Sunday, 30 November 2014

WATER PITCHER SHAKLEE

Assalammualaikum...
Hari ni Cikli nak sharing pasal Water Pitcher Shaklee. Actually Shaklee ni bukan ade suplemen je tau. Shaklee ade produk-produk penjagaan diri dan kecantikan jugak. Selain tu ade jugak produk-produk untuk penjagaan rumah macam, Basic H, sebuk pencuci dan pelembut pakaian, pencuci pinggan mangkuk dan yang paling best adalah Water Pitcher penapis air yang terbaik pernah dihasilkan :).

APA ITU WATER PITCHER?
Get Clean® Water mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum!
Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis.

MENANDINGI JENAMA TERKEMUKAN YANG LAIN!!
  • Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat!
  • Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!
  • Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka.
  • Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula
PILIHAN BIJAK!!
  • Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik)
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos
KEUNIKAN SHAKLEE
Selamat
  • Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam air
  • Get Clean® Water mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).
Pintar
  • Hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda patut menukar penapis. Tiada lagi ketidakpastian.
Berkuasa Tinggi
  • Lebih banyak air bersih pada setiap masa
  • Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda.
Mesra Alam
  • Memelihara kesejahteraan alam sekitar
  • Get Clean® Water menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah. Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar.
Haaa bestkan water Pitcher ni. Yang paling best tak payah guna elektrik pun, so kalau nak travelling tu memang sangat-sangat sesuai la bawak Water Pitcher ni. Balik kampung ke, duk hotel ke wajib kena bawak ni. 

Sebab sekarang ni air yang kita minum tu belum tentu terjamin kebersihannya, melainkan kita memang pasang penapis air kat rumah. Tapi penapis air tu just untuk kat rumah  je la kan, tak boleh pulak nak bawak pergi mana-mana. Kalau macam Water Pitcher ni memang available nak bawak pergi mana pun. 

So kalau ade sesiapa yang berminat nak tau , nak beli Water Pitcher ni boleh dapatkan dari Cikli k. 










Cikli Masngun
ID 1075577
012-7995435
ciklimasngun@gmail.com

Tuesday, 4 November 2014

TIRU MACAM SAYA!!

Assalammualaikum...

Wah, ape yang Cikli suh tiru tu eik? Hihihii bukan suh tiru ape pun, just nak kongsi usaha Cikli berikan yang terbaikk untuk anak-anak melalui makanan tambahan. Bukan nak bangga tau, ni just kongsi cara...lain orang lain cara, yer tak?  Moga Allah berkati semua usaha ibu bapa untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak masing-masing.

3 puteri (gambar lama ;p)


SUSU

Alhamdulillah ketiga-tiga anak Cikli, Cikli sempat berikan susu terbaik untuk diorang iaitu SUSU IBU. Untuk Hasya ngan Alisha Cikli sempat bagi susu ibu tapi bukan secara eksklusif. Maklum la ibu berkerja macam Cikli ni, ilmu penyusuan ibu tu pun kurang masa tu...so teknik perah kat tempat kerja tu Cikli agak lemah sikit. Stok susu pun tak mencukupi untuk tampung keperluan dorang masa kat rumah pengasuh. Tapi Alhamdulillah la, sempat jugak susukan dorang sampai umur setahun lebih. Once Cikli pregnant Cikli stopkan dorang breastfeed sebab keadan kesihatan yang tak mengizinkan.

Untuk Adelia pulak, Alhamdulillah Cikli sempat breastfeed sampai 6 bulan secara eksklusif...tak campur dengan susu FM. Lepas tu baru campur sebabnya bekalan susu tak mencukupi tambah pulak luka n****e masa tu. Bekalan susu memang sangat2 kurang. Adelia pun Ciklii terpaksa stopkan susu badan dalam umur dia setahun lebih...sayang memang la sayang yang amat sebab Cikli lum pregnant pun masa tu tapi terpaksa sebab n****e  Cikli luka teruk masa tu. Berbulan-bulan jugak bertahan untuk bagi dia susu badan tapi akhirnya tewas jugak :(. Sakit yang amat sangat sebab tak baik-baik luka. Cerita ni semua berlaku sebelum Cikli kenal Shaklee yer. Insyallah untuk baby ke-4 ni, Cikli berazam nak sepenuhnya bagi susu ibu. Doakan ye hasrat Cikli ni tercapai :)

Sekarang dorang pun dah besar, tapi still minum susu FM. Kalau boleh Cikli tak nak putuskan dorang dengan susu sebab susu sangat penting untuk tumbesaran dorang kan. Ade parents bagi susu yang mahal dan terbaik untuk anak-anak dorang. Cikli puji la usaha tu sanggup berbelanja besar untuk beri yang terbaik untuk anak-anak. Memang bagus sangat.

Untuk Cikli, memandangkan semua barang dah semakin mahal sekarang ni semuanya kena berjimat, so Cikli mengambil pendekatan lebih bijak sikit dengan campurkan susu dorang dengan sedikit booster hehehhe... Cikli cuma bagi anak Cikli susu Dugro, then Cikli campur dengan Mealshake. Sebab bila dah kenal Shaklee dan tahu ade supplemen yang bagus untuk anak-anak, why not Cikli gunakan sebaiknya kan.

Susu Dugro + Mealshake
KENAPA CAMPUR MEALSHAKE?

Memula bagi Mealshake kat anak-anak, time nak bancuh susu tu Cikli campur sikit Mealshake, tapi budak kan, dorang bila nampak kita campur sesuatu dalam susu dia automatik dorang set mind yang susu tu jadi tak sedap...adehhhhh....

So, Cikli tukar strategi, campur sesiap dengan Mealshake bila tuang susu dalam bekas. So setiap kali dorang menyusu dah dapat khasiat Mealshake tu kan hihihi...

Bagi sesiapa yang belum tahu khasiat Mealshake ni, harap-harap gambar kat bawah ni mampu berbicara dan membuka hati para parents untuk bagi anak-anak mereka Mealshake :)


Sebab tu Cikli campur susu anak-anak dengan Mealshake. Semoga semua khasiat penting dorang dapat bila minum Mealshake ni kan :).

OMEGA GUARD

Selain Mealshake, Cikli bagi anak-anak Cikli Omega Guard jugak. Dulu Cikli bagi Scots Emulsion jugak, bagi vitamin C ngan Multivitamin Champs tu. Tapi alang-alang dah ibu ayah makan Shaklee, baik heret sekali anak-anak makan supplemen brand Shaklee kan hihihihi. Senang cerita :p.

Omega ni Cikli takde la bagi setiap hari...selang-selang jugak bagi..First time makan Hasya sakit tekak sebab tak pandai telan hihihi kesian dia. Tapi pelan-pelan ajar, Alhamdulillah sekarang ni dia pandai amik sendiri makan. Adelia siap kunyah lagi, kita punya la takut dia muntah sebab minyak ikan kan, kalau pecah bukan main hanyir bau dia. Tapi peliknya muka dia selambe je kunyah Omega tu..macam-macam ragam anak kan. 



VITAMIN C



Vitamin C pun Cikli bagi jugak kat anak-anak. Tujuannya untuk kuatkan sistem imun diorang. Macam Vitamin C ni, Cikli patahkan, dan bagi sikit kat diorang. Sebab yang ade stok kt rumah pun ibu ayah punya kan :p. Sebenarnya ada je Vitamin C Shaklee yang khas untuk kanak-kanak. Cikli pernah try bagi kat anak-anak, tapi diorang tak suka pulak. Dorang lagi suka yang Champs tu. Sebab Champs tu kan warna oren, nampak cantik kan hahaha. Tapi ibu diorang ni still nak anak-anak makan Shaklee punya, so caranya kena la patahkan Vita C sedia ada hihihi..Alhamdulillah sejak makan supplemen-supplemen ni anak-anak Cikli jarang kena selselma, batuk dan demam...syukur sesangat. Bila anak-anak demam, kita parents memang tak senang hati kan. So cara terbaik, Cikli usaha bagi supplemen yang terbaik untuk anak-anak.

So itu la serba sikit kisah Cikli, anak-anak dan supplemen :). Maybe perkongsian ni dapat membantu serba sedikit uolls untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak. Sebenarnya setiap orang ada pilihanya sendiri kan. Bagi Cikli, Shaklee memang dah jadi supplemen pilihan family Cikli la. Jangan ingat Cikli consume Shaklee semata, Cikli pun ada bagi anak-anak Qaseh Gold Junior jugak kat dorang. Seruan amalan Makanan Sunnah pun Cikli sahut jugak , ibu ayah always nak yang terbaik untuk anak-anak kan:).

Adelia, Alisha & Hasya :)


So sesiapa yang nak tiru cara Cikli dipersilakan :). Semoga apa yang kita berikan untuk anak-anak kita sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Semoga anak-anak kita semua sentiasa dipelihara dan berada di dalam lindungan Allah SWT. Ammiinn....










Boleh dapatkan supplemen-supplemen Shaklee daripada Cikli juga :)

Cikli Masngun
ID 1075577
012-7995435






Sunday, 2 November 2014

MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA!!

 

Kenapa Omega Guard Shaklee dikatakan MINYAK IKAN TERBAIK di dunia?

Kalau uolls nak tahu, Omega Guard ni, diestrak dari ikan-ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan Negara Jepun yang tidak dicemari oleh pencemaran air. Barang berkualiti semestinya daripada sumber-sumber yang berkualiti kan. Macam Omega Guard ni jugak, Shaklee akan pilih yang terbaik untuk memberi yang TERBAIK untuk pengguna-pengguna nya. Haaaaa best kan. Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit yang berkesan.


Yang best lagi, kebanyakkan jenama minyak ikan yang ada kat pasaran tidak akan sama dengan Omega Guard Shaklee. Omega Guard ni 3 kali lebih tumpat daripada hati minyak ikan. Omega Guard juga merupakan minyak ikan paling TULEN di dunia yang mengadungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajai termasuk lah EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard mampu membekalkan 905mg asid lemak Omega 3, EPA dan DHA.

Meh kita tengok perbezaan antara Omega Guard dengan minyak ikan yang berada di pasaran.



Kebanyakkan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi berbeza dengan Shaklee yang menggunakan teknologi terkini untuk mengestrak minyak ikan seterusnya menghasilkan minyak ikan yang terbaik di dunia. 

Apa beza antara kedu-dua kaedah ni?

Kaedah penyulingan tekanan tinggi, ianya boleh memusnahkan sesetengah nutrien malah ianya tidak mampu menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan seperti plumbum, merkuri, arsenik,kadmium, doiksin dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat bertoksik).

Kaedah ULTRATULEN BERGRED FARMASEUTIKAL merupakan kaedah pengestrakkan minyak ikan TEKNOLOGI TERKINI  yang Shaklee gunakan. Istimewanya kaedah ini, ia melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengestrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi. Ia juga mampu menyingkirkan bahan-bahan bahaya yang tidak mampu disinggkirkan menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi. 

So, nampak perbezaan di situ kan. Melalui proses penghasilan je kita dah boleh beza mana yang baik dan tidak. So pilihan ada ditangan kita sendiri :)

Manfaat-manfaat Omega Guard.

Sebenarnya banyak manfaat Omega Guard ni, tapi Cikli senaraikan serba sedikit kebaikan yang kita akan dapat kalau kita amalkan makan Omega Guard ni. 

  • Asid Lemak- Omega 3, merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Biasanya kita akan dapat Omega-3 ni melalui pemakanan. Omega -3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan kita tau. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk meghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos.Ia juga mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS. Selain itu pengambilan Omega-3 yang konsisten boleh menghasilkan kulit yang licin dan kemerah-merahan.waaahhhh gitu ...

  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah akan menjadi lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, megawal masalah obesiti serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membatu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina mata kita. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, serta mencegah migraine. 

  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, deman hay, bronkitis,penyakit lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.

  • Menentang kanser - Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan ebterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu penkreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

  • Memelihara fungsi-fungsi sendi(arthritis) - Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effektif.

  • Mencegah Imsonia dan membantu mengurangkan tekanan - Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, imsonia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.


America Public Health Association mengesyorkan kita makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan sebanyak 2 kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. Ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%. 

Hihihihi...tapi macam Cikli, ada kemudahan baik pilih kemudahan yang ade. Makan Omega Guard jimat masa :P

Macam uolls yang memang inginkan yang terbaik untuk kesihatan, Cikli dengan yakin mengesorkan uolls pilih la supplemen-supplemen Shaklee. Memang diyakini SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI.

Cikli dah makan, Cikli dah rasa kesanya, sebab tu Cikli berani suggest kat uolls Shaklee ni. 
Kalau uolls tak tahu nak dapatkan supplemen-supplemen Shaklee, uolls boleh beli dengan Cikli sebab Cikli Indipendent Distributor Shaklee yang sah yer :)

Untuk Oder, 
Hubungi Cikli
0127995435
ID 1075577
COD Ayer Keroh, Malim Jaya, Bandar Melaka & Pos ke Seluruh Malaysia








                                                                                                                                                                                                 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...