Monday, 12 January 2015

KHASIAT ALFALFA

Eh..eh Cikli tak tulis lagi pasal khasiat Alfalfa ni eik. Rugi-rugi kalau tak tulis ni, sebab banyak sangat la khasiat Alfalfa ni.

PERBEZAAN ALFALFA SHAKLEE

Alfalfa Complex ni merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee pada tahun 1950-an lagi. Lama tuh kan..lebih kurang 64 tahun dah Alfalfa Shaklee ni wujud :).

Diperbuat daripada tumbuhan Alfalfa (Medicago Sativa) yang ditanam secara organik di California yang bebas dari pestisid, hersid dan hanya menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa ni juga, kalau uolls nak tau digelar "Raja Segala Tumbuhan" kerana Alfalfa merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Akar tumbuhan Alfalfa ni boleh mencecah 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi dan mengambil masa 2 tahun sekurang-kurangnya untuk membesar.

Alfalfa Shaklee ni diperbuat daripada daun alfalfa yang dituai apabila betul-betul mencapai tahap kematangan yang mutlak. Daun yang betul-betul matang kaya dengan klorofil. Daun-daun alfalfa ni seterusnya akan dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Bahagian yang tidak penting pulak akan dilupuskan. Daun-daun yang dah dikeringkan ni tadi akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet.

Keseluruhan proses ni dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang amat ketat dan teliti untuk memastikan kualiti Alfalfa yang akan terhasil. Untuk Alfalfa Shaklee, satu tablet mengandungi 300mg alfalfa.

KHASIAT ALFALFA 

Manusia dah mula menggunakan alfalfa ni semenjak 2500 tahun yang dulu kerana alfalfa ni dah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Kebanyakkan nutrisi yang tidak terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ada terkandung di dalam alfalfa. Alfalfa ni sangat kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 jenis vitamin, 8 jenis enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang sama dengan segelas susu.
  • Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

  • Melawan Alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.

  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol - Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

  • Melegakan keletihan dan sebagai rawatan pelbagai penyakit.

  • Melawan/mencegah atritis serta mengurangkan kesakitan.

Jadi sesiapa yang nak rasa keajaiban khasiat alfalfa ni boleh la beli dengan Cikli yer. Macam biasa jangan sesegan nak contact Cikli k,










Cikli Masngun
ID 1075577
012-7995435

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...