Sunday, 22 March 2015

PANASSS...PANASSS...

                           

Dah masuk trimester ketiga ni kan, rasa panas tu lain macam sikit. Seingat Cikli, masa mengandung yang lepas-lepas tak ade la sampai macam ni sekali rasa panas dia. Ni sampai macam tak boleh bergerak sikit kompom nak berpeluh....ayooooo....

Nak-nak dengan fenomena Ekuinoks yang tengah melanda Malaysia ni, lagi la mak rase macam nak berendam 24 jam je noksss.....http://matcuoi.com

Tapi tu la pengorbanan seorang ibu kan...so kena la redha, banyak pahala dapat tu. Syukur Alhamdulillah...

Dulu macam tak heran sangat bila member cakap panas-panas masa mengandung, sebab Cikli tak rase sangat kan, So kali ni bila panas lain macam baru sibuk nak google asal la boleh jadi gini..

Haaaa ni jawapan dari post Pa & Ma tahun 2012 lagi hihihihihi

"Mengapa Selalu Panas?

Sesetengah ibu hamil mudah untuk mengeluarkan peluh. Walaupun telah duduk dengan tenang, namun ia masih juga mengeluarkan peluh yang berlebihan.

Akibatnya pakaian mudah basah. Berpeluh sebenarnya merupakan reaksi alamiah untuk menyejukkan tubuh yang mengalami kepanasan. Namun, ada penyebab lain mengapa wanita hamil mudah berpeluh.

Salah satunya kerana peningkatan hormon progesteron sehingga pembuluh darah kecil pada kulit melebar. Sebab itulah, wanita hamil akan merasa kepanasan.

Keadaan berpeluh ini juga dipengaruhi oleh usia kehamilan yang semakin membesar.

Wanita hamil bagaimana pun perlu lebih berjaga-jaga sekiranya suhu tubuhnya meningkat lebih dari biasa. Barangkali ia bukan disebabkan hal di atas, tetapi akibat jangkitan kuman pada tubuh.

Bagi wanita yang kuat berpeluh, cuba amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa yang diperbuat dari fabrik yang dapat menyerap peluh. Wanita hamil mudah berpeluh juga perlu mengelakkan berada di ruangan sempit dan sebolehnya cuba berada di ruangan terbuka dengan lebih kerap. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi."

Haaa so no wonder la memang semua ibu mengandung akan mengalami situasi ni. Bezanya cuma tahap kepanasan tu kritikal ke tak. Macam Cikli ni memang perit jugak la rase. Kat rumah sentiasa berpeluh, anak-anak duk sebelah pun rase uiiiii panasss...panaasss...duk jauh sikit huhuhuhu...

Minggu lepas siap Sister kat klinik tu cakap Cikli ni demam, padahal tak demam pun. Bila Cikli cakap tak deman, tak puas hati dia, siap buh termometer bawah lidah hahahhaha...adakah aku nak membohong bila sendiri rasa badan sihat, tak kan nak cakap tak sihat plak. 

Takpe-takpe tinggal sebulan lagi Insyallah, bertabah la Cikli yer http://matcuoi.com 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...