Tuesday, 4 November 2014

TIRU MACAM SAYA!!

Assalammualaikum...

Wah, ape yang Cikli suh tiru tu eik? Hihihii bukan suh tiru ape pun, just nak kongsi usaha Cikli berikan yang terbaikk untuk anak-anak melalui makanan tambahan. Bukan nak bangga tau, ni just kongsi cara...lain orang lain cara, yer tak?  Moga Allah berkati semua usaha ibu bapa untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak masing-masing.

3 puteri (gambar lama ;p)


SUSU

Alhamdulillah ketiga-tiga anak Cikli, Cikli sempat berikan susu terbaik untuk diorang iaitu SUSU IBU. Untuk Hasya ngan Alisha Cikli sempat bagi susu ibu tapi bukan secara eksklusif. Maklum la ibu berkerja macam Cikli ni, ilmu penyusuan ibu tu pun kurang masa tu...so teknik perah kat tempat kerja tu Cikli agak lemah sikit. Stok susu pun tak mencukupi untuk tampung keperluan dorang masa kat rumah pengasuh. Tapi Alhamdulillah la, sempat jugak susukan dorang sampai umur setahun lebih. Once Cikli pregnant Cikli stopkan dorang breastfeed sebab keadan kesihatan yang tak mengizinkan.

Untuk Adelia pulak, Alhamdulillah Cikli sempat breastfeed sampai 6 bulan secara eksklusif...tak campur dengan susu FM. Lepas tu baru campur sebabnya bekalan susu tak mencukupi tambah pulak luka n****e masa tu. Bekalan susu memang sangat2 kurang. Adelia pun Ciklii terpaksa stopkan susu badan dalam umur dia setahun lebih...sayang memang la sayang yang amat sebab Cikli lum pregnant pun masa tu tapi terpaksa sebab n****e  Cikli luka teruk masa tu. Berbulan-bulan jugak bertahan untuk bagi dia susu badan tapi akhirnya tewas jugak :(. Sakit yang amat sangat sebab tak baik-baik luka. Cerita ni semua berlaku sebelum Cikli kenal Shaklee yer. Insyallah untuk baby ke-4 ni, Cikli berazam nak sepenuhnya bagi susu ibu. Doakan ye hasrat Cikli ni tercapai :)

Sekarang dorang pun dah besar, tapi still minum susu FM. Kalau boleh Cikli tak nak putuskan dorang dengan susu sebab susu sangat penting untuk tumbesaran dorang kan. Ade parents bagi susu yang mahal dan terbaik untuk anak-anak dorang. Cikli puji la usaha tu sanggup berbelanja besar untuk beri yang terbaik untuk anak-anak. Memang bagus sangat.

Untuk Cikli, memandangkan semua barang dah semakin mahal sekarang ni semuanya kena berjimat, so Cikli mengambil pendekatan lebih bijak sikit dengan campurkan susu dorang dengan sedikit booster hehehhe... Cikli cuma bagi anak Cikli susu Dugro, then Cikli campur dengan Mealshake. Sebab bila dah kenal Shaklee dan tahu ade supplemen yang bagus untuk anak-anak, why not Cikli gunakan sebaiknya kan.

Susu Dugro + Mealshake
KENAPA CAMPUR MEALSHAKE?

Memula bagi Mealshake kat anak-anak, time nak bancuh susu tu Cikli campur sikit Mealshake, tapi budak kan, dorang bila nampak kita campur sesuatu dalam susu dia automatik dorang set mind yang susu tu jadi tak sedap...adehhhhh....

So, Cikli tukar strategi, campur sesiap dengan Mealshake bila tuang susu dalam bekas. So setiap kali dorang menyusu dah dapat khasiat Mealshake tu kan hihihi...

Bagi sesiapa yang belum tahu khasiat Mealshake ni, harap-harap gambar kat bawah ni mampu berbicara dan membuka hati para parents untuk bagi anak-anak mereka Mealshake :)


Sebab tu Cikli campur susu anak-anak dengan Mealshake. Semoga semua khasiat penting dorang dapat bila minum Mealshake ni kan :).

OMEGA GUARD

Selain Mealshake, Cikli bagi anak-anak Cikli Omega Guard jugak. Dulu Cikli bagi Scots Emulsion jugak, bagi vitamin C ngan Multivitamin Champs tu. Tapi alang-alang dah ibu ayah makan Shaklee, baik heret sekali anak-anak makan supplemen brand Shaklee kan hihihihi. Senang cerita :p.

Omega ni Cikli takde la bagi setiap hari...selang-selang jugak bagi..First time makan Hasya sakit tekak sebab tak pandai telan hihihi kesian dia. Tapi pelan-pelan ajar, Alhamdulillah sekarang ni dia pandai amik sendiri makan. Adelia siap kunyah lagi, kita punya la takut dia muntah sebab minyak ikan kan, kalau pecah bukan main hanyir bau dia. Tapi peliknya muka dia selambe je kunyah Omega tu..macam-macam ragam anak kan. 



VITAMIN C



Vitamin C pun Cikli bagi jugak kat anak-anak. Tujuannya untuk kuatkan sistem imun diorang. Macam Vitamin C ni, Cikli patahkan, dan bagi sikit kat diorang. Sebab yang ade stok kt rumah pun ibu ayah punya kan :p. Sebenarnya ada je Vitamin C Shaklee yang khas untuk kanak-kanak. Cikli pernah try bagi kat anak-anak, tapi diorang tak suka pulak. Dorang lagi suka yang Champs tu. Sebab Champs tu kan warna oren, nampak cantik kan hahaha. Tapi ibu diorang ni still nak anak-anak makan Shaklee punya, so caranya kena la patahkan Vita C sedia ada hihihi..Alhamdulillah sejak makan supplemen-supplemen ni anak-anak Cikli jarang kena selselma, batuk dan demam...syukur sesangat. Bila anak-anak demam, kita parents memang tak senang hati kan. So cara terbaik, Cikli usaha bagi supplemen yang terbaik untuk anak-anak.

So itu la serba sikit kisah Cikli, anak-anak dan supplemen :). Maybe perkongsian ni dapat membantu serba sedikit uolls untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak. Sebenarnya setiap orang ada pilihanya sendiri kan. Bagi Cikli, Shaklee memang dah jadi supplemen pilihan family Cikli la. Jangan ingat Cikli consume Shaklee semata, Cikli pun ada bagi anak-anak Qaseh Gold Junior jugak kat dorang. Seruan amalan Makanan Sunnah pun Cikli sahut jugak , ibu ayah always nak yang terbaik untuk anak-anak kan:).

Adelia, Alisha & Hasya :)


So sesiapa yang nak tiru cara Cikli dipersilakan :). Semoga apa yang kita berikan untuk anak-anak kita sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Semoga anak-anak kita semua sentiasa dipelihara dan berada di dalam lindungan Allah SWT. Ammiinn....










Boleh dapatkan supplemen-supplemen Shaklee daripada Cikli juga :)

Cikli Masngun
ID 1075577
012-7995435






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...