Sunday, 19 April 2015

CARA TINGKATKAN HB KETIKA HAMIL

Biasanya untuk ibu-ibu hamil mesti ade masalah dengan bacaan HB kan. Biasanya yang bermasalah bila bacaan HB rendah. Apa tu HB?

"HB ataupun nama panjangnya Hemoglobin, merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan"

Awal-awal kehamilan kebiasaanya ibu-ibu akan mendapat bacaan yang normal. Ini kerana baby di dalam kandungan belum membesar. Tapi bila baby dah start membesar masalah HB rendah ni akan muncul. Kenapa yer??

Ini disebabkan  bila baby semakin membesar ibu dan baby memerlukan nutrisi yang mencukupi. Bila ibu tidak makan dengan makanan yang seimbang dan nutrisi serta mineral tak mencukupi itu yang menyebabkan HB ibu akan rendah. Sebab tu penting ibu-ibu hamil makan vitamin-vitamin yang pihak klinik bekalkan. 

Aras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja, dan jantina seseorang itu. Aras normal adalah :-

  • Baru lahir : 17-22 gm/dl
  • Usia seminggu : 15-20 gm/dl
  • Usia sebulan : 11-15gm/dl
  • Kanak-kanak: 11-13 gm/dl
  • Lelaki dewasa: 14-18 gm/dl
  • Wanita dewasa: 12-16 gm/dl
  • Wanita hamil : 11-12 g/dl (gram per deciliter)
  • Lelaki separuh usia: 12.4-14.9 gm/dl
  • Wanita separuh usia: 11.7-13.8 gm/dl




Bagi ibu-ibu hamil yang mempunyai masalah HB rendah ni, biasa nurse akan nasihatkan supaya makan makanan yang tinggi zat besi, makanan seimbang dan juga vitamin. Sebab tu setiap kali check-up nurse akan tanya " Vitamin ada lagi??" hihihihi.

Alhamdulillah pregnan kali ni HB Cikli cantik sangat, awal-awal pregnant 14++ bacaan HB. Dan amazingly minggu lepas check HB 15!! Haaaa Cikli pun macam terkejut jugak. Nurse puji HB cantik, siap tanya makan apa.http://matcuoi.com 

Ok untuk ibu-ibu yang ada masalah HB rendah ni, boleh la amalkan makanan yang tinggi zat besi macam ;-

  • Daging
  • Ayam
  • Hati/pedal ayam
  • Hati lembu
  • Kerang
  • Ikan
  • Ikan bilis
  • Peria
  • Kangkung
  • Bayam
  • Taugeh

Tapi ingat, ada juga makanan yang boleh menghalang penyerapan zat besi oleh tubuh kita, so ibu-ibu kena pandai-pandai la atur jadual makan. Jangan dah makan benda-benda yang tinggi zat besi pastu makan pulak benda yang menghalang penyerapannya. Rugi kat situ. Antara jenis makanan yang boleh mengganggu penyerapan zat besi :-

  • Oat dan gandum bijirin penuh
  • Teh, kopi, koko
  • Susu dan hasil tenusu
  • Kuning telur

Tapi macam Cikli, Cikli tau memang susah nak follow jadual makanan seimbang so alternatif Cikli adalah makan supplemen Shaklee untuk ibu hamil. Memang dari awal pregnan Cikli just makan supplemen-supplemen Shaklee. Tak ada vitamin klinik. Dan hasilnya dah 39 weeks pregnan HB semakin cantik Alhamdulillah dengan izin Allah.

So ibu-ibu yang ada masalah HB rendah dan nak cuba Set Kehamilan yang macam Cikli amalkan bolehlah contact Cikli untuk dapatkanya yer :)

_________________________________________________________________________________

Sebarang pertanyaan dan tempahan mengenai Shaklee boleh hubungi Cikli yer













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...