Sunday, 10 August 2014

TIPS MILIKI TUBUH SEMPURNA

Hai wanita-wanita cantik semua..wah kembang-kembang kena puji yer. Kembang hidung takpe yer, jangan badan kembang hihihi...ok, ok Cikli nak share tips sikit ni yang Cikli dapat dari Majalah Harmoni.

10 tips macam mana nak miliki tubuh sempurna. Kita ni wanita-wanita cantik, jangan mentang-mentang umur dah masuk 30-an, dah 2-3 orang anak dah takde selera nak jaga penampilan diri. Nak jaga badan pun tak lalu...Oooo no..no..no tau...time gini la kena jaga dan maintainkan bentuk badan. Bukan untuk siapa pun kan. Untuk suami tercinta jugak...lagi satu, kalau badan kita maintain, kita pun rasa ringan badan, sihat je rasa.



Tapi ade juga suami yang suka bini dia chubby-chubby, betul tak? Tu kita tak bole la nak paksa...tapi penampilan tu yang penting. Tapi bagi wanita-wanita cantik yang dah kurang selesa dengan berat badan sendiri boleh la amalkan 10 tips ni yer..


  • Kandungan makanan diambil
Sebelum kita makan pastikan kita tahu kandungan lemak,gula, garam, nutrien dan sebagainya di dalam sesuatu makanan tu. So kita boleh bajet berapa kita nak makan makanan tu kan.
  • Elak tahan lapar
Biasanya orang tak makan bila nak kuruskan badan kan, sebenarnya cara tu salah yer. Sebabnya, bila kita lapar potensi kita nak makan dalam kuantiti yang banyak tu akan menjadi besar bila kita kelaparan. Seeloknya bila rasa lapar makan dalam kuantiti yang kecil, bukan menahan lapar k.
  • Kurangkan kadar sajian
Cuba kurangkan kuantiti makanan rutin yang kita ambil. Contohnya, biasa makan 2 senduk nasi, kurangkan jadi satu senduk, lelama nanti kurangkan lagi jadi setengah senduk. Lebihkan lauk dari nasi.
  • Produk bijirin
Kalau tak tahan lapar sangat, cuba jadikan produk bijirin, kekacang dan buah-buahan sebagai pilihan selain nasi. Bukan setakat mengelakkan badan menjadi gemuk, nutrisi dan khasiat lagi kita dapat kan.
  • Penggunaan garam dan gula
Kawal penggunaan garam dan gula dalam masakan dan makanan. Sebab garam dan gula yang berlebihan akan hanya mendatangkan masalah kesihatan pada diri kita dan keluarga. Seelokkanya ambil makanan yang seimbang yer.


  • Elak habiskan makanan anak
Haaa yang ni biasakan ibu-ibu buat. Makan makanan anak yang tak abis. Cikli pun kekadang buat jugak hihihi..rasa sayang dan taknak membazir sebenarnya. Bole, tapi lepas tu jangan kita makan pulak sepinggan nasi lagi kan...bila dah makan lebihan anak-anak tu baisanya dah kenyang dah so pepandai la bajet, jangan diikutkan hawa nafsu makan kita tu yer :)
  • Senaman secara berkala
Ok yang ni kalau sesiapa yang berkesempatan pergi gym atau berjogging memang bonus la. Macam Cikli sendiri, kerja-kerja rumah jer la exercise yang mampu Cikli buat hihihi. Takpe, janji ade aktiviti yang mengeluarkan peluh kan.
  • Jangan terlalu bergantung
Bagi sesiapa yang ade maid tu, jangan terlalu bergantung kepada maid untuk buat semua kerja rumah k. nanti badan kita tak kelaur peluh pun tak sihat jugak. Sesekali tu boleh la buat sikit-sikit kerja rumah, asalkan dapat keluarkan peluh dah cukup.
  • Minum banyak air
Yang ni memang wajib tahu la sesiapa yang memang jaga badan. Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2liter sehari supaya badan dapat bekerja dengan sempurna. Elakkan air berkarbonat, mengandungi pewarna dan kandungan gula yang tinggi. Lagi satu tips, sebelum makan minum segelas air, kompem makan tak banyak hihihi.
  • Kritikan membina
Minta kritikan membina dari suami dan anak-anak tentang bentuk badan dan gaya uolls semua. Kalau suami dan anak-anak dah puji tu maknanya uolls dah capai target la tu. Badan dah cantik, so apa lagi, ucaplah TAHNIAH untuk diri sendiri.

Ok, tu 10 tips yang dapat Cikli kongsikan dengan wanita-wanita jelita semua. Harap-harap membantu la uolls untuk dapatkan bentuk badan idaman uolls semua k.

Selain tu uolls boleh jugak makan supplemen tambahan untuk kurus. Untuk kurus Cikli suggestkan uolls amik Herblax, Lechitin dan Omega untuk kesan yang lagi superb.













Boleh PM/Whatapps Cikli untuk dapatkan SET KURUS ni yer
012-7995435

Dibuka 24 jam sehari7 hari seminggu :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...