Wednesday, 27 August 2014

TIPS MENAMBAH KEWANGAN KELUARGA


Jom belajar tips macam mana nak tambah kewangan keluarga. Yer la sekarang ni semuanya duit..barang naik, minyak naik, tol naik, gaji tak naik-naik yer tak hihihii...Daripada kita membebel, merungut, pening kepala sebab semua barang naik, jom kita usaha tambahkan kewangan keluarga. Sekurang-kurangnya kita kurang pening, hidup pun selesa, stress pun tak de. Macam pantun gitu.

Sesekali kita tambah ilmu pengurusan kewangan pulak yer tak. Ni pun menyumbang kepada kesihatan jugak. Yer la kalau selalu stress tak elok untuk kesihatan kan. Ok ade 6 tips yang Cikli nak kongsikan kat sini macam mana uolls boleh tambah kewangan keluarga.

Tips 1
SIMPANAN JANGKA PANJANG

Sekarang ni macam-macam cara kita boleh menyimpan duit kan. antara nak ngan taknak jer. Ada yang beralasan duit sentiasa tak cukup. Takpe, sekarang ni bank banyak tawarkan pogram-program pelaburan kan, Amanah Saham ade, Akaun Semasa, Simpanan Tetap, Pelaburan jangka panjang dan banyak lagi pogram-program yang disediakan pihak bank untuk kita menyimpan untuk masa depan. Lagi cepat kita melabur atau menabung, lagi banyak hasil yang akan kita tuai nanti. So jangan bertangguh untuk menyimpan dan melabur k.

Tips 2
KURANGKAN PERBELANJAAN SAMPINGAN

Haaaa yang ni biasanya untuk uolls yang bekerja memang susah nak elak nafsu shopping kan. Ok, mulai sekarang kena kawal la nafsu bershopping tu, beli keperluan bukan kehendak yer. Walaupun duit uolls banyak, tapi mesti sediakan payung sebelum hujan. Kalau rasa benda tak perlu beli tak payah beli, baik simpan duit tu untuk masa-masa yang terdesak kan. Kurangkan jugak beli barang-barang yang berjenama dan mewah, tapi kalau uolls mampu takde masalah. Cumanya kalau boleh kurangkan :)

Tips 3
PERNIAGAAN KECIL-KECILAN

Bekerja, tak bermakna kita semua tak boleh buat bisness secara sampingan kan. Sekarang ni perniagaan Online tengah hot, so apa kata uolls pun rebut la peluang kemasan ni. Bab ape nak jual tu, macam-macam benda sekarang orang jual kat online, so uolls bole pilih yang mana rasa-rasa uolls berkenan. Tapi pastikan aktiviti uolls tu tak menggangu kerja-kerja hakiki uolls la yer.

Tips 4
TAMBAH PENDAPATAN DI RUMAH

Kerja lebih masa pun salah satu uolls boleh buat untuk tambah kewangan keluarga. Tapi mesti masa dengan anak-anak akan terjejas kalau uolls buat part-time kan. Apa kata uolls yang ade kemahiran tu buat part-time dari rumah. Macam buat kelas tuisyen ke, atau pun buat MLM macam jual tupperware, Shaklee :) dan sebagainya.

Tips 5
BENTUK RANGKAIAN KERJA YANG SISTEMATIK

Sikap saling membantu dan bekerjasama boleh membina satu rangkaian perhubungan yang mantap, sama ada daripada aspek perniagaan ataupun pekerjaan. So uolls rerajin la kembangkan network uolls kat kawan-kawan. Macam, boleh cerita kat kawan-kawan yang uolls ade buat bisness so mybe mereka boleh menjadi prospek customer uolls nanti kan. Cuba bertukar-tukat idea atau maklumat dengan mereka-mereka yang membuat cabang perniagaan atau pekerjaan yang sama ngan uolls.

Tips 6
SIMPAN LEBIH PERBELANJAAN

Setiap kali kita semua bebelanja mesti ade baki duit belanja kan. Apakata sediakan satu tabung untuk uolls masukkan lebihan belanja uolls tadi. Walaupun baki hanya RM1, cuba uolls kira sehari RM1 x 360 hari. So setahun uolls dah menabung sebanyak RM360 kan. Banyak tu, boleh buat duit tambahan untuk masa hadapan. Jangan lupa juga ajar anak-anak uolls menabung dari umur kecil, dan terangkan kenapa menabung tu penting dalam kehidupan.


Itu antara 6 tips yang Cikli dapat kongsikan ngan uolls untuk menambah kewangan keluarga. Sebenarnya untuk peringatan Cikli jugak tips-tips ni yer. Kita sesama duduk di zaman yang segalanya memerluka duit , so kita kena buat sesuatu yang boleh menjamin keselesaan hidup kita sendiri.

Selamat mencuba!!

Bagi sesiapa yang berminat nak buat bisness sambilan, tapi tak tahu nak jual ape, Cikli boleh bantu.
Jom join Cikli buat bisness Shaklee. Hanya bermodalkan RM75 seumur hidup, usaha dan semangat cekal pasti uolls akan berjaya mengubah kewangan uolls.

Hubungi Cikli
012-7995435

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...