Thursday, 28 August 2014

MENU IBU MENYUSU

Kalau tengok ibu yang menyusukan baby ni makan, macam tak pernah kenyang kan hihihi. Yer la ibu menyusu kena makan banyak dan berkhasiat untuk menjana susu lebih banyak. Kalau ibu tak makan, mana nak datang susu tu kan. Kilang susu pun tak tau nak proses ape untuk dijadikan susu kalau ibu tak makan.

Sebab tu walaupun badan seseorang tu kurus, tapi kalau dia menyusukan baby jangan hairan tengok cara dia makan. Memang akan sentiasa lapar aje. Dan dia akan makan dengan banyak.

So, untuk para ibu yang menyusukan baby, makan banyak pun kena jugak jaga kualiti pemakanan kita tu. Kena makan makanan yang berkhasiat macam contoh-contoh makanan yang Cikli nak sharing kat sini.

1. Ikan Salmon

Wahhhh hari-hari nak makan ikan salmon gitu, kopak ayah ko nak..hihihihi. Kenapa ikan salmon? Sebab ikan salmon ni kaya dengan DHA dan amat bagus untuk tumbesaran baby. Memang la susu ibu tu dah ade DHA, tapi kalau makan ikan yang DHA nya lagi tinggi dia akan meningkatkan lagi kualiti DHA susu ibu tu. Tak pun susah-susah makan je Omega Guard Shaklee, senang cerita. Sebab Omega Guard minyak ikan terbaik di dunia gitu(sempat promot kannn)

2. Produk Tenusu Rendah Lemak

Produk tenusu yang rendah lemak ni selain bagus untuk tulang, dia pun ade Vitamin B, Vitamin D dan protein. Macam susu, yogurt dan keju tu antara yang rendah lemak la.

3. Kekacang

Kacang merah dan kekacang yang warna merah gelap memang terbaik kalau ibu menyusu makan. Bukan setakat jimat bajet tapi kekacang ni kaya dengan zat besi tau.

4. Beras Perang

Beras perang ni kalau dimakan boleh meningkatkan tenaga. Selain tu beras perang juga dapat membekalkan kalori yang diperlukan kepada tubuh untuk menghasilkan susu yang terbaik untuk baby.

5. Sayuran Hijau

Sayur-sayuran hijau macam bayam, brokoli memang sangat bagus untuk kesihatan. Sayur-sayur ni biasanya ade Vitamin A yang sangat diperlukan untuk baby. Juga untuk membekalkan zat besi dan Vitamin C.

6. Telur

Kuning telur ni merupakan sumber semulajadi Vitamin D yang boleh menguatkan tulang  ibu dan bayi. Telur hancur, telur rebus, salad dan omelet kalau ibu-ibu menyusu makan time malam, protein tubuh akan meningkat.

7. Roti Gandum

Roti gandum kaya dengan asid folik, iaitu sejenis nutrien penting yang terkandung di dalam susu ibu dan amat diperlukan oleh baby untuk kesihatan tubuh mereka. Selain tu roti gandum ni pun kaya dengan fiber dan zat besi.

Sebab tu dalam pantang jangan terlalu menyekat pemakanan kita. Ade yang makan nasi dengan ikan bilis je. Mana nak dapat khasiat macam tu. Last-last cakap susu badan takde. Dah rugi sebenarnya kat situ.

Cikli pernah tanye kat nurse hospital makanan ape yang kena pantang lepas bersalin? Nurse tu pun cakap sebenarnya tak ade pantang pun, sebab klu kita terlalu berpantang makan, tu yang susu badan tak ade. Sebenarnya pemakanan dalam pantang ni terpulang dengan kekuatan badan seseorang tu, agak-agak makanan yang sejuk-sejuk, yang berangin, yang gatal-gatal tu jangan la makan dulu. Tapi jangan la makan nasi dengan ikan bilis je, kesian baby tak dapat khasiat nanti.

Ok para ibu, selamat menjamu selera dengan makanan berkhasiat untuk anda dan baby anda :)


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...