Tuesday, 19 August 2014

DHA OMEGA-3 PENTING UNTUK PERKEMBANGAN OTAK BAYI DALAM KANDUNGAN


Hai mommy-mommy yang tengah pregnen, yang dah jadi ibu, dan semua wanita yang bergelar mommy. Cikli nak cerita tentang kepentingan DHA OMEGA 3 yang begitu penting untuk perkembangan otak baby.

DHA OMEGA 3 tu ape eik?

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.


Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Semasa megandung biasanya kita makan asid folik dan kalsium kan. Tapi Cikli nak ajak mommy-mommy semua jom kita topup dengan DHA iaitu asid lemak Omega-3 pulak. Sebab DHA Omega-3 ni sangat la penting untuk ibu-ibu yang pregnen dan juga ibu-ibu yang menyusukan baby kerana DHA ni sangat penting untuk pertumbuhan otak, mata dan hati baby tau.

Dah banyak kajian yang mengesyorkan ibu hamil ambil DHA secukupnya untuk menampung keperluan baby di dalam kandungan. Sebab baby kita dalam perut tu tak boleh nak hasilkan DHA sendiri, so dia kan harapkan dari pemakanan ibu la kan. Ada kajian di peringkat antarabangsa berpendapat, DHA juga berupaya mencegah masalah tekanan ataupun postpartum depression di kalangan ibu-ibu selepas bersalin. Fungsi DHA dikatakan berupaya untuk stabilkan dan mengawal emosi wanita yang terganggu selepas bersalin.

Menurut pakar pembangunan dan kesihatan kanak-kanak, Dr. William Sears pula, dalam kajiannya memberitahu DHA sangat penting untuk menjana otak si kecil kita sejak dari dalam kandungan sehingga lah ke tadika. Dalam tempoh ni, biasa otak anak-anak kita memang tengah berkembang pesat dan dengan pengambilan DHA boleh meningkatkan kecerdasan mereka.


KEBAIKAN DAN MANFAAT DHA
  • DHA sangat diperlukan bagi pertumbuhan otak, mata dan sistem saraf baby. DHA mewakili sebanyak 93 peratus daripada keseluruhan asid lemak Omega-3 di bahagian retina mata bagi memastikan sel fotoreseptor berfungsi dengan tepat. Sel ini akan memastikan mata dapat mengenalpasti cahaya (apa yang dilihat) sebelum menghantar maklumat yang tepat ke otak.
  • DHA sangat penting ketika usia kehamilan mencecah trimester ketiga , dimana pertumbuhan otak sedang berkembang pesat sebelum bayi dilahirkan. Satu kajian yang dilaporkan menerusi jurnal kanak-kanak pada tahun 2003 mendapati, kanak-kanak yang mendapat sumber DHA yang cukup daripada ibunya semasa di alam kandungan mendapat skor markah yang paling tinggi dalam ujian kepintaran dalam ujian empat tahun berbanding kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil makanan tambahan DHA yang mencukupi.
  • Kajian juga menunjukkan diet ibu yang kaya DHA berupaya meningkatkan pembangunan kanak-kanak yang lebih baik terutama tahap penglihatan yang baik, aktiviti fizikal lebih cergas dan lebih fokus. Bahkan DHA yang mencukupi akan membantu anak kecil tidur lebih teratur dan nyenyak. 
  • Selain bayi, wanita hamil dan menyusukan bayi juga boleh mendapat manfaat daripada DHA. Bekalan DHA dalam diet ibu dapat meningkatkan kekuatan ketika hamil dan membantu ibu hamil melalui tempoh kehamilan lebih baik dan sihat, mencegah bayi lahir pramatang dan mengelakkan terjadinya tekanan perasaan selepas bersalin. DHA dikatakan mampu mengawal emosi wanita daripada mudah stress selepas bersalin.

PENGAMBILAN DHA YANG DISYORKAN KETIKA HAMIL

Penemuan maanfaat DHA telah meningkatkan kesedaran terhadap keperluan dikalangan ibu hamil. Ramai pakar kesihatan mula mendidik dan berkempen tentang kepentingan DHA dalam diet ibu hamil. Kadar DHA pula bergantung pada diet dan para saintis hari ini mengesyorkan pengambilan sehari 200-300mg DHA sehari untuk wanita hamil dan menyusu bayi.

SUMBER KAYA DHA



Sumber makanan paling kaya dengan DHA ialah lelemak ikan seperti salmon, sardin, tuna, trout, herring, mackerel dan sebagainya. Ikan tidak menghasilkan DHA secara semulajadi, tetapi menerusi makananya iaitu alga.

Sejumlah kecil DHA terdapat di dalam makanan seperti kekacang terutama biji matahari, biji labu, almond serta ayam, telur kuning, ketam dan udang.

Untuk memudahkan ibu-ibu yang kurang gemar memakan ikan atau makanan laut, ibu-ibu juga boleh mencuba OMEGA GUARD SHAKLEE. Minyak ikan Terbaik Di Dunia yang diestrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan Negara Jepun. Berbanding dengan produk omega dipasaran, OMEGA GUARD merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

Di dalam satu kapsul Omega Guard mengandungi 330mg  Omega 3, 120mg DHA dan 180mg EPA.


So ibu-ibu tak payah pening pikir cukup tak DHA semasa mengandung. Dengan pengambilan 2-3 biji sehari Omega Guard ni InsyaAllah ibu-ibu sihat, baby pun sihat dan bijak. Semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan, so Cikli mudahkan ibu-ibu dapatkan yang terbaik untuk diberikan kepada baby dan anak-anak dengan Omega Guard Shaklee ni.





Untuk dapatkan Omega Guard Shaklee,
Hubungi Cikli Masngun
012-7995435









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...