Thursday, 29 January 2015

SALAM JUMAAT


Assalammualaikum...Salam Jumaat kepada semua.

Sempena hari baik ni jom kita perbanyakkan selawat ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Moga-moga kita semua mendapat syafaatnya di akhirat kelak Insyallah...



Wednesday, 21 January 2015

VITAMIN TERBAIK UNTUK ANAK

Para ibu ayah yang budiman semua, dah bagi vitamin untuk anak-anak belum? Kalau masih mencari multivamin yang sesuai, Cikli cadangkan meh la try VITALEA untuk kanak-kanak keluaran Shaklee ni..

Jom kita tengok apa yang anak-anak dapat kalau makan Vitalea ni:

* Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk proses tumbesaran
* Meningkatkan daya tahan melawan penyakit (sistem imun)
* Sumber kalsium untuk tulang, otak dan gigi
* Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan
* Sumber lengkap 7 jenis Vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul
* Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan kanak-kanak

Kenapa anak-anak perlu diberi Vitalea ni??

* Supaya lebih berselera makan
* Menggantikan gula-gula dan jajan(junk food)
* Menguatkan sistem imun
* Supaya aktif dan sihat selalu
* Supaya mendapat khasiat seperti memakan sayur


Haaa cuba ibu ayah bayangkan anak-anak makan semua makanan kat atas ni...uuuu heaven kan. Tak yah risau anak tu dapat nutrien cukup ke tak. Kompom-kompom cukup bila dorang nak makan semua makanan kat atas ni. Tapiiiii...ada ke anak yang nak makan semua makanan macam kat atas ni? Kalau ade pun Cikli jamin sorang dalam seratus kot...tu pun kalau ada hihihi. 

Tapi tak ape, dengan Vitalea kanak-kanak ni, anak-anak akan dapat jugak khasiat macam mereka makan makanan dalam gambar atas ni. Syokkan...

Lagi pun Vitalea ni boleh dimakan macam gula-gula, 

* Tiada perasa, pengawet, pewarna dan pemanis tambahan
* Mengandungi pemanis semulajadi dengan Xylitol yang melindungi gigi dari kaviti
* Rasa anggur dan sedap (anak Cikli pun suka, siap panggil vitalea ni gula-gula :))
* Pembungkusan BPA Free

So ibu ayah, pastikan anak-anak kita semua dapat multivitamin yang terbaik k. Dari kecik la kita bina antibodi dan sistem kekuatan imun dorang. Semoga Vitalea kanak-kanak ni dapat membantu anak anak kita semua sihat walafiat In Sha Allah :)


_________________________________________________________________________________

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi Cikli yer 




Sunday, 18 January 2015

BENGKUNG BANTU KEMBALIKAN BENTUK BADAN



Eh tetiba Cikli rasa nak kongsi cerita pakai bengkung pulak hari ni ;) Bukan apa, ada jugak feedback kawan-kawan Cikli yang bila Cikli tanya dalam pantang pakai bengkung tak? Jawapannya "tak".
Ada jugak yang jawab, pakai tapi tak lama, tak sempat, tak selesa n so on la. Oh alangkah ruginya bila dalam pantang tapi tak berbengkung. Nak-nak kalau bersalin normal, kalau czer tu boleh accept lagi sebab mungkin takut luka czer belum sembuh atau sakit kat kawasan czer tu kan.

Memula dulu masa anak first Cikli pun tak suka pakai bengkung, rasa rimas je. Tapi gagahkan jugak diri, alhamdulillah hasilnya sangat puashati. Masuk anak kedua dan ketiga, bengkung adalah wajib dalam berpantang. sebab ape, bila berbengkung perut kita akan rase selesa, pejap, nak berjalan kesana-sini pun rasa ringan badan. Berbeza kalau tak berbengkung, perut akan rasa mengeleber dan rasa macam nak jatuh jer. Tu yang Cikli rasa la kan hihihi...

Selain tu dari pembacaan Cikli, berbengkung ni banyak kelebihannya tau. Antaranya:

  1. Bengkung dapat membantu mengempiskan kawasan berlemak pada perut, peha dan pinggul.
  2. Dengan berbengkung, ianya dapat mengembalikan bentuk badan wanita dengan cepat terutama kepada ibu yang menyusukan bayi
  3. Bengkung dapat membetulkan posisi tulang belakang kita yang  mungkin mengalami perubahan kerana menampung berat badan berlebihan semasa hamil
  4. Bengkung dapat menguatkan otot perut yang merenggang semasa mengandung 
Bagi Cikli, bengkung moden macam kat gambar atas tu jadi pilihan Cikli. Sebab mudah dan cepat nak pakai. Maklumlah berpantang sendiri tak sama macam mak jaga kan. Bila duk sengsorang kat rumah tu, kena cecepat pakai bila baby dah tido. 

So nasihat Cikli, berbengkunglah walau perit pada awalnya, tapi hasilnya sangat manis pada akhirnya..eceh ayat power tak hihihihi. Bukan ape, sayang la kan, kita mesti la jaga penampilan kita jugak, tak nak la nanti orang cakap anak 2 tapi badan dah tak terurus. Jaga badan seawal dalam pantang lagi sebab tu yang penting. Jaga untuk diri sendiri dan suami. At least takde la gleber sana, gleber sini. Kecantikan tu kan hak setiap manusia...siapa lagi nak jaga kalau bukan diri sendiri.

Selamat berbengkung untuk bakal ibu yang akan berpantang dan kepada Cikli juga :)
Tulis pasal bengkung bukan pasal Cikli jual bengkung, tapi amik mood nak berbengkung nanti dalam pantang hihihihi.

Wednesday, 14 January 2015

SET KESIHATAN ASAS SHAKLEE

Assalammualaikum...

Hari ni Cikli nak cerita pasal Set Kesihatan Shaklee yang paling asas yang boleh uolls ambil. Sihat tak bermakna kita ni tak payah makan suplemen yer. Suplemen sebagai pelengkap nutrisi kan, so sihat-sihat pun kita kena makan suplemen supaya badan kita akan sentiasa  mendapat nutrisi yang mencukupi. Bila nutrisi cukup, insyallah kesihatan pun akan jadi peneman setia kan :)


Set Kesihatan Asas Shaklee ni ade 3 supplemen je..dan ketiga-tiga suplemen ni ade fungsi-fungsi dia yang tersendiri yang memang badan kita perlukan khasiatnya.

Meh Cikli cerita serba sikit fungsi dan khasiat setiap supplemen ni yer..

VITA-LEA

* Berfungsi sebagai Multivitamin dan pelengkap nutrisi
* Mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan kita
* Sebagai penambah tenaga segera
* Membantu dalam stimulate metabolisma dan melambatkan proses penuaan
* Membantu pertumbuhan sel-sel baru

B COMPLEX

* Membantu menukarkan makanan menjadi tenaga
* Memastikan kesihatan fungsi saraf
* Mengurangkan stress, kemurungan, dan insomnia
* Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, dan mengekalkan kesihatan rambut
* Baik untuk kesihatan mata
* Mencegah anemia
* Meredakan masalah berkaitan PMS

 VITA C

* Meningkatkan sistem imun
* Mencantikkan kulit
* Membentuk kolagen dan melambatkan proses penuaan
* Antioksidan semulajadi

Itu antara khasiat-khasiat setiap supplemen di dalam Set Kesihatan Asas ni yer. Kalau uolls nak tau lagi lanjut boleh contact Cikli k.

Setiap rumah wajib ada set ni tau, sebab menjaga kesihatan ni adalah amalan yang dituntut di dalam agama Islam. Ada pepatah yang mengatakan ,

"Kesihatan itu MAHAL, tetapi sakit itu LAGIII MAHAALLL"

Maksudnya baiklah kita ni melabur sedikit wang untuk pastikan kesihatan kita ni terpelihara. Sebab kalau dah sakit, kos rawatan yang akan kita keluarkan akan berganda daripada kos yang kita keluarkan untuk membeli supplemen untuk pastikan  kesihatan kita terpelihara.

Untuk sebarang info dan tempahan uolls boleh hubungi Cikli k. 










Cikli Masngun
ID 1075577
0127995435

Monday, 12 January 2015

KHASIAT ALFALFA

Eh..eh Cikli tak tulis lagi pasal khasiat Alfalfa ni eik. Rugi-rugi kalau tak tulis ni, sebab banyak sangat la khasiat Alfalfa ni.

PERBEZAAN ALFALFA SHAKLEE

Alfalfa Complex ni merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee pada tahun 1950-an lagi. Lama tuh kan..lebih kurang 64 tahun dah Alfalfa Shaklee ni wujud :).

Diperbuat daripada tumbuhan Alfalfa (Medicago Sativa) yang ditanam secara organik di California yang bebas dari pestisid, hersid dan hanya menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa ni juga, kalau uolls nak tau digelar "Raja Segala Tumbuhan" kerana Alfalfa merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Akar tumbuhan Alfalfa ni boleh mencecah 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi dan mengambil masa 2 tahun sekurang-kurangnya untuk membesar.

Alfalfa Shaklee ni diperbuat daripada daun alfalfa yang dituai apabila betul-betul mencapai tahap kematangan yang mutlak. Daun yang betul-betul matang kaya dengan klorofil. Daun-daun alfalfa ni seterusnya akan dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Bahagian yang tidak penting pulak akan dilupuskan. Daun-daun yang dah dikeringkan ni tadi akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet.

Keseluruhan proses ni dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang amat ketat dan teliti untuk memastikan kualiti Alfalfa yang akan terhasil. Untuk Alfalfa Shaklee, satu tablet mengandungi 300mg alfalfa.

KHASIAT ALFALFA 

Manusia dah mula menggunakan alfalfa ni semenjak 2500 tahun yang dulu kerana alfalfa ni dah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Kebanyakkan nutrisi yang tidak terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ada terkandung di dalam alfalfa. Alfalfa ni sangat kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 jenis vitamin, 8 jenis enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang sama dengan segelas susu.
  • Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

  • Melawan Alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.

  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol - Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

  • Melegakan keletihan dan sebagai rawatan pelbagai penyakit.

  • Melawan/mencegah atritis serta mengurangkan kesakitan.

Jadi sesiapa yang nak rasa keajaiban khasiat alfalfa ni boleh la beli dengan Cikli yer. Macam biasa jangan sesegan nak contact Cikli k,










Cikli Masngun
ID 1075577
012-7995435

Thursday, 1 January 2015

PROMOSI JANUARI 2015

Syukur Alhamdulillah pembukaan tahun baru 2015 ni SHAKLEE buat promosi kaw-kaw punya. Bagus bagi sesiapa yang nak ber DETOX di awal-awal tahun ni. Semestinya untuk pastikan kesihatan kita semua terjamin sepanjang tahun ni Insya Allah.

Bagi sesiapa yang rasa dia makan suplemen tapi macam tak ade kesan je pada diri dia tu, Cikli nasihatkan cuba uolls DETOX badan uolls tu. Kadang-kadang badan kita ni banyak toksin, tu sebab semua benda yang kita makan rase macam tak berkesan je. Lagi satu bila makan apa-apa jenis supplemen pun tolong lah minum air secukupnya. Secukupnya tu macam mana? Uolls boleh try semak kat sini k.

Ok untuk bulan Januari 2015 ni Shaklee ade buat promosi:

VIVIX


ALFALFA



dan jugak

VITALEA UNTUK KANAK-KANAK.

Yang Cikli kata untuk DETOX tadi tu, ALFALFA dan VIVIX memang ejen yang sangat-sangat bagus untuk berdetox. So time promosi macam ni la uolls jangan lepaskan peluang beli suplemen-suplemen ni. Harga memang murah sesangat. Cikli pun banyak beli supplemen time promosi hihihih..

Kalau uolls berminat nak dapatkan suplemen-suplemen ni jangan sesegan contact Cikli k.











CIKLI MASNGUN
ID 1075577
012-7995435
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...