Monday, 30 March 2015

MULTIVITAMIN SEMULAJADI

VITA-LEA IRON FORMULA

Vita-Lea Shaklee merupakan multivitamin dan mineral yang PERTAMA di cipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan menjadi " Vita- Min", dan amazingnya, perkataan vitamin yang disebut-sebut sekarang ni adalah asalnya daripada Shaklee...Ohhhh Cikli sungguh berbangga hihihihi..(walaupun takde kena mengena ngan Shaklee, tapi sebagai pengamal vitamin Shaklee Cikli bangga ok hahahha)

Pada awal penghasilan Vita-Lea (90 tahun yang lalu) ianya berbentuk cecair ye. Then dengan peningkatan teknologi, para saintis Shaklee telah mengubahnya menjadi bentuk tablet dan dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diestrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana saranan RDA. Ia difomulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Perbezaan Vita-Lea dahulu dan sekarang

Tablet Vita-Lea ini disaluti serbuk nutrisi-spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. So senang la badan kita nak menyerap segala vitamin yang dilepaskan oleh Vita-Lea ni yer. Mineral yang terkandung di dalam Vita-Lea ni pun mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Centre for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Manfaat dan Khasiat Vita-Lea
  • Penambah Tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori untuk fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutama mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia. 
  • Keupayaan sistem produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen penting pada sel tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Selain maanfaat dan khasiat, jom kita tengok jadual kat bawah ni tentang fakta nutrisi yang ada di dalam vitalea ni .


Jom kita tengok pulak siapa yang sebenarnya memerlukan Vita-Lea ni?


So, kepada uolls yang tengah mencari-cari  multivitamin yang sesuai memang Cikli suggest Vita-Lea Shaklee ni. Segalanya ada di dalam satu tablet. Jimat pun yer jugak.

_________________________________________________________________________________

Sebarang pertanyaan dan tempahan mengenai Shaklee boleh hubungi Cikli yer




MEMILIH B COMPLEX YANG BAIK


Sebelum Cikli cerita kebaikan B-Complex Shaklee, jom kita tengok jadual kat atas ni. Nampak kan perbezaan antara B-Complex Shaklee dengan dua lagi jenama B-Complex yang femes kat farmasi-farmasi. 

Perbezaan Shaklee.

Para sainstis Shaklee sedaya upaya mencipta asid folik terbaik di dunia. Dan hasilnya mereka dah pun berjaya mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting Vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam badan. 

Vitamin B ni merupakan vitamin larut air, sebarang lebihan yang badan tak perlukan akan disingkirkan melalui sistem pencernaan kita. Sebab tu sangat penting kita ambil B-Complex setiap hari .

Khasiat B-Complex Shaklee
  • Menukar makanan kepada tenaga - Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
  • Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fugsi saraf , sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  • Rambut beruban dan gugur - Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata - Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian / fokus.
  • Mencegah anemia - Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan senggugut - Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon atau ubat tahan sakit.
  • Mencegah perlcche - Dikenali juga sebagai rekahan mulut (mouth chilitis) mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.
  • Detoksifikasi - Meredakan alahan.
Sedikit pesanan untuk uolls semua, jangan nanti ade yang tersalah paham plak yerrr..

* B-Complex ada cara makan yang tersendiri. Silap-silap makan boleh membesar bagai juara hihihihi...oleh itu, dinasihatkan makan B-Complex SELEPAS MAKAN, jangan sebelum makan...sebabbb pengambilan B-Complex akan meningkatkan kadar metabolisma badan uolls dan akan menjadikan uolls rasa lapar jika diambil sebelum makan. 

_________________________________________________________________________________

Sebarang pertanyaan dan tempahan mengenai Shaklee boleh hubungi Cikli yer


Friday, 27 March 2015

SHAKLEE BAGUSS

Hehhehehe bukan Cikli cakap tau, tapi cleaner kat opis Cikli ni asik la puji Shaklee bagus...Alhamdulillah, berbunga-bunga hati dengar bila orang puji supplemen Shaklee ni bagus.. Auntie ni beli Omega dengan Cikli, selalu cakap...

"Adik, ubat(supplemen) bagus heh...saya takde rase letih-letih la, perut pun rase kurus sikit"

Hihihihihi...apa lagi kembang-kembang la hati Cikli ni dengar bila customer cakap gitu kan. Auntie tu tmbah lagi..

"Ubat(supplemen) bagus, boleh beli..kalau tak bagus nak makan pun kita takut kan"

Haaa lebih kurang gitu la pujian auntie tu kat suplemen Shaklee yang dia makan tu. 

So sebagai SID Cikli rasa bangga sangat dapat bantu auntie tu rasa sihat. So Cikli kalau boleh nak semua orang-orang sekeliling Cikli ni sihat dengan supplemen Shaklee. Sebabnya, Cikli tahu dan kita semua tahu yang supplemen-supplemen Shaklee ni dijamin SELAMAT, BERKESAN & SEMULAJADI so macam satu kerugian pulak Cikli rase bagi sesiapa yang tak nak ambil Shaklee sebagai supplemen pilihan.

Well Cikli hanya boleh sharing kebaikan sahaja, selebihnya diri sendiri yang menentukan pilihan kan. So kalau seseorang tu tak nak pilih Shaklee, Cikli kena la hormat pilihan mereka. 

Tapi apa yang pasti, sesiapa yang berminat nak tanya atau nak try supplemen-supplemen Shaklee ni boleh contact Cikli k. Cikli sentiasa bersedia membantu uolls.

_________________________________________________________________________________

Sebarang pertanyaan dan tempahan mengenai Shaklee boleh hubungi Cikli yer


Sunday, 22 March 2015

PANASSS...PANASSS...

                           

Dah masuk trimester ketiga ni kan, rasa panas tu lain macam sikit. Seingat Cikli, masa mengandung yang lepas-lepas tak ade la sampai macam ni sekali rasa panas dia. Ni sampai macam tak boleh bergerak sikit kompom nak berpeluh....ayooooo....

Nak-nak dengan fenomena Ekuinoks yang tengah melanda Malaysia ni, lagi la mak rase macam nak berendam 24 jam je noksss.....http://matcuoi.com

Tapi tu la pengorbanan seorang ibu kan...so kena la redha, banyak pahala dapat tu. Syukur Alhamdulillah...

Dulu macam tak heran sangat bila member cakap panas-panas masa mengandung, sebab Cikli tak rase sangat kan, So kali ni bila panas lain macam baru sibuk nak google asal la boleh jadi gini..

Haaaa ni jawapan dari post Pa & Ma tahun 2012 lagi hihihihihi

"Mengapa Selalu Panas?

Sesetengah ibu hamil mudah untuk mengeluarkan peluh. Walaupun telah duduk dengan tenang, namun ia masih juga mengeluarkan peluh yang berlebihan.

Akibatnya pakaian mudah basah. Berpeluh sebenarnya merupakan reaksi alamiah untuk menyejukkan tubuh yang mengalami kepanasan. Namun, ada penyebab lain mengapa wanita hamil mudah berpeluh.

Salah satunya kerana peningkatan hormon progesteron sehingga pembuluh darah kecil pada kulit melebar. Sebab itulah, wanita hamil akan merasa kepanasan.

Keadaan berpeluh ini juga dipengaruhi oleh usia kehamilan yang semakin membesar.

Wanita hamil bagaimana pun perlu lebih berjaga-jaga sekiranya suhu tubuhnya meningkat lebih dari biasa. Barangkali ia bukan disebabkan hal di atas, tetapi akibat jangkitan kuman pada tubuh.

Bagi wanita yang kuat berpeluh, cuba amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa yang diperbuat dari fabrik yang dapat menyerap peluh. Wanita hamil mudah berpeluh juga perlu mengelakkan berada di ruangan sempit dan sebolehnya cuba berada di ruangan terbuka dengan lebih kerap. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi."

Haaa so no wonder la memang semua ibu mengandung akan mengalami situasi ni. Bezanya cuma tahap kepanasan tu kritikal ke tak. Macam Cikli ni memang perit jugak la rase. Kat rumah sentiasa berpeluh, anak-anak duk sebelah pun rase uiiiii panasss...panaasss...duk jauh sikit huhuhuhu...

Minggu lepas siap Sister kat klinik tu cakap Cikli ni demam, padahal tak demam pun. Bila Cikli cakap tak deman, tak puas hati dia, siap buh termometer bawah lidah hahahhaha...adakah aku nak membohong bila sendiri rasa badan sihat, tak kan nak cakap tak sihat plak. 

Takpe-takpe tinggal sebulan lagi Insyallah, bertabah la Cikli yer http://matcuoi.com 


Wednesday, 18 March 2015

ANAK KETAGIH GAJET??

Gambar contoh dari En. Google
Gambar contoh dari En. Google

Haaaa biasa tak tengok anak-anak kita jadi macam gambo kat atas ni?? Kat rumah, bila balik kampung? Anak-anak kita macam gambar kat atas  atau gambar kat bawah ni?

Gambar contoh dari En. Google

Sekarang ni memang tak dinafikan kan, seawal bayi lagi anak-anak dah didedahkan dengan gadget macam iPad, Tab, Smartphone..niat awalnya nak bagi  pelajaran seawal mungkin pada anak-anak kita semua. Anak mengamuk kita umpan dengan gadget-gadget ni semua biar diorang diam..Memang berkesan kan hihihihi...Cikli pun kekadang buat jugak macam tu. Tak salah pun, cumanya sebagai mak ayah, kita kena kawal jugak kot benda-benda gini supaya anak-anak kita tak terlalu leka dengan gadget-gadget semua ni. Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati. 

Cikli sebenarnya baca dari blog Adlil Rajiah ni...dan bersyukur sesangat anak-anak Cikli tak terlalu taksub dengan gadget ni. Mungkin cara Cikli yang tak terlalu muakan sangat dorang dengan gadget. So Hasya, Alisha ngan Adelia tak heran sangat kalau takde gadget-gadget ni semua. Bila balik kampung masih boleh bersuka ria dengan sepupu-sepupu, main kejar-kejar, gaduh pastu baik semula hahaha biasa la bebudak... ada jugak time diorang main tab sepupu...tapi takde la sampi berjam-jam mengadap benda tu. 

Macam Hasya ngan Alisha, even masa umur diorang 4, 6 tahun dah pandai mintak Cikli belikan smartphone ngan tab untuk diorang, wah..wah...banyak duit korang yer hahahha...jawapan Cikli senang je...

                     "Nak beli semua tu tunggu kakak ngan kak ngah keje dulu, nanti beli sendiri"
hahahhaa kejam tak jawapan ku? http://matcuoi.com

Kat umah Cikli takde tab bagai...yang ade smartphone Cikli ngan hubby, dan sebiji laptop hahhaha...Laptop pun takde line internet...so dorang bole main game atau tengok video-video yang Cikli atau hubby donload n transfer dalam tu jer..Hahahhahha sungguh tak up to date ibu ayah depa ni. Tapi takpe anak-anakku, ibu ayah buat ni semua untuk kebaikkan awak semua.

Lain orang, lain caranya mengajar anak kan...tapi yang Cikli tahu, semua ibu ayah mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing, nak anak-anak jadi yang terbaik. Tapi jangan kita lupa, pelajaran terbaik juga bermula daripada rumah dan guru terbaik adalah ibu dan ayah...So kita kena tunjukkan teladan yang baik-baik kalau kita mahukan anak kita jadi yang baik-baik Insyallah.

Jom berusaha jadi ibu ayah yang TERBAIKK untuk anak-anak kita!! http://matcuoi.com

AZAM DALAM PANTANG

Huhuhuhuhu diam tak diam tinggal sebulan lagi nak menunggu hari deliver baby nih. Alhamdulillah persiapan 90% siap...doakan dipermudahkan segala urusan Cikli yer kawan-kawan.

Untuk pantang kali ni Cikli dah tanam azam awal-awal nih...Habis pantang nanti,

  • Berat badan kena WAJIB maximum 50kg jer...hehhehhehheh...
  • Kulit mesti glowing2 macam 20-an gitu (sekarang pun perasan umur masih 20an lagi hahahha ). 
  • Susu badan kena banyak, at least dapat fully BF baby minimum 6 bulan dan Insyallah akan sampai 2 tahun (yang ni sangat penting setting dalam otak siap-siap untuk ibu-ibu yang nak fully BF k). 
Harap-harap tercapai la azam Cikli ni yer hihihihi...segala keperluan ke arah tu alhamdulillah Cikli dah beli siap2..Then, uolls nak tau ke ape yang Cikli beli untuk menjayakan azam Cikli ni? Kalau uolls tak nak tau pun, Cikli nak bagitahu jugak la, sebab Cikli baik hati kan http://matcuoi.com


  • SET BERPANTANG SHAKLEE ofkos!! (ESP, Alfalfa, Vita-Lea, Zinc Complex, B-Comp, Ostematrix, Omega, Collagen (ni untuk pastikan kulit Glowing2 dan awet muda gitu) ). 
Tu jer?? Haaa tu jer la yang Cikli beli untuk berpantang nanti...dalam set tu semua complete untuk menjayakan azam berpantang Cikli nanti tau...Best kan? 

Mahal?? Apa pulak mahal....Nak sihat, nak cantik wajib la kena modal lebih sikit. Sama jugak macam pegi SPA or LOnd*n Ma***me** tu, cumanya Cikli pilih cara semulajadi je...Sebab suplemen dalam SET BERPANTANG Shaklee ni semua bahan-bahan semulajadi dan yang penting SELAMAT untuk Cikli dan baby nanti Insyallah.

Ok, sesiapa yang nak berazam jugak macam Cikli masa dalam pantang nanti, boleh tiru cara Cikli k. Jangan lupa doakan semoga dipermudahkan segala urusan untuk Cikli http://matcuoi.com


_________________________________________________________________________________

Sebarang pertanyaan dan tempahan mengenai Shaklee boleh hubungi Cikli yer





BERHABUK...

Amboi-amboi Cikli....rajin sangat heh sekarang nak update blog...biasa dia nih...dah naik berhabuk dah blog ni tau...


Ok-ok jom update blog sekarang!! 

http://matcuoi.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...