertensi, dan berbagai masalah jantung. Molekul aktif dari Vitamin D yang dikenali kalsitriol merupakan bahan utama dalam proses penyerapan kalsium ke dalam tulang, fungsi otot, sekaligus sebagai immunomodulator yang penting di dalam sistem imun tubuh untuk melawan beberapa penyakit.


Ooo ini lah dia logiknya kita disuruh berjemur pepagi untuk dapatkan vitamin D tu..tubuh kita perlukan cahaya matahari yang mencukupi untuk proses vitamin D. Kekurangan vitamin D di dalam tubuh kita boleh mengakibatkan tulang kita akan menjadi nipis, rapuh dan tidak berdaya. 

Selain cahaya matahari, kita juga boleh dapatkan vitamin dari makanan kita. Kalau uolls nak tahu sumber-sumber makanan yang kaya dengan vitamin D, ada antaranya yang ade dah ditulis dalam gambar atas ni, tapi ade beberapa sumber makanan yang tak disebut Cikli nak kongsikan dengan uolls kat sini. Antaranya ialah:

>> Tauhu dan Tempe
>> Ikan Salmon
>> Cendawan
>> Susu 
>> Udang
>>Tiram
>> Kuning Telur

So, itulah sedikit sebanyak info yang Cikli dapat dari pembacaan Cikli. Semoga ianya bermaanfaat untuk pengetahun uolls.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...