Sunday, 18 January 2015

BENGKUNG BANTU KEMBALIKAN BENTUK BADAN



Eh tetiba Cikli rasa nak kongsi cerita pakai bengkung pulak hari ni ;) Bukan apa, ada jugak feedback kawan-kawan Cikli yang bila Cikli tanya dalam pantang pakai bengkung tak? Jawapannya "tak".
Ada jugak yang jawab, pakai tapi tak lama, tak sempat, tak selesa n so on la. Oh alangkah ruginya bila dalam pantang tapi tak berbengkung. Nak-nak kalau bersalin normal, kalau czer tu boleh accept lagi sebab mungkin takut luka czer belum sembuh atau sakit kat kawasan czer tu kan.

Memula dulu masa anak first Cikli pun tak suka pakai bengkung, rasa rimas je. Tapi gagahkan jugak diri, alhamdulillah hasilnya sangat puashati. Masuk anak kedua dan ketiga, bengkung adalah wajib dalam berpantang. sebab ape, bila berbengkung perut kita akan rase selesa, pejap, nak berjalan kesana-sini pun rasa ringan badan. Berbeza kalau tak berbengkung, perut akan rasa mengeleber dan rasa macam nak jatuh jer. Tu yang Cikli rasa la kan hihihi...

Selain tu dari pembacaan Cikli, berbengkung ni banyak kelebihannya tau. Antaranya:

  1. Bengkung dapat membantu mengempiskan kawasan berlemak pada perut, peha dan pinggul.
  2. Dengan berbengkung, ianya dapat mengembalikan bentuk badan wanita dengan cepat terutama kepada ibu yang menyusukan bayi
  3. Bengkung dapat membetulkan posisi tulang belakang kita yang  mungkin mengalami perubahan kerana menampung berat badan berlebihan semasa hamil
  4. Bengkung dapat menguatkan otot perut yang merenggang semasa mengandung 
Bagi Cikli, bengkung moden macam kat gambar atas tu jadi pilihan Cikli. Sebab mudah dan cepat nak pakai. Maklumlah berpantang sendiri tak sama macam mak jaga kan. Bila duk sengsorang kat rumah tu, kena cecepat pakai bila baby dah tido. 

So nasihat Cikli, berbengkunglah walau perit pada awalnya, tapi hasilnya sangat manis pada akhirnya..eceh ayat power tak hihihihi. Bukan ape, sayang la kan, kita mesti la jaga penampilan kita jugak, tak nak la nanti orang cakap anak 2 tapi badan dah tak terurus. Jaga badan seawal dalam pantang lagi sebab tu yang penting. Jaga untuk diri sendiri dan suami. At least takde la gleber sana, gleber sini. Kecantikan tu kan hak setiap manusia...siapa lagi nak jaga kalau bukan diri sendiri.

Selamat berbengkung untuk bakal ibu yang akan berpantang dan kepada Cikli juga :)
Tulis pasal bengkung bukan pasal Cikli jual bengkung, tapi amik mood nak berbengkung nanti dalam pantang hihihihi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...