Monday, 11 August 2014

KEKAL CANTIK DI USIA PERTENGAHAN

Ada fakta yang mengatakan kecantikkan wanita ni akan terserlah apabila berumur 30-an. Wahhhh betul kah?? Tapi tidak boleh jugak kita nak menidakkanya, sebab wanita ni bila dah usia 30-an ramai yang dah bergelar isteri dan ibu yang mana lebih menitikberatkan kesihatan dan perlu mengekalkan penampilan yang hebat di hadapan suami dan anak-anak.


So kat sini Cikli nak share dengan wanita-wanita cantik diluar sana amalan-amalan yang boleh dijadikan panduan untuk kelihatan muda di usia petengahan.

  • KAWAL PEMAKANAN
Biasanya pengambilan makanan yang seimbang mampu melambatkan proses penuaan. Pastikan setiap hari uolls ambil makanan yang tinggi serat, sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Dan makanan yang tinggi lemak, minuman berkefein dan berkarbonat perlu dielakkan.




  • PELEMBAB MUKA
Jangan lupa memakai pelembab muka yang sesuai dengan kulit muka uolls setiap kali keluar dari rumah. Pelembab amat penting kerana ketika umur menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit muka akan semakin berkurang berbanding ketika remaja.

  • ELAK CAHAYA MATAHARI
Elakkan kulit uolls terdedah kepada cahaya matahari di dalam jangka masa yang lama yer. Kerana sinaran UV boleh menyebabkan kulit semakin gelap dan kering. Pastikan uolls pakai krim siang yang mengandungi SPF15 atau 20 yang mampu melindungi kulit daripada UVA dan UVB.

  • MINUM BANYAK AIR
Bila badan kurang air, kulit akan cepat kering dan akan timbul gejala penuaan. Selain tu badan pun mudah dihinggapi penyakit kalau kekurangan air ni tau. So, pastikan uolls minum air masak secukupnya setiap hari kerana ianya sangat penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dari dalam badan.

  • SENTIASA BERSENAM
Amalan senaman ringan setiap pagi selepas bangun tidur. Luangkan masa di hujung minggu bersama suami dan anak-anak keluar bersama dan beriadah.

  • ELAK SOLEKKAN TEBAL
Umur dah 30-an better bersolek tu ala kadar je sesuai dengan status ibu dan wanita berkerjaya. Tak perlu pakai bedak asas yang terlalu tebal dan warna lipstik yang terlalu cerah. Solek ala-ala natural gitu, baru nampak anggun gitu kan.

  • POSITIF DAN CERIA SELALU
Kena sentiasa positif, dan ceria ketika bersama keluarga dan kawan-kawan. Ketawa kan penawar duka, senyuman awet muda. So banyakkan bergaul dengan mereka-mereka yang ceria dan menghiburkan dan paling penting elakkan stress.

  • SUPPLEMEN TAMBAHAN
Bila umur semakin meningkat, nutrisi didalam badan makin berkurangan. Jadi, pengambilan vitamin amat penting dan digalakkan untuk wanita yang berusia 30-an. Nak-nak wanita-wanita yang sibuk dengan tugasan di pejabat dan di rumah biasanya pengambilan makanan seimbang jarang diamalkan.

Kalau wanita-wanita cantik yang baca post ni rase pening tak tahu nak pilih banyak sangat supplemen yang ada kat pasaran sekarang ni, Cikli cadangkan uolls amik la supplemen Shaklee. Cikli pun amalkan pengambilan supplemen Shaklee ni Alhamdulillah rase perubahan kat diri sendiri .











Hubungi Cikli untuk dapatkan Set Kesihatan Wanita
PM/Whatsapp
012799-5435

Kunjungi juga Kedai Vitamin Cikli Melaka
Dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu :)

1 comment:

  1. wanita insan yang sangat mementingkan kecantikan.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...